SINONIM
Sudah hampir lapan tahun berblog. Ada sahabat memberitahu, banyak penulis blog masa kini meniru gaya menulis aku. Bagi aku itu normal. Bukannya aku paternkan pun. Kalau ia baik, apa salahnya. Pahalanya masuk kantung aku juga. Lagi-lagi kalau tulisan mereka ke arah yang nahi mungkar. Aku juga kadang-kadang meniru gaya menulis yang baik seperti sinaganaga. Mahu kenal gaya tulisan bluehikari?
1. Kalau menulis beberapa topik pendek dalam satu entri dan rencam, aku suka menggunakan perkataan Alif, Ba, Ta, Tha @ Satu, Dua, Tiga @ Ichi, Ni, San @ A, B, C, D untuk membezakan topik berkenaan dengan pemerengganan.
2. Acapkali menggunakan perkataan “ironi”, “ironinya” dan ”waima”.
3. Pelopor menulis ejaan SMS dengan “es-em-es”.
4. Mengeja RM dengan “Ar Em”.
5. Kurang gemar menggunakan nombor dalam tulisan. Biasanya akan dieja penuh.
Baik, itu antaranya. Ada sahabat yang perasan lain-lain gaya tulisan aku? Sahabat yang paling banyak menyenaraikan gaya itu dan sahih, saya bagi hadiah misteri. Yay!
++++
“Mahu apa lagi wahai Bendahara? Kamu kalah mengemudi dengan majoriti lebih besar pula kali ini. Masih mahu duduk di kerusi empuk itu lagi?”Â
Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang datang memberikan sokongan dengan menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Diracun di APIUM. Terutamanya untuk rakan setugas, rakan blog dan pelajar-pelajar aku. Dengarnya ada wakil parti-parti politik dan badan Keselamatan negara turut datang menonton. Pementasan berbaki 3 hari. Tiket hari terakhir 29 Ogos telah penuh ditempah. Tetapi tiket pementasan untuk 27 dan 28 Ogos masih banyak lagi. Jangan pergi saat akhir. Â


