August 29th, 2008

BAGAI-BAGAI

Alif

Kaki dia ditendang. Hanya kerana nombor telefon. Tak mengapalah kalau sudah tidak percaya lagi. Kita tidak boleh membaca niat dan hati dalam diri seseorang. Ada mungkin mereka ikhlas, tetapi dari sudut pandangannya ia sebaliknya.

Cemburu tandanya sayangkah? Atau benci?

Ba

Maka beruntunglah bagi mereka yang datang dan balik berambil. Tidak perlu berfikir tentang petrol dan tol. Akupun suka juga dengan apa yang aku lakukan ini. Hingga mengenepikan tawaran lain yang satu dalam sejuta. Tetapi demi kecintaan dengan dunia yang satu ini, aku ketepikan semua tawaran itu.

Demand, capnya kepada aku selepas ini!

TA

Malam ini malam terakhir. Malam yang mungkin tidak seperti malam-malam lain. Emosi dan mood bercabang-cabang. Selirat. Dan mungkin aku tidak hadam watak yang satu itu. Berhentilah berharap.

Spoiler, itu cap yang akan dimohor di wajah aku!

THA

Kalau kau yakin dengan diri, kau takkan berpaling lagi. Tidak akan sekali-kali membandingkan diri tidak sempurna dengan orang lain. Sedangkan kau diciptakan sempurna untuk dirinya. Kalau kepercayaan semakin menghilang, maka siapa lagi yang kau mahu percayai?

Diam lebih baik dari mencipta pergaduhan!

JIM

Alif. Ba. Ta. Tha. Di atas. Ialah fiksyen.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. warispengiran says:

    Rudy-san…mungkin juga yang benar itu lebih aneh daripada cereka…?

    August 29th, 2008 at 10:11 am

  2. tentangseseorang says:

    dan nikmat Allah yang mana yang kita kufurkan…
    dari aliff sampai tha ada nikmatNYA. mungkin itu yang perlu kau pulangkan pada yang singgah bertanya dari alif sampai tha, oh mungkin juga sampai jim. kerana ianya juga satu nikmat. nikmat ilham yang Allah turunkan pada kau untuk dikongsikan pada kami. :)

    August 29th, 2008 at 11:26 am

  3. aeron says:

    fiksyen yang mungkin ada kebenarannya di dunia nyata.

    August 29th, 2008 at 12:38 pm

  4. lone ranger says:

    tetapkan haluan..terus mara kehadapan,yakinlah kebaikkan menunggumu disana…percayalah kau tercipta tidak sempurna…agar kau mencari kesempurnaan itu serta menzahirkan semula keimanan diatas kesempurnaannya yang alif…pencarian dirimu meniti jalan yang lurus…mengapa ia terus berliku???…merdekakanlah dirimu,diriku…merdekakanlah jasadmu,jasadku…merdekakanlah aku diatas keimananku terhadap dirimu YA Rabb….

    August 30th, 2008 at 12:11 am

  5. sinaganaga says:

    Bukanlah kerana kau kawan aku – aku terpaksa suka kau. Tapi, ikhlas, aku suka lakonan kau tu!

    Ok ok, lain kali aku dah tahu siapa boleh tolong aku untuk belikan teh bungkus, ha ha.

    August 30th, 2008 at 4:54 pm

  6. lydecker86 says:

    ruginya saya terlepas tonton!!~

    September 6th, 2008 at 8:33 pm

  7. ohqfqfsnot says:

    sexual fantasy lesbian

    January 8th, 2009 at 5:54 pm

  8. pwbqhyfong says:

    [url=http://uk.geocities.com/pharmacydjwkille/kcuno-yb/foreplay-sexual-technique.htm]foreplay sexual technique[/url]

    January 8th, 2009 at 5:55 pm