CATATAN SEPI
Â
Apa kalian akan lakukan tika seseorang menangis di bahumu? Lencun bajumu dengan esak tangisnya. Adakah kalian akan bungkam menyemarakkan sepi di ruang yang ada. Atau memujuknya dengan kata-kata?
Kantor serasa lengang.
Â
Apa kalian akan lakukan tika seseorang menangis di bahumu? Lencun bajumu dengan esak tangisnya. Adakah kalian akan bungkam menyemarakkan sepi di ruang yang ada. Atau memujuknya dengan kata-kata?
Kantor serasa lengang.
[Tulisan ini khas sempena semangat aidil fitri yang bakal hadir beberapa hari lagi]
Aku mungkin manusia paling lewat mendapatkan novel Manikam Kalbu. Karya akhi Faisal Tehrani. Aku teruja dengan novel yang satu ini. Perihal dunia busana dicanai menjadi novel yang sarat ilmu. Alhamdulillah dua hari aku peruntukkan selepas terawih dan tadarus untuk menghadam ilmu dari buku ini.
Kalian tahu makna disebalik nama baju kurung itu? Di tempat aku, baju kurung merujuk kepada baju kurung perempuan dan baju kurung lelaki (BACA: di kebanyakan tempat di Malaya, ia disebut baju Melayu). Memang selari dengan apa yang dinaskhahkan dalam novel itu. Panggilan yang sama pada baju untuk dua jantina.
Selama ini, kita hanya tahu nama baju itu baju kurung. Tahukah kalian makna disebalik nama “kurung” itu?

* kredit foto dailylife.com
“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”
“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”
“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”
Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?

* kredit foto thelilcaliph.com
“…. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..”
“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”
Ironi sekali aku sudah nekad untuk tidak membeli sebarang persalinan baju kurung melayu untuk dipakai pagi Syawal tahun ini. Alasan aku mudah, untuk berjimat. Di gerobok pakaian aku sudah ada lima pasang baju kurung Melayu. Jarang dipakai. Malah sekian kali Jumaat, tatkala ramai sahabat mengenakan busana itu ke pejabat, aku berkira-kira dengan alasan, susah nak ke tandas nanti. Nak buka samping bagai! Selesa konon dengan pakaian Barat!
Tetapi usai membaca Manikam Kalbu malam tadi, tiba-tiba hati ini digayut rasa kesal yang amat. Alangkah baiknya aku beli demi pahala yang mungkin aku dapati merai makna disebalik terbinanya struktur kurung itu yang sangat akrab dengan Islam. MasyaAllah! Meski fiksyen sahaja novel itu, tetapi kalau niat memakai untuk mendapat keredhaan Allah, tidakkah ia berbaloi? Kalian bagaimana? Sempat lagikan untuk membeli baju kurung untuk dipakai 1 Syawal nanti. Tapi pastikan kurung kalian sama sifatnya seperti yang di atas dan jangan tak cukup sifat, berbutang empat dan ketat misalnya.
* Lagi tentang rahsia baju kurung mengikut syariat dan adat ada terdapat dalam novel Manikam Kalbu, DBP muka surat 126-132

Musim menanda kertas peperiksaan. Tujuh puluh lima calon, kali dengan lima soalan, sama dengan tiga ratus tujuh puluh lima jawapan esei perlu ditanda! Bayangkan dengan jumlah lebih separuh tulisan cakar ayam. Subjek pula perundangan Malaysia. Gundah sekali jiwa hamba!
Itu belum lagi yang pandai membeli jiwa, menyelitkan nota untuk sipemeriksa. Aduhai, macam-macam.
++++++++++
Kisah Jimi dan Anak-anak
Aku baca kisah ini. Entah mengapa, aku memang tidak boleh membaca kisah anak-anak sekolah yang susah seperti Azmil, Shuhaida, Hafiz, Khairil dan lain-lainnya. Aku berdoa agar guru yang bernama Jimi ini diberi rahmat Allah sepanjang hayatnya. Disebalik isu guru yang merudumkan kepercayaan masyarakat kepada golongan yang sangat dihormati ini, aku bersyukur kerana masih ramai lagi guru prihatin seperti Cikgu Jimi ini. Moga Suri menjadi guru seperti Jimi.
Mahukah kalian sama-sama sekapal menuju ke syurga? Jom beramal kepada anak-anak yatim di sekolah Jimi. Boleh akaunkan amal jariah kalian di RHB Bank milik Jimi 15802000085217, sebelum 25 September 2008 kerana pada 26 hari bulan, amal jariah kalian akan disampaikan kepada anak-anak yatim ini. Resit? Pengecualian cukai? Tak payahlah. Minta daripada Allah sahaja nanti di Sana.
++++++
Kisah Shahadan dan sahabat
Hidup ini saling tolong-menolong. Dahulu dia, sekarang giliran sahabatnya pula. Sudikan beramal jariah untuk sahabatnya yang ditimpa musibah kemalangan. Maut dan cedera menjadi dugaan berat buat sahabat kepada Shahadan hingga mendapat liputan akhbar. Maklumat detail mengenai hal ini boleh didapati di sini.
Sekadar memanjangkan peluang amal untuk kalian di hujung Ramadhan.