Archive for September, 2008

September 23rd, 2008

手紙3:おかあさんヨリ

Posted in bebas by Rudy

ルディ君、おひさしぶりです!!

かわいい浩くんときれいな奥様に囲まれて、幸せなご様子にとてもほほえましい限りです。福島は秋の色がだんだんと濃くなり、今は梨の生産に追われています。報告があります。

睦が結婚しました。お式は来年の二月ですが、相手のご両親とこちらでご挨拶を交わし、入籍を終え、今は東京の府中に住んでいます。睦もいろいろとありましたが、いい相手にめぐり合い、落ち着くことが出来ました。写真がまだ整理していないので、送れませんが、近いうちに送りますね。相手の方は、SECOMの研究員です。五歳年上です。雅は歯科医師となり、まだ盛岡にいます。お母さんとしてははやくこちらに帰ってきてほしいです。

ヒロは今愛知県の大学生です。先日ヒロのお母さんのお骨を預けていたこちらのお寺から、東京のお墓に納める
ことができました。すっかり御嬢さんになりましたよ。

御父さんと私は相変わらず元気ですが、ひとつ驚くほどうれしいお知らせがあります。

お父さんがお酒を飲まなくなりました!!体が悪くなったのではなく、60歳を前にしてのまなくしたそうです。(本人の言
葉)実はお母さんは今年の初めから、うちの日本間にある神様や仏様、そしてご先祖様に「お父さんがお酒を飲まなくなるようにお願いします。」とお祈りを毎朝欠かさずしていたのです。これはある方からのアドバイスを受け、今まできちんと神様仏様に向き合っていなかったことを反省し、日本人の昔からの宗教である神社やお寺を大事にするようにしています。
もちろん、普段の生活は変わりませんが、ルディ君たちが毎日神様にお祈りをしていたことを思い出すと、心に手を合わせ心を沈め、自分と向き合うことがとても大事なことだと今は思えるようになりました。ですので、うちの夜ご飯には全くお酒がありません^^;安心して、遊びに来てね^o-v長くなりましたが、元気なルディ君の姿を見て、とてもうれしくなりました。有難うね!!

じゃ、写真楽しみにしていてね!!

おかあさんより

+++++

Kegembiraan yang nyata. Apabila menerima e-mel daripada ibu di Fukushima mengkhabarkan berita terkini keluarga di sana. Paling gembira bila ayah sudah berhenti minum air syaitan terutamanya sake (arak Jepun) itu. Kenangan terpaksa memapah ayah keluar dari bar satu masa dulu amat kuat menerjah ingatan. Ibu menangis setiap kali ayah mabuk.

Ibu tiada anak lelaki. Hanya ada dua orang anak perempuan dan seorang anak saudara perempuan yang dibela sejak kecil. Selalunya, akulah yang terpaksa menemani ayah atas permintaan ibu. Keinginan ayah amat kuat. Katanya untuk penghilang stress. Aku banyak kali berdebat tentang keburukan arak ini dengan ayah, termasuklah kisah Rasulullah SAW memilih susu daripada arak. Tetapi ayah tetap ayah. Ego orang tua. Malah ayahpun doktor perubatan. Dia sepatutnya lebih tahu hal-hal sebegini daripada aku.

Ibu selalu mengadu tentang ayah yang kaki sake dan beer dari jenama Kirin itu. Dan yang paling ibu tidak suka apabila ayah mabuk, dia akan dibuli oleh kawan-kawannya. Ayah punya pendapatan lumayan sebagai doktor. Kawan-kawan ayah kebanyakannya orang yang tidak semewah dirinya. Jadi kawan-kawannya selalu minta dibelanja. Tabiat ayah kalau sudah mabuk pasti akan membelanja kawan-kawannya tanpa sedar. Pernah satu malam aku diberitahu ibu, ayah habis lebih 100,000 yen (+-RM3K) dek berpesta arak dengan rakan-rakannya.

Kerana itu, ibu minta aku temani ayah. Ibu beritahu had 1 botol beer dan tidak lebih dari 3 botol sake. Selepas itu aku akan bawa ayah pulang.

Ibu gembira. Aku lebih gembira. Itupun selepas hampir 7 tahun aku pulang ke Malaysia, onegai (permintaan) aku diperkenan Tuhan. Cuma aku harap satu hari nanti ayah dan ibu diberi hidayah oleh Allah untuk Islam. Itu doa aku. Tidak putus setiap hari.

September 22nd, 2008

KATAKAN TIDAK KEPADA PAMPERS

Posted in bebas by Rudy

Saat paling bahagia bila dapat melihat perkembangan anak di depan mata membesar amat banyak. Mungkin aku dan suri terlepas peluang melihat dia pandai berjalan kerana waktu itu suri sambung belajar jauh di utara dan aku sibuk bekerja. Sicilik membesar dengan neneknya di kampung selama setahun.

Tetapi, perkembangan yang terbaru ini memang mengujakan. Tanpa perlu memakai sanita lampin pakai buang. Dia sudah boleh pakai dan tanggal seluar, kemudian terus berlari ke tandas sendiri. Boleh cuci pula sendiri dengan sabun penuh berbusa sebelum dibilas rapi. Lantas kembali semula menyarung celana sendiri. Oh, sicilik sudah pandai mengurus diri.

“Bagus anak papa. Pandai!”, Aku. Sambil usap ubun-ubunnya.

“Kenapa?”, Suri datang tiba-tiba dari dapur.

“Selamat duit papa RM70 tak payah beli 2 kodi pampers tiap-tiap bulan”, Aku. Ketawa besar.

“Wah! Bolehlah kumpul duit beli gelang besar untuk saya!”, Suri. Sinikal sekali.

“Ceh! Ke situlah pulak dia”, Aku. Muncung.

September 21st, 2008

MENCARI

Posted in bebas by Rudy

Terkial-kial. Mencari. Sejak berhari-hari.

Alif, cd installer untuk connection en sembilan puluh lima ke pc.

Ba, passport antarabangsa yang aku ralit letaknya entah di mana.

Alif dan Ba, tarikhnya semakin hampir.