November 25th, 2008

PAK CIK YANG TEKUN

Posted in bebas by Rudy

Bukan Rudy Bluehikari kalau hanya duduk melangut di satu-satu tempat tanpa berbuat apa-apa. Inilah kegemaran aku memerhatikan tingkah laku manusia. Apatahlagi kalau ianya menarik dan mencuti hati.

Ironinya, beberapa malam lepas aku singgah membeli makanan untuk dibungkus sahaja di sebuah restoran. Aku teruja dengan seorang pak cik yang langsung tidak menghiraukan manusia sekeliling. Tekun berkerut dahinya seperti memikirkan sesuatu. Di tangannya ada pen dan di atas meja di hadapannya ada kertas.

Aku cuba meninjau dan sah! Pak cik ini sedang menebak nombor ekor untuk dibeli. Macam-macam manusia ini. :)

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

13 comments

  1. addyaholix says:

    tak kiralah apa yang dia buat, tapi kesungguhannya yang buat aku kagum.

    haha!

    November 25th, 2008 at 9:18 am

  2. asuhara says:

    bersungguh2 betul dia, baguss beno kalau ketekunannya berada di tempat yg lebih berhak.

    November 25th, 2008 at 9:27 am

  3. akmar says:

    saya terfikir, mcm mana la en rudy boleh berani amik gmbar pakcik ni.. :p
    kalau saya, mmg tak berani..dibuatnya dia bangun bercekak pinggang, kaku dibuatnya saya..

    November 25th, 2008 at 9:38 am

  4. Ungku Nor says:

    adoihh..contoh terbaik depan mata..hehehe

    November 25th, 2008 at 11:45 am

  5. kingbinjai says:

    jgn main main, pakar matematik tu

    November 25th, 2008 at 3:13 pm

  6. umeboshi says:

    ahahhaha…mmg nampak tekun, sampai tak sedar lagak dia dirakamkan kamera!!

    November 25th, 2008 at 4:29 pm

  7. warispengiran says:

    memang tekun sunguh2lah..penuh konsentrasi tue…

    November 25th, 2008 at 4:50 pm

  8. k jas says:

    Berfikirlah terlebih dahulu sebelum meletakkan gambar yang melibatkan orang awam di web. Sekiranya ia tidak melibatkan apa-apa sensitiviti mungkin tak ada masalah. Gambar pula terang dan nyata dan boleh dijadikan kes. Tuan punya blog pun mudah dikesani.

    November 25th, 2008 at 6:49 pm

  9. paiseh says:

    ko x join sekaki ke..? hehehe..

    November 25th, 2008 at 7:47 pm

  10. HE says:

    kalau di Jepun…dah kena saman agaknya kan…ambil gambar privasi org…hehehe..apa pun goodluck pakcik…semoga terkena nombor itu…

    November 25th, 2008 at 11:17 pm

  11. axim says:

    semoga pakcik itu menang hadiah utama..hehe

    November 26th, 2008 at 10:13 am

  12. silence says:

    laa..ingatkan dia main sudoku!

    November 26th, 2008 at 10:52 am

  13. nopclslqxe says:

    big mature milf boobs

    January 8th, 2009 at 6:09 pm