HAKCIPTA TAK TERPELIHARA
Dahulu, kalau menulis atau menggrafik apa sahaja di sini pasti aku letak nama bluehikari sebagai yang empunya hakcipta. Kononnya tak mahu dicilok. Kita lupa agaknya, semua yang kita ada bukan hak kita. Datangnya dari DIA. DIA yang menjadikan ilham itu terzahir di otak kita. Turun ke lidah, tangan dan wujud di sini. Sejak tersedar hal ini dari pembacaan luas, aku sudah mula tidak ambil kisah tentang hak cipta penulisan/grafik yang aku ada.
Ironinya, kalau kalian mahu ambil apa sahaja yang terencana dalam blog ini silakan. Aku cuma tagih pahalanya untuk bekal di SANA kelak. Tak perlulah mempertahankan hak penulisan/grafik dari akta itu dan ini, sedangkan semuanya bukan kepunyaan kita. Ilmu itu datangnya daripada DIA, kita sebarkanlah.
Ambil yang muluk, buang yang buruk.


waterlily says:
Salam
Bagaimana jika yang mengambil itu dari jenis yang kurang akal budi, mendakwa dakwi dia punya dan tidak menyatakan sumber asalnya…
September 17th, 2008 at 12:43 am
Rudy says:
waterlily>> biarkanlah. Allah knows better. Dulu sy kisah, tapi skrg saya dah tak kisah. Kalau ayah dan ibu mereka mendidik tentang akal budi, pasti mereka tahu bagaimana yang sepatutnya. Di SANA kelak, semua orang akan tahu juga akhirnya bukan?
Â
September 17th, 2008 at 12:50 am
lone ranger says:
kagum…kagum sempena ramadhan yang diberkati ini dapat menemukan dirimu dengan apa yang kau cari..amin
September 17th, 2008 at 1:10 am
Rudy says:
lone>>> kagum kpd DIA. DIa yang lebih dan maha berhak. kita debu pun belum tentu lagi sebesar itu disisi semua ciptaanNya. Masih ingat grafik multimedia gmmbr yang diambil dr bumi kemudian keluar ke langit dan angkasa semasa ESQ165? Gerun sekali. DImanakah kita?
September 17th, 2008 at 1:22 am
warispengiran says:
betul…kita hanyalah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan menjaga segala ciptaan dan kurniaanNYA ini bagi memakmurkan bumi semesta.Segalanya adalah milik DIA dan akan dikembalikan kepadaNYA jua sampai masanya kelak. Itulah konsep hakmilik yg sebenar.
September 17th, 2008 at 7:29 am
tasikmerah says:
bagus la kamu bro..
September 17th, 2008 at 11:43 am
Amin Ahmad says:
jika benarlah ini blog en Rudy, salam temu kembali.
September 17th, 2008 at 12:13 pm
SangPelangi says:
Sejak bertukar wajah, saya pun baru saja buang penafian disclaimer itu dari SangPelangi. Terasa macam bongkaknya diri mengaku semua ini milik sendiri.
Hak Cipta dari segi komersil, lain pula bunyinya.
September 17th, 2008 at 1:48 pm
kosong says:
aku memang dari dulu lagi tak penah letak hakcipta terpelihara atau tidak terpelihara.
September 17th, 2008 at 2:12 pm
ahtok says:
Ya, saya perjuangkan ini dulunya.
Malangnya, ada yang masih tak faham konsep ini.
Dituduhnya saya menciplak dan boleh dikenakan hukum. Padahal itu semua kepunyaanNya.
.
September 17th, 2008 at 2:38 pm
Amin Ahmad says:
Oo, jangan risau..cuba anda letakkan copyleft dan bukan copyright di blog anda
En Rudy,
Saya minta maaf jika ada yang terkasar saat memimpin mahasiswa dulu
saya hanya jalankan apa yang saya anggap amanah kepada saya dalam serba kepayahan yang En sendiri maklum
Ingat lagi masa En mula2 berkhidmat, saya ada tanyakan sama ada kenal dengan makcik saya – mantan SUA PKPMJ
Saya tak cam sebenarnya, tapi ada kawan yang mengingatkan saya tentang Hiroshi
September 17th, 2008 at 5:17 pm
Amin Ahmad says:
En Rudy di mana sekarang (Rudy?). Saya masih memakai no. yg lama 012-4667658
September 17th, 2008 at 5:47 pm
Amiene Rev says:
Mengenai hakcipta ini elok dibaca di sini, dari sudut keadilan sesuatu karya itu menurut Islam:
http://universitipts.com/index.php/undang_undang_harta_intelek_dan_hakcipta_dalam_islam/
September 17th, 2008 at 6:42 pm
SHIMI says:
Sungguh murni
September 17th, 2008 at 9:42 pm
miezi says:
alhamdulilah
September 17th, 2008 at 10:03 pm
qarya says:
betul, betul, betul…
September 18th, 2008 at 2:45 am
Rudy says:
sahabat sekalian>> jazakallah atas komen dan pandangan.
September 20th, 2008 at 12:20 am