SATAY GORENG
Satay goreng? Fuh! Tiap-tiap raya sejak aku kecil hingga menginjak umur tiga siri ini, ia menjadi hidangan wajib keluarga di hari lebaran aidil fitri dan aidil adha. Sudah dikomersilkan? Baik sekali.
Satay goreng? Fuh! Tiap-tiap raya sejak aku kecil hingga menginjak umur tiga siri ini, ia menjadi hidangan wajib keluarga di hari lebaran aidil fitri dan aidil adha. Sudah dikomersilkan? Baik sekali.
Hujung tahun yang merenda dengan rezeki tidak putus. Alhamdulillah. Akhir-akhir ini bersibuk di hujung minggu dengan jemputan sebagai juru acara majlis keraian. Dari majlis perkahwinan hinggalah ke majlis rasmi. Awal Disember di sebelah malam ada juga jemputan mengacara beberapa majlis, hasil hubungan erat rangkaian sahabat di Kementerian-kementerian. Itu tidak termasuk panggilan beberapa agensi kerajaan untuk berkongsi pengalaman sebagai fasilitator kursus pengacaraan majlis, pengurusan majlis, protokol dan etiket sosial.
Simpulnya, terima kasih kepada Tuhan. Akrabnya rezeki memacu ekonomi keluarga, disamping magisnya susunan waktu oleh Tuhan yang tidak langsung mengganggu-abai tugas hakiki waktu bekerja biasa.
Sementara ibu dikandung hayat,
pulanglah kita menjenguk jasad.