BANTING SATU NOSTALGIA 2:BAS MARA VS BAS SEPANG
Dahulu, kalau mahu menggembirakan hati kami empat beradik, mak ajak kami semua berbondong-bondong ke Pekan Banting. Tunggu bas di depan SKBC.Â
Kalau ada bas MARA kami tidak akan tahan dan biarkan ia berlalu pergi. Kami jeran naik bas MARA. Bas bertingkap kedap udara seperti ada pendingin hawa, tetapi kami bagai tercungap mencari oksigen bila berada di dalamnya. Sudahlah begitu, miskin budi bahasa pemandunya yang sebangsa kami itu cukup menjengkelkan. Belumpun sempat penumpang duduk, bas sudah berjalan. Pernahlah sekali aku tertiarap mencium lantai bas. Kalau tekan loceng mahu berhenti, lajak hentiannya sesuka hati. Kalau ditegur, maka habuannya herdik dan maki. Zaman dahulu mana ada ISO. Boleh mengadu dengan mengisi borang aduan pelanggan. Tua atau muda penumpangnya, semua sama menerima satu penganiayaan. Tahun-tahun lapan puluhan hingga awal sembilan puluhan, bas dari kampung aku ke pekan syurga itu hanya sejam sekali. Kalau terlepas bas yang ini, maka menunggulah sejam lagi. Itulah satu-satunya perkhidmatan bas awam yang ada di kampung kami.Â
Tapi, semenjak ada perkhidmatan Bas Sepang Omnibus dari Pekan Nilai ke Banting, ia cukup menjadi pengajaran kepada perkhidmatan Bas MARA itu. Barulah ada persaingan namanya. Bas hijau itu menjadi pilihan jiwa kami, marhaen yang tinggal di sepanjang perjalanan ke Pekan Banting itu. Bas berpendingin hawa dan kalaupun tiada, tingkapnya boleh dibuka luas-luas. Angin menderu masuk dan alangkah nyamannya tatkala ia menderu menimpa muka. Pemandu dan konduktornya yang berbangsa India cukup ramah dan empati kepada semua penumpang. Kami dilayan bagaikan raja. Justeru, kami tegar tidak menahan bas MARA, meskipun tiketnya murah sepuluh sen. Kalau kedua-dua bas berhenti di hentian kami pada masa yang sama, kami akan berebut-rebut naik bas Sepang. Kami akan gelak ketawa menyindir pemandu bas MARA yang masam mencuka kerana tidak dapat pelanggan!Â
Aku masih ingat tatkala membawa pulang Nahoko ke kampung halaman untuk ‘diperkenalkan’ kepada emak pada tahun sembilan belas sembilan puluh lapan. Aku sengaja pakaikan Nahoko baju kurung merah. Sengaja juga aku bawa Nahoko berlibur menaiki bas Sepang. Di sepanjang perjalananan yang dilitupi pohonan sawit menghijau, ke Pekan Banting itu, aku buka tingkap luas-luas. Angin menderu menimpa mukanya. Kemudian, melayahkan rambut panjangnya. Nahoko terjerit gembira antara dengar dan tidak, dalam deru angin dan bising bunyi enjin bas. Aku tahu inilah pengalaman yang dia tidak akan dapat lupakan. Manisnya sepanjang hayat kenangan. Benarlah perancangan Tuhan jauh lebih hebat. Hurm…. kami tiada jodoh. Segala-galanya tinggal kenangan.Â
April dua ribu sembilan ini. Genap insyaAllah, lapan tahun aku pulang ke tanah Bonda. Menurut Mak, bas MARA dan Sepang itu masih wujud berkhidmat kepada warga Banting seluruhnya. Tetapi, perkhidmatannya telah banyak dipertingkatkan. Jarang sekali ada rungutan. Abad yang penuh dengan kenderaan di jalanan, mereka terpaksa bersaing pula dengan teksi awam dan kenderaan persendirian.


stargirl says:
ingat waktu kecil dulu ikut mak naik bas, muntah saje..
January 29th, 2009 at 8:13 am
ciketon says:
bas ke banting tu saya panggil bas takde lampu…hehe
January 29th, 2009 at 8:30 am
nash says:
yappari…nihonjin to tsukiattanda…akai ito de mosubarenai toiukotodana…
January 29th, 2009 at 9:10 am
warispengiran says:
sungguh indah rasanya bila membaca setiap inci kenangan ini…
abg saya, thanx so much sebab sentiasa memberi sokongan…
January 29th, 2009 at 9:33 am
ayobkelubi says:
fuh,bringing an old flame riding your hometown bus?.that is what we call priceless memory!.
aku pun pernah gak bawak old flame naik bas.
January 29th, 2009 at 10:30 am
vida says:
baca comment nash dalam bahasa Jepun, terasa membuak-buak plak perasaan ni nak ke negara matahari terbit tu…mendalami budaya dan mempelajari bahasa nya yang unik.Tuhan…semoga ada rezeki ku ke sana…
Tapi bila??dan bagaimana??
