Archive for November, 2008

November 26th, 2008

TANGGUH

Posted in bebas by Rudy

“… Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini bersetuju supaya arahan penempatan tempat bertugas tuan ke ……. ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak….”

Tuhan, akhirnya Kau dengar jua rintih hambaMu yang kerdil ini. Hati berbunga tatkala surat itu mendakap riba. Terima kasih Tuhan. Berkali-kali. Infiniti.

November 25th, 2008

PAK CIK YANG TEKUN

Posted in bebas by Rudy

Bukan Rudy Bluehikari kalau hanya duduk melangut di satu-satu tempat tanpa berbuat apa-apa. Inilah kegemaran aku memerhatikan tingkah laku manusia. Apatahlagi kalau ianya menarik dan mencuti hati.

Ironinya, beberapa malam lepas aku singgah membeli makanan untuk dibungkus sahaja di sebuah restoran. Aku teruja dengan seorang pak cik yang langsung tidak menghiraukan manusia sekeliling. Tekun berkerut dahinya seperti memikirkan sesuatu. Di tangannya ada pen dan di atas meja di hadapannya ada kertas.

Aku cuba meninjau dan sah! Pak cik ini sedang menebak nombor ekor untuk dibeli. Macam-macam manusia ini. :)

November 23rd, 2008

KOORDINASI

Posted in bebas by Rudy

Empat jam. Berdiri dan fokus mengacara majlis.

Puas hati kerana koordinasi juruacara, katerer, perarakan pengantin, pemain kompang, pemain gamelan, penari dari Persatuan Anak Seni Kampus PESCA UiTM, persediaan pelamin, meja makan berdamai, video perkahwinan dan staf teknikal berjaya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Mahu pulang tadi disapa beberapa tetamu. Minta nombor telefon untuk majlis mereka pula nanti. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan rezeki kami lagi selepas ini. 

Amin.