KAF.WAU.SIN.WAU.NGA

Kaf wau sin wau nga. Aku klik perakam waktu keluar pejabat. Dan kekosongan menyelinap rasa ruang kantor yang aku tinggalkan jam enam tiga puluh lima petang tadi. Hari terakhir di sini, aku bisik dalam hati. Ya akui inilah jabatan yang paling akrab dengan jiwa setakat ini. Tiada ganti.

Sayounara. Terima kasih segalanya; budi, pengalaman dan kemesraan.

EMPAT BELAS TIGA PULUH

Salam maal hijrah. Ironi sekali, jumlah es-em-es ucap selamat tahun hijrah empat belas tiga puluh ini amat sedikit jumlahnya [BACA : tidak lebih sepuluh!]. Berbanding ucap selamat tahun masehi yang berbondong-bondong jumlahnya saban tahun hingga tak cukup tangan membalasnya. Tahun ini aku janji tidak akan membalas es-em-es ucap selamat tahun masehi.

Ironi sekalikah aku? Ya, salam maal hijrah semua!

KEPERCAYAAN

Terima kasih atas kepercayaan tersebut. Saya dengan rendah hati, berbesar hati menerima tanggungjawab maha berat ini demi mencari redha Sang Maha Segala.”, Begitu. Es-em-es balas aku. Sejurus menerima es-em-esnya itu.

Dan aku percaya. Di satu sisi, aku bakal menghadiahkan kesedihan kepada para sahabat yang selama satu tahun empat bulan ini akrab mengelilingi diri bersama-sama membina tamadun bangsa. Tetapi, bukankah hijrah ini merupakan sunnah Rasullah SWT untuk mencapai jaya yang lebih gemilang demi mencari redha Al-khaliq? Moga-moga kenyataan ini bisa memujuk hati teman-teman.

Jendela empat belas dua puluh sembilan hijrah bakal tertutup. Aku mengorak langkah tahun hijrah yang baharu dengan azam untuk menggalas tanggungjawab berat yang aku terima jam empat tiga minit petang itu dengan cemerlang. Moga Tuhan permudahkan. Amin.