SUMATERA BARAT

Sumatera Barat memang tidak menghampakan. Kelana spontan ke tanah seberang itu cukup melegakan. Pada alam nan hijau, kedinginan puncak Bukit Tinggi dan pada tebaran rupiah membeli belah seakan menjadi terapi memberi narkotik kepada jiwa.

Lalu apa lagi yang kau mahu sungutkan tatkala segala kemewahan melata di tanah air, dengan kerja tetap yang setiap bulannya hanya menunggu ringgit dicucuk dengan kartu bank. Sedangkan masyarakat di sana masih diulit kepayahan hidup. Kaisnya pagi petang mengharap sesuap nasi pada kerja yang amat sukar dan berat. Ketika mengenderai dakian perbukitan ke Tasik Maninjau, aku melihat jajaran manusia dengan cangkul dan kudrat yang ada, menanam kabel telefon di sepanjang jalan ke puncak. Alangkah. Alangkah itu semua sudah tiada lagi di Tanah Malaya. Semuanya sudah dijenterai dengan mesin. Pabila aku bertanya kepada Pak Eddy si pemandu pariwisata, berapa ribu upah rupiah untuk kerja sekeras itu. Katanya, sekitar lima puluh ribu rupiah sehari. Yakni sekitar lima belas ringgit Malaysia!

MasyaAllah! Jika dibandingkan dengan aku ini, diusik sedikit sudah mengeluh mengaduh itu ini. Apatahlagi dengan kekerapan perpindahan jabatan yang seringkali menjadi momokan kepada diri. Sungguh! Sungguh seperti aku ini tidak pernah melutut syukur kepada Sang Maha Segala dengan apa yang Dia beri.

Aku telan semua kepahitan itu. Menerima dengan syukur, apa sahaja yang direncanakan Sang Maha Segala. Terima Kasih orang Padang dan Bukit Tinggi. Kalian mengajar aku erti hidup yang sebenarnya. Tuhan, berkati derap langkahku ini. Amin!

++++++ 

Penganan 

Kalau ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat jangan lupa merasai keenakan ikan gurami bakar dengan rempah khas dan ayam goreng bumbu! Apabila bercerita tentang ikan gurami ini, aku segera teringat ikan bakar (di hadapan Seagate) berhadapan Pulau Jerejak Pulau Pinang! Sama enaknya.

Lobang Jepang

 

Juga jangan lupa singgah masuk ke Lobang Jepang. Tempat penting pertahanan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang dibina pada tahun 1944.

Jam Gadang

Jangan lupa ya singgah di jam besar peninggalan Belanda. Sakan mengambil gambar sambil libur menunggang kereta kuda yang boleh dapat semurah dua puluh ribu rupiah sahaja.

Aku tidak mahu menulis lanjut tentang Sumatera Barat kerana layaran di internet bisa menemuinya. Boleh baca tentang Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat di sini, sini dan sini.

Previous Post

Comments are closed.

Comments (11)

  1. owh..
    sudah pulang ya?..
    insya Allah..
    kita garap setiap rencana dari-Nya dengan penuh rasa syukur melihat nasib jauh lebih baik dari orang lain..
    :)

    p/s: ingin sekali pergi bercuti seperti kamu, cuma situasi diri belum membenarkan..

  2. warispengiran

    wah…sungguh indah bunyinya percutian ini..pastinya tak tergambar oleh kata2 bila sendiri yang mengalaminya…

  3. en kid> bercutilah. kerja boleh dicari tp merehatkan diri itu paling penting slps bekerja keras setahun.

    waris>>> pergila bercuti!

  4. Salam,

    Selamat pulang dari Padang!
    Tiba-tiba saya terkenang semula memori di sana…

  5. sdr Jiwa, jom lagi ke padang~

  6. bercuti juga ya bang rudy =)

  7. addy>> macam tuhla kiranya

    malamhari>>> mmg cantik dan dingin. eh kenapa xboleh masuk ur blog?

  8. Berapa lama bercuti ?

    Makan apa paling sedap ?

  9. teringin ke lobang jepang. bestnya rudy g ke sana

  10. [url=http://uk.geocities.com/cheaprkypharmacy/djbqi-dv/adicto-sal-sexo.htm]adicto sal sexo[/url]