September 1st, 2008

BELASUNGKAWA: IBU-MERTUA-TAK-JADI

Posted in bebas by Rudy

“Dinda, kalau tiada aral Sabtu atau Ahad moh kita tengok mak-mertua-tak-jadi saya di hospital Sungai Buloh. Khabarnya sakit. Kanser.”, Aku. Satu petang dalam kereta. Kepada Suri.

Benarlah takdir Allah mendahului perancangan manusia. Aku dikhabarkan berita sedih ketika Maghrib hampir tiba Sabtu lalu. Kak Shila isteri Spyz menitip es-em-es memaklumkan kembalinya kerahmatullah ibu-mertua-tak-jadi jam 12.30 tengah hari itu. Kemudian, yang menjadi lebih terkilan, aku tidak sempat menziarahi ibu-mertua-tak-jadi kerana disemadikan selepas Asar petang itu juga. Oh! Meraung aku seketika. Aku hanya tahu berita itu selepas jenazah disemadikan.

Terdahulu, aku dimaklumi tentang kanser menyerang ibu-mertua-tak-jadi minggu lepas. Kak Shila beritahu ibu-mertua-tak-jadi ada di Hospital Sungai Buloh dan maklumat wad dan sebagainya akan diberitahu kemudian daripada DJ (adik-ipar-tak-jadi). Aku berkira-kira melawat hujung minggu lalu.

Es-em-es yang mengejutkan itu benar-benar buat aku terpana. Terduduklah aku dalam sendu selepas solat Maghrib itu. Sempat tahlil ringkas untuk beliau.

“Mak dikebumikan di S****g dekat dengan rumah. Kalau abang rudy nak ziarah kubur mak, beritahu saya”, adik-ipar-tak-jadi.

Salam takziah buat seluruh keluarga adik-ipar-tak-jadi. Moga-moga Allah SWT mengurniakan rahmat dan menempatkan ibu-mertua-tak-jadi bersama orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Aku datang ziarah makam ibu. Alfatihah!

++++

Salam Ramadhan buat seluruh sahabat bluehikari. Semoga bertambah ibadah kita. Azam tahun ini mahu ikut bertadarus dan bayar zakat fitrah seawal mungkin. 

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

17 comments

  1. suara says:

    Salam Ramadhan Rudy…

    Al-Fatihah untuk arwah. Semoga ia menjadi ingatan untuk kita bahawa masa kita juga semakin singkat. Kematian semakin dekat.

    Lalu… marilah kita sama-sama jadikan amalan dan ibadah Ramadhan bulan ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

    September 1st, 2008 at 10:29 am

  2. Sri Diah says:

    Salam Ramadan utk Rudy sekeluarga. Alfatihah untuk keluarga adik ipar tak jadi. Semoga rohnya bersama golongan yang beriman.

    September 1st, 2008 at 11:53 am

  3. Rudy says:

    suara>>> sama2lah kita.

    Sri Diah>>> terima kasih kaksri. Juga slm ramadhan buat kaksri sekeluarga juga.

    September 1st, 2008 at 12:10 pm

  4. SangPelangi says:

    Alfatihah buat “ibu-mertua-tak-jadi”mu. Kanser memang pembunuh no1 negara. (eh, no1 bukan AIDS ke?)

    p/s: Ibu Mertua Tak Jadi. Yoshh!! Boleh jadi tajuk cerpen aku yang akan datang. Catchy sungguh. Maaflah ya bro sebab cilok kat sini. (gurau je tu)

    p/p/s: Patut pun blog bro ni malar segar. Selalu mencipta terma baru dalam dunia berblog. Tabiklah.

    September 1st, 2008 at 7:22 pm

  5. lone ranger says:

    salam,

    alfatihah semoga “ibu mertua tak jadi “mu digolongkan dalam golongan orang2x yang dirahmati oleh sang pencipta amin

    September 1st, 2008 at 9:32 pm

  6. kopisuam says:

    Al-Fatihah semoga arwah ditemoatkan bersama mereka yang beriman…

    Peringatan buat diri kita jua..

    September 2nd, 2008 at 8:49 am

  7. warispengiran says:

    Al-Fatihah buat arwah ibu-mertua-tak-jadi…semoga ditempatkan bersama orang2 yg beriman..Amin!!!

    September 2nd, 2008 at 10:55 am

  8. jowopinter says:

    Salam Ramadhan Rudy.

    Takziah kepada seluruh keluarga ibu-mertua-tak-jadi kau. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Ameen.

    September 2nd, 2008 at 11:12 am

  9. azzam supardi says:

    Al-Fatihah. Doa berterusan.

    Salam Ramadhan.

    September 2nd, 2008 at 11:30 am

  10. Djian08 says:

    semoga roh emak di cucuri rahmat Allah s.w.t,

    Harapan: Abah lebih tabah melalui hidup tanpa isteri tercinta dan anak2 lebih kuat semangat n memberi semangat pd abah…

    September 2nd, 2008 at 11:48 am

  11. asuhara says:

    salam ramadhan buat rudy-san. terkilan x dapat saksikan kamu memegang peranan..

    moga arwahnya ditempatkan disamping orang2 yg beriman. aminnn.

    p/s: ada kawan yg ada istilah ‘bakal x-bfriend’!

    September 2nd, 2008 at 12:06 pm

  12. miezi says:

    al fatihah

    September 2nd, 2008 at 12:19 pm

  13. Kaklong says:

    owh ibu mertua tak jadik tu maknanya mak exgf la tak?

    September 2nd, 2008 at 12:51 pm

  14. hazri says:

    Al-Fatihah buat arwah. Cita2 a.k.a harapan tahun ni nak cukupkan terawih 30 mlm, insyaAllah..

    September 3rd, 2008 at 5:15 am

  15. fizasajat says:

    t.q…titp-titipkan la doa buat arwah mak yer..moga2 mak termasuk dalam golongan orang2 yang soleh dan solehah..amin….

    September 4th, 2008 at 4:06 pm

  16. djian08 says:

    to fizasajat>> mish u..:)

    September 7th, 2008 at 11:48 am

  17. fizasajat says:

    uiks…DJian?? ehehhehe…

    September 9th, 2008 at 10:14 am