October 23rd, 2008

MAKHLUK WANITA KAF.LAM.YA.NGA BERBAJU HIJAU

Posted in bebas by Rudy

Hujan. Lebat.

Lautan Manusia. Aku beratur menunggu giliran menyerahkan payung ke kaunter simpan barang. Di sebuah pasar-raya-jimat-ekonomi. Malam semalam.

Kemudian, datanglah seorang makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau. Memotong barisan. Terus menyerahkan payungnya ke kaunter. Aku jadi sangat geram. Kalau di Fukushima dahulu, jangan harap dia dapat layanan penjaga kaunter. Pantas dibahasakan penjaga kaunter itu supaya beratur. Tetapi di Kota Lumpur ini, pelayan kaunter macam tak pernah tahu peranan mereka. Hati sangat panas.

“Puan, sila beratur.”, Aku. Perlahan. Sopan.

“Mana. Mana. Mana ada barisan?!! Tak nampak pun?!”, Makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau pula yang tinggikan suara. Tidak mahu mengalah. Eh! Aku pula yang dimarah. Sepatutnya aku yang marah dia.

“Kamu buta?! Kan kami tengah beratur ni? Inilah contoh rakyat Malaysia yang tidak tahu manner. “, Aku. Lagi. Berani. Kuatkan suara bagai menjadi MC layaknya. Lantas, semua orang pandang dia.

Semua orang sudah bisik-bisik. Memandang makhluk-wanita-kaf.lam.ya.nga-berbaju-hijau itu. Cepat-cepat dia lari. Masam mencuka mukanya. Mendengus malu masuk ke dalam pasar raya.

Padan muka. Sekali sekala kalau tidak boleh diajar dengan cara baik. Dengan kasar sahaja balasannya.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

39 comments

  1. paiseh says:

    whew..!!
    respek ar sama lu…
    kalu wa tobat x brani nak sound2..
    abis2 pun potong dia balik.

    October 23rd, 2008 at 2:01 am

  2. SangPelangi says:

    Yang tak berani nak sound itu, budaya “mokunin” namanya, iaitu mendiamkan yang salah.
    Aku mungkin tidak sekeras kamu, tapi tegur tetap menegur. Bahasa tinggi sindiran Melayu ada juga fungsinya, kan?

    Aku mungkin akan berkata seperti ini:

    Wahai cik intan payung, sahabat saya sebumbung satu pelampung. Pernahkah dikau merasai sup selipar berlaukkan telur benjol separa masak di dahi? (Sambil menggayakan penumbuk bergetar-getar dan muka yang tersenyum kelat.)

    Haha.

    October 23rd, 2008 at 2:58 am

  3. snm says:

    heee..saya hanya berani bersuara jika si beliau sebaya saya atau muda dr saya :p

    October 23rd, 2008 at 5:28 am

  4. nash says:

    tepat dan padat….bravo..tekisetsu na hannou ne…

    October 23rd, 2008 at 8:38 am

  5. asuhara says:

    pheww! tabik springg la rudy-san.memang betul2 ‘terasa’ duduk di kota berlumpur ini, saban waktu hati sering berbisik, berlumpur jugakah hati manusia2 di sini..kalau memandu tak fikir orang di tepian, kalau dah duduk tidak hiraukan ibu mengandung, berat benar memohon maaf kala kita ini disenggol dgn kasar!
    moga saya tidak begitu hendaknya.aminnn

    October 23rd, 2008 at 8:51 am

  6. Ropi says:

    ish….ish.ish, cobaannnnnnnn,. cobaaannnnn,,, hai mambang tanah, mambang lumpur, mambang kaunter, mambang payung, janganlah wahai si mambang memotong barisan, ingatlah orang juga wahai si mambang.

    October 23rd, 2008 at 8:57 am

  7. shahpejal says:

    org camni mmg patut diajar.., ni baru satu kes, kalau kat jln raya lagi la bnyk.., betul la.. rakyat Malaysia skrg dah kureng ‘manner’ nya..

    October 23rd, 2008 at 9:09 am

  8. Rudy says:

    paiseh & snm>>> ala dgn org pompuan berani la. kalu lelaki…kecut gakkk hati ni. huhuhuhu

    shahpejal>>> nak buat macamana…

    ropi>>> hahahahaha

    asuhara>>> inilah bahana duk kat hutan batu. hati mereka bagai batu.

    nash>>> shikataganai yo…ano yarou..

    irfanng>>> darou?

    October 23rd, 2008 at 9:23 am

  9. ahtok says:

    Bro, bahasakan je orang tak tau beratur ni. Ha ha!

    October 23rd, 2008 at 9:27 am

  10. Rudy says:

    ahtok>>> memang pun.

    October 23rd, 2008 at 9:32 am

  11. kaktiny says:

    amik… kan dh kena sebijik.. semoga dia serik..

    October 23rd, 2008 at 9:33 am

  12. Rudy says:

    kaktiny>>> mcm tak serik jer minah tuh…ekeke

    October 23rd, 2008 at 9:34 am

  13. Ungku Nor says:

    hehehe..akak slalunya tak kasik space. ala2 cam rebut lane taim bawak keta la kekdahnya..kita kan minah rempit ;p

    October 23rd, 2008 at 10:28 am

  14. Rudy says:

    kak ungku>>> ala…akaknya bodygad besar2..lehla tutup jalan jgn kasik org potong line. ekekek opssss

    October 23rd, 2008 at 12:01 pm

  15. iwan says:

    bravo!

    cayalah!…

    October 23rd, 2008 at 12:15 pm

  16. kopisuam says:

    heeh hehh kam lam ya nga..kena tegur ngan pakwe hensem bebaik pun takmo dengar kan..

    biasalah masyarakat kita ni..cam dia soranga je nak cepatkan..abis orang lain tu camner..

    caya lah rudy..

