JANGAN

“Jangan gila talak sampai meruntuhkan cinta orang lain, ya.”, Aku kepada dia.

“Jangan buat fitnah sampai meracun kehidupan orang lain, ya.”, Aku. Lagi.

Muak.

PISANG GORENG DAN KEROPOK GOTE

“Mama, Mama nak beli apa?”, Sicilik. Satu petang.

“Mama nak beli pisang goreng dan keropok gote“, Suri.

“Oooo…”, Sicilik.

Sampai di gerai. Belumpun sempat Suri mengeluarkan suara;

“Acik, pisang kote satu!”, Sicilik. Spontan. Dengan muka naif.

Wajah suri merona merah. Abang jual goreng pisang dari Kelantan itu tahan ketawa. Aku? Naib baik semasa insiden itu aku tidak bersama mereka. Ha! Ha! Ha! Ha! Kalau tidak, malu seh!

* Keropok gote – Keropok lekor (Kelantan)