119.40.120.250
Salah satu kelebihan mempunyai hosting sendiri ialah kita dapat mengesan dari mana pembaca blog ini secara spesifik. Contohnya dari bilik sekian-sekian, jabatan sekian-sekian dan Kementerian sekian-sekian. Malah alamat IP boleh dikesan diakses dari ceruk mana sekalipun. Malah siapa penggunanya juga dapat dikesan melalui nombor akhir penggunanya. Ditambah pula Suri orang IT, maka semakin mudah mengesan penggunanya.
Zaman ini, baling batu sembunyi tangan semakin ramai dalam kalangan masyarakat. Tiba-tiba aku teringat kembali kes pencabulan di ruang komen blog ini pada tahun 2001 [BACA:Geng Otai GeJu pasti ingat kes ini]. Sampai dapat menyeret satu kes ke mahkamah dengan bantuan IP tracing ini dan juga Bukit Aman. Tetapi, atas sebab perikemanusiaan dan kemaafan yang dipohonnya, aku selesaikan kes di luar mahkamah. Macam-macam bukan?


awang says:
seingat aku web ko penah kene hack, yang gbook aku tak ingat. Entri ko takde, yang kuar entah apa2.
November 1st, 2008 at 7:03 am
Laura says:
Manusia akhir zaman mmg mcm2 ada
Akal entah dia letak dekat mana
Sudah buat tak nak mengaku pula
Rasa mcm nk telan dia aje gamaknya
*sy penah diugut via sms oleh seseorang. Kbetulan sy bkerja di syarikat telekomunikasi. Smua pengguna prepaid ataupn postpaid didaftarkn. Dan kecanggihan sistem telekomunikasi kita boleh semak penggunanya, isi smsnya, tarikh&masa menghantar & malah lokasinya. Oleh itu, JANGAN BALING BATU SEMBUNYI TGN. Erks, mcm marah je lak diri ni. Eheh~ jgn marah rudy tpnjang komen kali ni
November 1st, 2008 at 7:20 am
Ungku Nor says:
dia jeles sebab awak femes kot..hehehe
November 1st, 2008 at 7:35 am
jahrera says:
Univ. Putra Msia Campus Network
Domain UPM.ED.MY
Serdang, Selangor, Msia.
Pernah dengar Rental IP?
November 1st, 2008 at 8:24 am
miezi says:
wow..kes mahkamah.
November 1st, 2008 at 10:48 am
lil-silence says:
alaa.. GEJU pon kena hack..ntah ape2 ntah.. ape pekdah diorg hack mengehack ni ea? makan gula2 hacks lagi sedapp…!
November 1st, 2008 at 10:50 am
kingbinjai says:
betul. macam mcam. dude. aku harap. kau sihat.
November 1st, 2008 at 11:19 am
tasikmerah says:
kamu mmg org baik bro…
November 1st, 2008 at 12:00 pm
lone ranger says:
salam kedamaian,
jadi org baik memang payah sekarang…kalau jadi setan manusia memang dapat lesen besar…masyarakat yang rosak akan mendapat pemimpin yang rosak…renungkan bersama
November 1st, 2008 at 12:39 pm
paiseh says:
dulu. masa aku keje kat hosting kompeni. penah sampai suat court nak kena saman. sbb ada customer ciplak website. pehal pulak yg provider kena tanggung? bodo..!!
November 1st, 2008 at 1:14 pm
paiseh says:
opps.. sori.. agak kasar komen hamba ari ni..
peace.!!
November 1st, 2008 at 1:15 pm
nadahahs says:
aku tengah cetuskan minat student uitm dalam hack menghack ni.. semester depan diaorg minta buat bengkel..
tapi biasalah bila dah terlebih pandai macam2 boleh terjadi. hackers sebenarnya org yang terer enhance, edit dan manipulate program org lain selain mencipta program sendiri. cuma sekarang ni org nampak yang jahat2 jer pasal hackers ni.
so hack menghack ni ada faedah lain selain menyusahkan org lain..
ala ibarat belajar al-quran tetapi memutarbelitkan sebahagian ayat al-quran sebagai ilmu hitam.
November 1st, 2008 at 2:15 pm