October 25th, 2008
“Bila hati sudah membenci, semua kebaikan menjadi keji. Moga aku jadi insan yang mengenang budi. Seburuk-buruk laku dia, aku ingat semua jasanya. Semua pemberiannya, aku tanam dalam-dalam di hati, sebagai intipati keikhlasan persahabatannya. Bukan menjadi gula-gula dalam ukhwah yang dibina. Keburukannya, segera aku padami dengan seribu manis yang pernah menjadi tinta bahagia.”, Begitu. Es-em-es dia. Dinihari tadi.
Angguk aku dalam gelap. Di kamar beradu ini. Memujuk mata segera mencari mimpi.
October 24th, 2008
Â
“Kau tahu berapa dalam jurang cinta aku kepadaNya?”, Dia.
Â
Aku angkat bahu. Buat-buat tidak tahu.

“Infinity! Tidak terkira tau!”, Dia. Lagi.

Aku masih buat-buat tidak tahu. Padahal di dalam hati, sangat mengerti sekali.
* Terima kasih kepada sahabat; Waris Pengiran atas bingkisan kek lapis Sarawak dari Mukah pada lebaran tempoh hari.
* Terima kasih kepada sahabat; AK atas bingkisan 3 kilogram ikan bilis segar dari Kota Belud.
* Terima kasih kepada sahabat; Asuhara atas bingkisan keringan kembang lavender dari Furano, Hokkaido.Â
October 23rd, 2008
Hujan. Lebat.
Lautan Manusia. Aku beratur menunggu giliran menyerahkan payung ke kaunter simpan barang. Di sebuah pasar-raya-jimat-ekonomi. Malam semalam.
Kemudian, datanglah seorang makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau. Memotong barisan. Terus menyerahkan payungnya ke kaunter. Aku jadi sangat geram. Kalau di Fukushima dahulu, jangan harap dia dapat layanan penjaga kaunter. Pantas dibahasakan penjaga kaunter itu supaya beratur. Tetapi di Kota Lumpur ini, pelayan kaunter macam tak pernah tahu peranan mereka. Hati sangat panas.
“Puan, sila beratur.”, Aku. Perlahan. Sopan.
“Mana. Mana. Mana ada barisan?!! Tak nampak pun?!”, Makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau pula yang tinggikan suara. Tidak mahu mengalah. Eh! Aku pula yang dimarah. Sepatutnya aku yang marah dia.
“Kamu buta?! Kan kami tengah beratur ni? Inilah contoh rakyat Malaysia yang tidak tahu manner. “, Aku. Lagi. Berani. Kuatkan suara bagai menjadi MC layaknya. Lantas, semua orang pandang dia.
Semua orang sudah bisik-bisik. Memandang makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau itu. Cepat-cepat dia lari. Masam mencuka mukanya. Mendengus malu masuk ke dalam pasar raya.
Padan muka. Sekali sekala kalau tidak boleh diajar dengan cara baik. Dengan kasar sahaja balasannya.