SATU SYAWAL DUA
…. sambunganÂ
Ini kali pertama kami solat aidil fitri di Masjid KLIA. Kerapkali saban tahun di masjid kampung sahaja, tetapi tahun ini aku tega untuk mencari kelainan. Aku rasa macam sudah hafal rutin solat aidil fitri di kampung. Panjang meleret-leret. Jemaah terbuai dengan perasaan dan bukannya mendengar intipati khutbah yang disampaikan. Kemudian sesak dan penuh manusia. Kalau hari tidak hujan boleh bentang sejadah sahaja atas jalan raya. Tetapi buatnya hujan turun seperti hari ini?
Nah! Aku sudah agak. Khutbah aidil fitri di Masjid ini menarik perhatian. Teguran telus tanpa selindung imam khutbah sangat membekas.
“Adalah diingatkan, hari raya bukanlah festival filem di mana pakaian dan kemewahan melekat di badan untuk diperagakan.”, Imam. Dalam kepala terbayang pesta tunjuk rambut dan peha wanita-wanita tadi.Â
Jam 8.55 pagi. Usai solat dan khutbah. Berkirim salam raya dengan es-em-es kepada sahabat. Balasan es-em-esnya sedikit tersentak.
“Hoi, kau tak sembahyang rayakah?”, Seloroh sahabat.
Mungkin dia tidak tahu aku sudah usai solat sunat dan mendengar khutbah aidil fitri. Masjid KLIA masjid persinggahan. Musafir lebih ramai. Ada sesetengah jemaah masih beruniform dan bertugas pada pagi 1 syawal. Maka ia lebih ringkas dan pendek.
Gerimis turun kembali tatkala keluar dari masjid. Dan pesta tunjuk rambut dan peha menjadi sajian kami semula. Serasa terbang segala ingatan imam dalam khutbahnya sebentar tadi. Benarlah ini wanita akhir zaman. Sukar sebenarnya mencari Siti Fatimah Azzahra mahupun Aisha R.A pada zaman ini.
Salam Aidil Fitri.


iwan says:
tempat aku semayang raya start 9am..
October 4th, 2008 at 10:46 am
Rudy says:
iwan>>> lambat pulak ek
October 7th, 2008 at 8:28 am