BANTING: SATU NOSTALGIA 1

* kredit foto Ude.
Kedai Emas Tai Yick [BACA: TAHI]. Dalam bahasa Cina (Tai Yick) dan Jepun (Tai Eki) bererti untung yang sangat besar. Nama kedai emas ini memang unik. Kepelikan ini sudah sebati dengan jiwa kami anak jati Banting, Selangor. Seingat aku, kedai emas ini menjadi tumpuan (favorite) orang kampung aku.
Sangat meriah tatkala musim orang kahwin kerana bakal pengantin menjadikan kedai ini tempat membeli barang hantaran atau cincin perkahwinan. Begitu juga kalau orang kampung aku mahu membeli, menjual atau menggadai barang kemas. Kedai inilah yang menjadi tumpuan mereka. Asbabnya satu. Kedai ini membeli emas pada harga mahal dan menjual emas pada harga murah. Boleh tawar menawar lagi.
Kedai emas ini amat membekas di hati aku sebenarnya. Mak pernah gadai gelang-gelang tangannya di situ untuk biaya sekolah aku. Aku tahu, sampai kesudah gelang-gelang mak tidak tertebus walau satu. Tapi, aku berikan mak segulung ijazah undang-undang sebagai ganti untuk itu.
Alhamdulillah.



Azhar Ahmad says:
Salam.
Rindu la sama ini blog…
Teringat gelang mak yang tak ganti-ganti juga….
January 25th, 2009 at 6:30 pm
rudy says:
Ar, ya allah lamanya tak dgr khabar sejak balik jengka ni n tak menulis sejak september 2009. slmt kembali!
January 25th, 2009 at 6:58 pm
ryann says:
memikirkan pengorbanan mak memang mengharukan
January 26th, 2009 at 4:55 am
ainyusof says:
gadai brg kemas pls nk beri anak belajar. ohoho..mmg mak n ayah wat cm2 ms kitaorg kecik2 dl
January 27th, 2009 at 7:27 am
zoo says:
huh..pekan banting!
TaiYick terlalu sinonim dgn kehidupan.
BanLee ?
January 27th, 2009 at 1:45 pm
Rudy says:
ryan>> selagi mak masih hidup, jom berbakti.
zoo>>> ban lee? satu satu bro. ni baru siri 1.
ainyusof>>> zmn skrg emas bukan jadik sandaran lagi. ada parents yg dah menabung dr awal.
January 27th, 2009 at 6:54 pm
asuhara says:
nanti mothers day boleh la belikan mak gelang yek?
January 28th, 2009 at 8:32 am
warispengiran says:
dah seminggu lebih tak jengok sini….
abg saya,(maaf, mungkin catatan ini di luar topik) terlalu sukar utk menerima semua ini pada waktu ini…
January 28th, 2009 at 4:29 pm
ciketon says:
ya saya perasan kedai itu..
saya rasa dulu banting amat jauh pertama kali pergi..tapi skang , takla jauh sgt…
January 28th, 2009 at 5:17 pm
shaiful SKBC says:
yaaa… kedai emas yang popular di banting… antara pelanggan tetapnya ialah ibunda saya sendiri…. setiap kali hari raya… pasti ada kiriman kad raya dari kedai tersebut.
p/s: dah lama tak gi pekan banting…rindu kat cendol banting… huhuhu
January 28th, 2009 at 5:20 pm
Abang Long says:
Kiranya kedai itu juga berjasa buat diri kamu sekeluarga.
January 28th, 2009 at 9:22 pm
rudy says:
abg long, sgt berjasa.
shaiful, nantikan siri nostalgia saya seterusnya.
asuhara, InsyaAllah.
ciketon, skrg jalan dah besar. pembangunan pun rancak.
waris, abg faham tapi redha pemergian ayah. Alfatihah.
January 28th, 2009 at 10:32 pm