Hurmm…mungkin ada mungkin tidak…
January 30th, 2009 at 8:55 am
jund says:
cerita tentang bas teringat masa kecik-kecik dulu..kampung kitaorang takde bas naik keretapi je..pengalaman pertama naik bas, tak sampai separuh jalan dah muntah..
January 30th, 2009 at 10:50 am
shaiful SKBC says:
yeaha… Bas SEPANG, tu la kenderaan saya ke sekolah start disekolah rendah lagi….dan itulah satu2nya bas yang lalu kat RTB bukit changgang.
p/s: tak ingat dah berapa lama tak naik bas awam.. lagi2 la bas sepang.
January 30th, 2009 at 11:54 am
Abang Long says:
Nostalgia, kita kongsi bersama … kenangan tidak dapat dilupakan.
January 30th, 2009 at 2:44 pm
Azhar Ahmad says:
Salam. Kalau di banting, itu tahun 80an. Di tempat saya, masih seperti itu. Bas pula 2 jam sekali, kalau tepat pada masanya… Hummm… Kami, di Jengka bersyukur sahaja dengan nikmat yang ada…. Oh ya, saya orang kampung… Uhuhuhu
January 30th, 2009 at 5:12 pm
chemal says:
bas sepang hijau putih.tiket bas kecil ditebuk-tebuk.pohonan kelapa sawit melambai selamat jalan. kebunan sawit suram. disebalik debu-debu merah, kedai-kedai buah.goreng pisang.cendol.stesen bas usang.haruman diesel.mi hailam kedai cina.kedai songkok rahmah ali. kedai buku sri cahya suryah. pejabat pos kayu. namun itulah syurga!
January 30th, 2009 at 8:00 pm
AyAres151 says:
di kampong kami..bas tak lalu..naik prebet sapu saja… sejak 2008 baru ini baru ada bas lalu…
January 31st, 2009 at 12:49 am
basri says:
Kenangan cinta monyet dalam bas. Tertidur dalam bas orang tak kejutkan sampai terkunci dari luar. Keluar bas dari pintu belakang. Tersalah naik bas. Naik bas buka kasut sebab ingat tangga rumah orang.
Bas bisa menggamit memori.
February 1st, 2009 at 2:36 am
orangmuda says:
Salam.
Bro rudy. Saya, jika ke Banting, menziarahi saudara yang bau-bau bacang.
Ayah mesti akan ingatkan kami…
“Okey semua. Tengok belah kanan. Rumah anak-anak sidek.”
Sejak kecil hingga sekarang ayah masih begitu.
Jalan cerita dan ujianmu akan berlainan jika Nahoko menjadi surimu,pastinya.
Kerja Tuhan, siapa tahu?
Selamat kembali ke tanah Bonda,bro.
February 1st, 2009 at 8:41 am
zoo says:
post aritu ilang huhu..
bas MARA lamadah jadi TRANSNASIONAL…destinasi skrg smpai ke Ptjaya/Cyberjaya.
Bas Sepang dahlama jd marron/putih..hijau nya ilang…destinasi skrg smpai KLIA + Nilai1 & 3.
CITYLINER + RAPIDKL ada utk prjlnan ke Ptrajaya/ KLANG..
bape tambag skrg?
February 1st, 2009 at 5:00 pm
Rudy says:
stargirl>> skrg dha xmuntah2 kan. tapi kalu muntah dibuat org tu tak tahulah kan…eheheheh
zoo>>> tak tahu ek berapa tambangnya skrg.
orgmuda>> ya ya…setiap satu yang tuhan takdirkan ada hikmahnya.
ciketon>> kenapa xda lampu?
bas>> rugi anak zaman skrg yg xpernha naik bas. skrg aku ajar anak aku balik kg naik bas.teruja gilerrr dia.
ayaress>> perebet sapu pun ramai gak kat kg aku bro. wah 2008 baru ada bas…siapa ADUN kau ni…gila lah.
chemal>>> nantikan satu-satu saya bongkar kisahnya.kena selalu balik banting pas ni. snap2 ehehehe
Azhar>> sapa ADUN mu ni…ehehehe kena bangunkan segera.
shaiful>> kannnn?? sesekali kena naik bas sepang wo.
abg long>>insyaAllah xkan lupa.
jund>> muntah, ala bisa tegal biasa. jangan duk atas tayar kata mak saya kalu naik bas.elak terlambung dan muntah.
vida>> insyaAllah satu hari nanti.
Nash sempai>>> arama..barechatta!
ayob>>xkan berlaku lagi dah. tak ternilai woo
waris>> itu namanya ABANG kan?
February 1st, 2009 at 11:36 pm
cyMa says:
~~eh bro, ura2 xnak kasik bas express jln malam tu mcam xjadik je ek??
February 3rd, 2009 at 1:47 pm