September 24th, 2008

BELI JIWA

Posted in bebas by Rudy

Musim menanda kertas peperiksaan. Tujuh puluh lima calon, kali dengan lima soalan, sama dengan tiga ratus tujuh puluh lima jawapan esei perlu ditanda! Bayangkan dengan jumlah lebih separuh tulisan cakar ayam. Subjek pula perundangan Malaysia. Gundah sekali jiwa hamba!

Itu belum lagi yang pandai membeli jiwa, menyelitkan nota untuk sipemeriksa. Aduhai, macam-macam. :)

++++++++++

Kisah Jimi dan Anak-anak

Aku baca kisah ini. Entah mengapa, aku memang tidak boleh membaca kisah anak-anak sekolah yang susah seperti Azmil, Shuhaida, Hafiz, Khairil dan lain-lainnya. Aku berdoa agar guru yang bernama Jimi ini diberi rahmat Allah sepanjang hayatnya. Disebalik isu guru yang merudumkan kepercayaan masyarakat kepada golongan yang sangat dihormati ini, aku bersyukur kerana masih ramai lagi guru prihatin seperti Cikgu Jimi ini. Moga Suri menjadi guru seperti Jimi.

Mahukah kalian sama-sama sekapal menuju ke syurga? Jom beramal kepada anak-anak yatim di sekolah Jimi. Boleh akaunkan amal jariah kalian di RHB Bank milik Jimi 15802000085217, sebelum 25 September 2008 kerana pada 26 hari bulan, amal jariah kalian akan disampaikan kepada anak-anak yatim ini. Resit? Pengecualian cukai? Tak payahlah. Minta daripada Allah sahaja nanti di Sana. ;)

++++++

Kisah Shahadan dan sahabat

Hidup ini saling tolong-menolong. Dahulu dia, sekarang giliran sahabatnya pula. Sudikan beramal jariah untuk sahabatnya yang ditimpa musibah kemalangan. Maut dan cedera menjadi dugaan berat buat sahabat kepada Shahadan hingga mendapat liputan akhbar. Maklumat detail mengenai hal ini boleh didapati di sini.

Sekadar memanjangkan peluang amal untuk kalian di hujung Ramadhan.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

19 comments

  1. warispengiran says:

    kerja semak menyemak..sy sgt faham kerja itu..tulisan cakar ayam itu bukan setakat mencakar di kertas, malah mencakar di jiwa..adusss!!!!

    September 24th, 2008 at 8:50 am

  2. tentangseseorang says:

    wohhh aku pernah menggunakan strategi tu masa kat U. pehtuh lulus plak subjek tuh. ahahahahaha

    September 24th, 2008 at 10:10 am

  3. Rudy says:

    waris>>> mencakar jiwa? hahahah samalah kita

    tentangseseorang>>> oooohhh mcm tu ke?

    September 24th, 2008 at 10:40 am

  4. nadahahs says:

    thanks..

    aku minta tolong is3 tandakan jawapan objektif. yang subjektif dan esei masih lagi duk dalam beg belum habis bertanda..

    September 24th, 2008 at 12:06 pm

  5. Rudy says:

    Shahadan>>> ahahaha wajib isteri tu minta bayar 1 paper 10 hengget misalnyaaaa

    September 24th, 2008 at 12:11 pm

  6. JP says:

    Ada tak yang selit duit Raya? Hehehe!

    September 24th, 2008 at 12:37 pm

  7. lil-silence says:

    kalau musim peperiksaan, Mak saya pon mesti mintak tlg saya periksa kertas peperiksaan. tapi tu pon kalau saya balik kampung la.

    Masa jadi cekgu dulu, time nak peperiksaan laa paling kalut. Nak cari soklan, pastu nak kena fotostat, pastu nak kena klipkan.. banyak betul kerja. tapi seronok!

    September 24th, 2008 at 5:57 pm

  8. djian08 says:

    wakakaka..selamat menanda, nasib ala menanda coming soon, ajar BM untuk 160 budak, majoriti cina..huh..ape cerite…pening wei nk bace karangan…
    sabor je le..

    September 24th, 2008 at 8:54 pm

  9. Rudy says:

    JP>>> duit raya ke duit rasuah? iskkk..kang BPR masukk woo

    dijan08>>> hahahah selamat berhempas pulass…

    lil-silence>>> spttnya sekolah sudah dibekalkan mesin fotokopi/xerox automatik staple dan sorting. ia tidak akan membebankan guru..dahlah mrk banyak kerja

    September 25th, 2008 at 9:00 am

  10. iwan says:

    aku, tak pernah buat kerja mcm tu..

    haha..

    September 25th, 2008 at 10:07 am

  11. SangPelangi says:

    Aku nak jadi cikgu!!

    September 25th, 2008 at 10:20 am

  12. Rudy says:

    iwan>>> ahahaaha manalah tahu nak lulus PTK kan? ko buat ekekeke

    Sangpelangi>>> jadilah cikgu irfann..balik nanti apply guru mara. ngajar mrsm… sy ada kabel. nak? ihihihihi…

    September 25th, 2008 at 10:23 am

  13. ayobkelubi says:

    aduhhh,kat tepi meja aku nie segunung nak ditanda.aduhhh..

    September 25th, 2008 at 1:07 pm

  14. Rudy says:

    ayob>>> raya dengan segunung paper bro. hahahaha

    September 25th, 2008 at 1:10 pm

  15. y4ku24 says:

    Salam ramadhan.

    Tebik spring kepada para guru yang berusaha untuk mendidik anak murid mereka, bukan sekadar menjadi cemerang di dalam akademik sahaja, tetapi di dalam unsur manusiawi.

    Semua senpai tergolong di dalam golongan ini, seperti Cikgu Jimi. :)

    September 26th, 2008 at 7:47 am

  16. Rudy says:

    y4ku24>>> saya bukan guru… ihiks… :)

    September 26th, 2008 at 9:10 am

  17. waterlily says:

    Tulisan saya masih buruk dan terus bertambah buruk dari hari ke hari disebabkan masalah kesihatan saya. Setiap kali ada peperiksaan saya bimbang,adakah kertas saya diperiksa. Saya jadi lupa, Allah yang menggerakkan hati-hati manusia.

    Salam Labran untuk encik dan Suri sekeluarga.:)

    September 26th, 2008 at 9:22 am

  18. 7ptvg2v2g3 says:

    2odpxmmmk22q o8a81tma 1yiclix79fpbs

    September 27th, 2008 at 12:29 am

  19. mhmherctkh says:

    [url=http://uk.geocities.com/pharmacytflosing/gyzna-ix/daisy-marie-angels-of-porn.htm]daisy marie angels of porn[/url]

    January 8th, 2009 at 5:59 pm