October 1st, 2008

SATU SYAWAL SATU

Posted in bebas by Rudy

Latar Belakang:

Renyai hujan.

Anekdot:

Satu bilik mandi untuk direbut 10 manusia. Maka jadinya beberapa minit sebelum solat aidil fitri baru kami tiba di Masjid KLIA. Berjalan kaki melewati pintu pagar masjid disajikan dengan gelagat pelajar asing luar negara sebuah kolej antarabangsa dengan pelbagai ragam dan busana.

Hidangan percuma pagi ini ialah busana pelajar wanita Indonesia dari sebuah kolej antarabangsa berhampiran yang hanya mengenakan selendang nipis dengan jambul dan sanggul warna rambut yang sudah tidak hitam lagi. Serta kain belah depan, tepi atau belakang hingga menampakkan peha! Wow! :p

….bersambung.

Belasungkawa:

AlFatihah buat ayahanda, kedua datuk dan nenda Napang (otai GeJuis), yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Ramadhan kerana kemalangan jalan raya di Grik Perak. Aku difahamkan, ayahandanya pulang bersendirian ke Terengganu mengambil datuk dan neneknya untuk menyambut lebaran di Taiping. [Rujuk: Harian Metro 30 September). Jenazah selamat dikebumikan pada 30 Ramadhan. Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT. Buat Napang sekeluarga, moga diberi ketabahan dan kesabaran dengan ujian ini. AlFatihah.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. asuhara says:

    salam aidilfitri rudy-san!
    dlm kemajuan dunia ni, fesyen pun sangat2 ‘maju’ kan?

    p/s:salam dari napang,ayahndanya pulang kerahmatullah pada minggu terakhir puasa.

    October 2nd, 2008 at 11:10 pm

  2. aTiQah says:

    Salam aidilfitri Enche’ Rudy. :)

    Al-Fatihah untuk mereka yang pergi. Semoga keluarga mereka tabah.

    October 3rd, 2008 at 8:33 pm

  3. maza says:

    ooo..dpt santapan istimewa dr minah indon ek..rezeki tuh…hehee

    November 28th, 2008 at 11:16 pm