November 28th, 2008

KOPITIAM BANGI 2

Posted in makan by Rudy

(entri ini dibayar siarannya)

SMS seorang rakan beberapa bulan lepas aku simpan. Katanya, entri blog yang aku tulis tentang BANGI KOPITIAM ada diletakkan di dalam bingkai dan disematkan di dinding restoran. Aku mulanya tidak percaya. Kemudian, beberapa bulan kemudian aku singgah bersama keluarga ke restoran tersebut, selepas kali terakhir menginjaknya pada awal tahun 2007.

Oleh kerana itulah, aku mengelak untuk pergi kerana servisnya yang agak lambat dan betapa tidak mesranya pelayan restoran. Tetapi, kali ini, selepas setahun lebih aku agak teruja. Selepas bertanya kepada pelayan yang aku ingin bertemu dengan pengurus restoran, aku diperkenalkan dengan seorang anak muda yang aku lupa namanya. Aku memperkenalkan diri sebagai pemilik blog yang beliau paparkan di dinding restoran berkenaan.

Pengurus restoran ini mengakui, komen negatif pelanggan mengenai mutu servis Bangi Kopitiam dahulu. Tetapi, selepas beliau menggantikan pengurus lama, beliau telah membuat perubahan besar kepada Bangi Kopitiam. Aku difahamkan beliau berpengalaman luas sebagai pengurus di sebuah restoran konsep yang sama bertaraf antarabangsa di Kota Lumpur. Pengalaman itu dijana untuk menggerak-majukan Bangi Kopitiam milik perkongsian Kid Search dan rakan-rakannya.

Mungkin sudah rezeki, kedatangan aku sekeluarga malam itu pada ketika mereka akan membuat pelancaran menu makanan dan minuman baharu. Justeru, malam itu menjadi makan malam “cuit sana sini”. Hampir semua menu makanan dan minuman baharu dibawa keluar untuk dirasa oleh kami. Aku teruja dengan beberapa rezepi seperti Sup Kuew Teow, Roti John dan iced blend pelbagai jenis dan rasa yang agak lain tekstur rasanya.

Kami bertukar-tukar nombor telefon malam itu. Katanya, jika ada pelancaran menu baharu, aku akan dijemput sama. Malah kalau ke restoran itu pada masa hadapan akan mendapat potongan harga 10% dari harga keseluruhan makanan. Alhamdulillah.

Kalau kalian berkesempatan ke BANGI KOPITIAM cubalah menu makanan dan minuman terbaru mereka. Kalau tidak mahu makan berat, boleh sahaja ambil menu ringan seeprti keropok lekor, roti bakar telur separuh masak ala Ipoh, Cendol pelbagai rasa dan banyak lagi pada harga berpatutan.

Bangi Kopitiam terletak di Bandar Baru Bangi (Berdekatan Pusat Rawatan Islam AnNur dan Azzahrah) dan cawangan terbaru mereka terletak di No 22 Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur. Jom!

******************

“Jemput ke KOPITIAM kami disection 3 tambahan. bUKAN franchias dan milik 100% bumi, owned by Ezzah Aziz Fawzy. ServingChinese food…Cubalah..and we try our very best to make you happy. NAMA kedai KAWAN KOPITIAM.”

Aku dapat jemputan (mungkin pemilik) ke Kawan Kopitiam milik Ezzah Aziz Fawzy via blog lama bertarikh 19 September 2008. InsyaAllah aku akan datang ke sana untuk merasa makanan mereka pula nanti. Ada yang sudah pergi? Boleh kongsikan bersama di sini.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

23 comments

  1. kingbinjai says:

    kalo aku perkenalkan diri sebagai member ko dpt diskaun tak? ha ha

    November 28th, 2008 at 1:02 am

  2. ainyusof says:

    ala jauhnya nk g…takpe2 lps ry aji ni nak g kl!
    up up and away!

    November 28th, 2008 at 1:13 am

  3. En Kid says:

    Salam..

    Bangi Kopitiam?..aduh..amat sinonim.. :)

    Cuma jarang ke sana.. tapi memandangkan ada menu baru..ingin juga dicuba..
    Hehehe..

    Ya..diakui..dulu servis agak kureng..tapi sekarang sudah okay!..

    Moh kite ke sana ramai2!!

    p/s: En Kid pun nak diskaun, tunjuk kad pelajar dapat diskaun tak? :)

    November 28th, 2008 at 1:53 am

  4. paiseh says:

    hari2 lalu.. dekat saja dgn wangsa melawati ni. ingatkn biasa2..
    tengok post ni nmpak mcm sangat menarik pula…

    *promosi anda dikira sudah berjaya.hehehe..

    November 28th, 2008 at 2:41 am

  5. warispengiran says:

    p sana sebut nama rudy-san, dapat diskaun jugak tak?hehehehehe…..

