September 25th, 2008

MANIKAM KALBU: ASAL KURUNG DILUPA ORANG

Posted in bebas by Rudy

[Tulisan ini khas sempena semangat aidil fitri yang bakal hadir beberapa hari lagi]

Aku mungkin manusia paling lewat mendapatkan novel Manikam Kalbu. Karya akhi Faisal Tehrani. Aku teruja dengan novel yang satu ini. Perihal dunia busana dicanai menjadi novel yang sarat ilmu. Alhamdulillah dua hari aku peruntukkan selepas terawih dan tadarus untuk menghadam ilmu dari buku ini.

Kalian tahu makna disebalik nama baju kurung itu? Di tempat aku, baju kurung merujuk kepada baju kurung perempuan dan baju kurung lelaki (BACA: di kebanyakan tempat di Malaya, ia disebut baju Melayu). Memang selari dengan apa yang dinaskhahkan dalam novel itu. Panggilan yang sama pada baju untuk dua jantina.

Selama ini, kita hanya tahu nama baju itu baju kurung. Tahukah kalian makna disebalik nama “kurung” itu?


* kredit foto dailylife.com

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”

Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”

Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?


* kredit foto thelilcaliph.com

“…. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..”

“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”

Ironi sekali aku sudah nekad untuk tidak membeli sebarang persalinan baju kurung melayu untuk dipakai pagi Syawal tahun ini. Alasan aku mudah, untuk berjimat. Di gerobok pakaian aku sudah ada lima pasang baju kurung Melayu. Jarang dipakai. Malah sekian kali Jumaat, tatkala ramai sahabat mengenakan busana itu ke pejabat, aku berkira-kira dengan alasan, susah nak ke tandas nanti. Nak buka samping bagai! Selesa konon dengan pakaian Barat!

Tetapi usai membaca Manikam Kalbu malam tadi, tiba-tiba hati ini digayut rasa kesal yang amat. Alangkah baiknya aku beli demi pahala yang mungkin aku dapati merai makna disebalik terbinanya struktur kurung itu yang sangat akrab dengan Islam. MasyaAllah! Meski fiksyen sahaja novel itu, tetapi kalau niat memakai untuk mendapat keredhaan Allah, tidakkah ia berbaloi? Kalian bagaimana? Sempat lagikan untuk membeli baju kurung untuk dipakai 1 Syawal nanti. Tapi pastikan kurung kalian sama sifatnya seperti yang di atas dan jangan tak cukup sifat, berbutang empat dan ketat misalnya.

* Lagi tentang rahsia baju kurung mengikut syariat dan adat ada terdapat dalam novel Manikam Kalbu, DBP muka surat 126-132

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

17 comments

  1. warispengiran says:

    teruja sekali membaca rahsia di sebalik kurung itu…apatah lagi sememangnya cadang hendak membeli baju kurung melayu tahun ini kerana sudah 2 tahun tidak bertukar baju kurung melayu…

    September 25th, 2008 at 1:30 pm

  2. Rudy says:

    waris>>>> slmt membeli. pastikan kurung berbutang lima atau satu.

    September 25th, 2008 at 1:38 pm

  3. salina says:

    salam,

    one of your staff introduced me about ur blog. keep up a good work! nice blog though.

    australia

    September 25th, 2008 at 1:55 pm

  4. Rudy says:

    salina>>> oh ye ke. slmt berkunjung ke bluehikari

    September 25th, 2008 at 3:01 pm

  5. lil-silence says:

    owhh.ade kisah rupanya disebalik kejadian. indah sungguh kisah tentang asalnya kurung. terima kasih bro rudy, sbb sudi berkongsi cerita. ;)

    September 25th, 2008 at 3:39 pm

  6. Rudy says:

    lil>>> sama2 berkongsi ilmu apasalahnya. thanx to Allah gave the idea to akhi faisal tehrani

    September 25th, 2008 at 4:47 pm

  7. Ungku Nor says:

    tak beli baju kurung baru sebab baju kurung tahun yang lepas-lepas masih elok.
    tak baik membazir.

    berjimat-cermat pun dapat pahala gak aper..;p

    September 25th, 2008 at 7:55 pm

  8. KNizam says:

    selamat hari raya aidilfitri 1429H
    maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)

    September 25th, 2008 at 11:55 pm

  9. si dugong says:

    Aku beli baju siap tahun ni. Butang lima? nanti aku check…

    September 26th, 2008 at 6:32 am

  10. Rudy says:

    kak ungku>>> haah betul tuh kak ungku..waa..xjaidk beli baju raya balik jawabnya ekekeke

    knizam>>> slm aidil fitri..hati2 di jalanan

    asidugong>>> kira cukup 5 tau!

    September 26th, 2008 at 9:21 am

  11. mern says:

    segalanya ada sebab musabab…indah andai cerita dan ilmu bergabung…mern dah beli baju kurung…beli yg dah siap…berbutang satu tentunya…selamat hari raya en rudy…blk kelantan jemputlah ke rumah…

    September 26th, 2008 at 10:43 am

  12. wj4knk405b says:

    xwy6rby5w37 [URL=http://www.367945.com/419106.html] onhdne5emz5uvpi [/URL] rd61jehm

    September 27th, 2008 at 12:28 am

  13. wj4knk405b says:

    xwy6rby5w37 http://www.544697.com/815260.html rd61jehm

    September 27th, 2008 at 12:28 am

  14. noor hanisah othman says:

    Beli baju baru ye, yang 5 helai lagi tu hadiah la kat sapa2, byk sgt kan, bukan pakai slalu pun… hehehh cadangan saja,jgn ikut kalu xstuju. Meriah d sini. saja singgah dan baca. salam ukhwah dan selamat hari raya.

    September 27th, 2008 at 1:01 pm

  15. dasarhati says:

    dah baca Manikam Kalbu beberapa bulan lepas. memang mengancam kalbu dan menginsafkan tentang keindahan sebenar kurung melayu!

    October 6th, 2008 at 11:02 am

  16. knafsnwfqr says:

    [url=http://uk.geocities.com/buyfxsyalosingwe/qusul-we/porn-overload-com.htm]porn overload com[/url]

    January 8th, 2009 at 5:57 pm

  17. roselynn says:

    salam..
    berminat dengan baju kurung sulam dari indonesia??
    jom singgah disini..
    hanya 125 sepasaang termasuk pos..
    cepattt ..stok terhad

    May 5th, 2009 at 12:58 am