COLEK CHERANG RUKU

Aku teruja sebenarnya nak merasa penganan Colek Cherang Ruku yang dikhabarkan seantero Malaysia dalam Majalah Tiga Sabtu lalu. Jenuhlah aku selepas terawih malam 28 Ramadhan mencari tempat letaknya. Kata sahabat aku, ia di Cabang Empat, Berek 12.
Kedainya di tepi jalan. Tapi penuh dengan manusia yang lapar penganan malam. Sampai ada yang berdiri menunggu pelanggan bangun dari kerusi sebelum sesi merebut bangku terjadi.
Aku dan adik ipar berhajat untuk tapau sahaja. Bila aku tempah makanan, Mek pelayan restoran kata bungkus akan dapat lama. Mereka utamakan pelanggan yang makan di situ. Aku sudah keliru. Apa bezanya bungkus dan makan di situ. Sama sahaja. Aku agak mereka malas nak bungkus. Aku kata aku tunggu juga. Tiga puluh minit menunggu baru aku dapat. Itupun sebab ada orang tak ambil makanan yang mereka tempah dan aku belasah cakap itu aku punya.
Bila dirasa kuah yang dikatakan pengacara Majalah Tiga itu enak sekali. Aku agak terkejut. Ini kuah satay orang Jawa! Alahai, tertipu aku dibuatnya. Terus hilang rasa teruja.
* Aku lebih suka colek sebuah gerai di depan Masjid Kampung Sireh dekat dengan Wakaf Che Yeh. Sambalnya lain dari yang lain. Jauh lebih sedap hingga aku nak pergi beli lagi malam ini.
* Colek- Gorengan makanan laut, hotdog, fish cake, fish ball dan cekodok yang dimakan dengan sambal manis khas.


lil-silence says:
owhh balik kelate ea?
September 30th, 2008 at 10:26 am
nadahahs says:
colek gapo deh!
September 30th, 2008 at 11:37 am
ryann says:
wahh..dah balik kelantan. bestnya syurga beraneka makanan. selamat hari raya ye rudy. mohon kemaafan untuk segalanya.
September 30th, 2008 at 10:01 pm
Lutfi says:
Selamat hari raya Aidilfitri
October 1st, 2008 at 11:54 am
hakim dirani says:
mungkin selera abang dengan pengacara tu tak sama. tapi, saya kagum la, abang rudy sanggup tunggu lama-lama untuk merasai makanan tu.
Selamat hari raya dari saya maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesalahan.
October 1st, 2008 at 12:57 pm
grsduforgn says:
[url=http://uk.geocities.com/dietpillhymljlos/xynrf-of/fat-mexican-chicks-naked.htm]fat mexican chicks naked[/url]
January 8th, 2009 at 6:03 pm
vmzazutmxa says:
girls and small dick
January 8th, 2009 at 6:03 pm