    November 28th, 2008 at 7:31 am

  6. Siti zaileha says:

    Kopitiam yang Ezzah Aziz tu saya dah pegi untuk berbuka puasa, Ramadhan lalu. saya ingatkan ada laksa Johor sebagaimana dalam iklan kat paper, tapi masa tu dia tak hidangkan… lagi satu masa tu Ezzah tu takde (hehehhe..konon2 nak jumpa) Restorannya agak sempit tapi cantik hiasan dalamannya. Makanannya ..OKla..

    November 28th, 2008 at 8:14 am

  7. stargirl says:

    pernah juge merasa menu di situ dulu..tp dek servis yg kurang memuaskan buatkn berjauh hati utk dtg lg…mgkin ‘wajah’ baru ni bole tkr persepsi..leh cuba weekend ni..

    November 28th, 2008 at 8:32 am

  8. HE says:

    uihhh iklan baik ni…lama tak makan kat kopitiam…aa perkhidmatan penghantaran? sure tak adakan…tapi menunya nampak menyelerakan…

    November 28th, 2008 at 8:57 am

  9. HE says:

    oh ye lupa…nampaknya boleh betukar profesyen la selepas ini…food tester…

    November 28th, 2008 at 9:00 am

  10. aan says:

    selalu lalu aje… kawan kopitiam pon.. tp mcm takut je nak masuk. kang2 kene jadi pencuci pinggan. hehe

    ohh..tang penyakit tuh..moga betul2 sihatla. kene usaha lebih. insyaAllah tiap sakit ader ubatnya. kalau dibiarkan lame2 jadi barah. merana badan… tak try gi assyifa ke?

    November 28th, 2008 at 10:20 am

  11. addyaholix says:

    Ya aku setuju. Masa pergi di branch wangsa maju pon masalah yang sama. Servis teruk. Kawan aku siap jumpa manager sebab attitude staff teruk. Itu lama dulu. Tapi dah lama tak pergi. Aku harap ada perubahan.

    November 28th, 2008 at 11:14 am

  12. ayobkelubi says:

    Bangi Kopitiam dah maju,dia bukak mini cawangan kat batu 4 P.D gak.

    November 28th, 2008 at 4:48 pm

  13. asuhara says:

    kamu dah macam boleh ganti hos jalan2 carik makan kat tv3 tu lah!

    November 28th, 2008 at 9:07 pm

  14. rudy says:

    asuhara,sy bkn nak jd hos.tp entri ini dbayar siarannya.

    November 28th, 2008 at 11:00 pm

  15. maza says:

    sdapnyerrrrr

    November 28th, 2008 at 11:21 pm

  16. Aup says:

    hahaha..benda ni dah lama ada senonya..by the way tpt ni byk kenangan pada aku

    November 29th, 2008 at 10:33 am

  17. jj asfahan says:

    Nak tanya, saya duduk Bangi.Ramai yang kata Bangi Kopitiam itu milik cina yg ada bisnes lain dalam printing.BETUL KE?
    sTAFF MEREKA PUN ORANG sARAWAK BERAGAMA kristian ?bETUL TAK?
    sAYA TAKUT JUGA NAK KESANA SEBAB TAKUT SUPPLIER DIA BUKAN HALAL.
    Minta “expert” clarify masalah sebab dulu selalu juga kesana.

    November 29th, 2008 at 11:39 am

  18. zoo says:

    bro..ajak aku g kopitiam gerenti aku ikut.. :) dulu servis teruk skrg tak lg kot sbb lama tak layan dok situ.

    clarification: setahu aku kid search join venture ngan sorg kawan dr perak bukak bisness nie sumber yg boleh dipercayai. pls jgn dgor rumors plsss.. (the malay dilema ?) g sana jupe mgr then borak2 baru tau dr mulut owner kan bagus… :). Anwy jgn waswas

    November 29th, 2008 at 1:50 pm

  19. snm says:

    en.rudy..saya dh pegi kawan kopitiam masa puasa. makan buffet tu murah jek. puas hati sbb decor dia best. tu bg saya la. then, saya ni coffee addict. saya try kopi dangdut. eheh. menarik sbb nak minum kena gelek dulu.

    gambar kopi dangdut
    http://4.bp.blogspot.com/_apuzSahGVEw/SNnVPYDXXAI/AAAAAAAAADQ/2FG3Mf12cBU/s1600-h/DSC00598.JPG

    December 3rd, 2008 at 3:39 pm

  20. jj asfahan says:

    bukan was was, sekadar tanya..takut jadi macam kes oldtown yg dikatakan tidak halal produk mereka yg diimpot dari homg komg. Rumours? saya dah jumpa pemilik bangsa cinanya yg ada printing firm kat depan pkns tu.Kid cuma small shareholder.

    December 23rd, 2008 at 3:00 pm

  21. kjsvyfmleb says:

    white dicks in black chicks free videos

    January 8th, 2009 at 6:07 pm

  22. ergnizyxub says:

    hard cord sex

    January 8th, 2009 at 6:08 pm

  23. neo says:

    lagi satu cawangan akan dibuka kat taman melawati, KL…saya dah cuba nasi ayam hailam..mmg best…murah je RM5.50

    March 19th, 2009 at 4:26 pm