    October 23rd, 2008 at 12:32 pm

  17. ayobkelubi says:

    kadang-kadang manusia ini terlalu angkuh kan?

    October 23rd, 2008 at 1:01 pm

  18. rkm says:

    laa. salah, tu.

    patutnya, marah yang KAT KAUNTER tu, dengan nada suara kuat ala MC kayaknya. supaya semua yang beratur akan pandang DUA-DUA makhluk.

    Kalau tak ajar yang kat kaunter tu pun, in turn diorang tak akan ajar orang-orang kurang bahasa macam berbaju hijau tu.

    ni semua sebab kak lin dah pernah buat — marah kat kaunter stesen minyak, marah kat kaunter simpan barang, marah kat kaunter kedai runcit… hehe

    October 23rd, 2008 at 1:13 pm

  19. warispengiran says:

    cayalah rudy-san…caiyok! caiyok!

    October 23rd, 2008 at 3:50 pm

  20. umeboshi says:

    ahahha.. bagus!

    October 23rd, 2008 at 4:00 pm

  21. Rudy says:

    umeboshi>>> ahahaha. teremo jugak sbnrnya.

    waris>>> hahaha siot jerk bagi rangsangan.

    rkm>>> aah ek.ok lenkali ikut saranan akak.

    ayobkelubi>> aah. termasuk aku. uhuk2..insaf kejap

    kak zira..> ahahaha mana de hensem. botak dah kepala ni.

    iwan>>> apa yg bravo? :p

    October 23rd, 2008 at 6:59 pm

  22. Ropi says:

    nasib baik wanita tu tak melawan, kalau die melawan…. mesti en.rudy bukak kungfu kan….. hahahaha…oppppppsssssss

    October 23rd, 2008 at 9:10 pm

  23. Rudy says:

    ropi>>> silatlah…

    October 24th, 2008 at 8:15 am

  24. miezi says:

    biasa ar..kalau dah namanya Kelly Ng, nak buat camne.

    October 24th, 2008 at 12:11 pm

  25. Rudy says:

    miezi>>> ahahahahaha!

    October 24th, 2008 at 1:46 pm

  26. tasikmerah says:

    rasa nk jentik dgn getah… haih~

    October 24th, 2008 at 2:29 pm

  27. Rudy says:

    tasikmerah>>> relax relax… :)

    October 24th, 2008 at 3:12 pm

  28. lil-silence says:

    kalau saya..err..kalo org tu org tua.. saya kasi je dia bratur depan..

    and another situation, selalunya org xnampak saya tgh beratur.. sbb saya kecik..kdg2 org selalu sangat-sangat-sangat potong barisan saya.. jadi SABAR je lah…

    October 24th, 2008 at 3:22 pm

  29. suara says:

    kejar masa. semua nak cepat, sehingga sanggup langgar rule yang di tetapkan. Err… saya selalu memotong. Tapi bila memandu di jalan raya la.

    October 24th, 2008 at 5:14 pm

  30. Rudy says:

    suara>>> ahahaha bahaya tu.

    lil>>> sabarnya. sy tabik dgn lil!

    October 24th, 2008 at 7:47 pm

  31. Ropi says:

    ye ke silat ni…… tapi nampak gaya mcm kungfu je langkahnye….hik..hik

    October 25th, 2008 at 12:20 am

  32. Rudy says:

    ropi>>> hahaha kungsu silat boleh? ;p

    October 25th, 2008 at 1:06 am

  33. ainyusof says:

    sama je kat mana2. lagi2 kalau masa naik bas. masing2 macam tak ingat dunia. time 2, tolak tepi halal haram, yang penting dapat naik bas.
    p/s; kenangan naik bas kolej yang di pandu oleh kaf lam ya nga yang suka pasang lagu kuat2 dan bawa bas laju2

    October 25th, 2008 at 3:44 pm

  34. Ropi says:

    bolehhhhhh. tapi ade syaratnye iaitu, kalau org tu buka langkah kungfu, en rudy kene lawan ngan kungfu la, tak boleh gune silat. kecuali die buka kuda-kuda……..barula boleh en.rudy buka bangku-bangku lak…he……he

    October 26th, 2008 at 12:51 am

  35. Rudy says:

    ainyusof>>> masih ada lagi wooo driver tu tau… tp skrg dah takda lagu keling. telah diharamkan.

    ropi>>> hahahahahahaa!

    October 26th, 2008 at 3:39 pm

  36. amyz says:

    memang patut dibahasakan orang yang tak tahu jaga manner.

    saya kalau org q belakang saya, langgar2 saya dengan troli dia, saya pusing dan pandang, bulatkan mata. “Tak nampak ke?”

    Cepat-cepat dia cakap sorry.

    Betul. Org Malaysia dah hilang sopan. Kena ajar balik~

    October 27th, 2008 at 9:02 am

  37. ainyusof says:

    amyz, mungkin dalam subjek sivik nanti kena ajar cara2 beratur kot?
    uhuk! batok pulak cikgu

    October 30th, 2008 at 9:26 pm

  38. amerzaman says:

    memang kaum mereka begitukah?

    masa dalam bas ekspres..kat tiket dah tulis nombor…duduk sukahati
    begitu juga dalam keretapi…

    rebel sangat la tu…

    November 1st, 2008 at 3:14 pm

  39. juvomuli pornyh says:

    sympathetic milieu! nicely done!

    December 24th, 2008 at 6:38 pm