RIBUT-RIBUT
“yang menarik aku datang tonton teater ini, ………. dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy hebat di pentas teater. terpegun dengan karakternya sehingga setiap kali muncul, pandanganku yang menekuni zack bermonolog teralih.” Ryaan.
Pementasan semalam memang mencatat rekod. Rekod kerana jumlah penonton yang sedikit kerana ramai yang terperangkap dalam banjir kilat di Kota Lumpur [BACA:Kalian yang tak dapat datang semalam, boleh guna tiket untuk menonton hari ini] dan juga kerana kesukaran untuk sampai ke tempat pementasan. Seperti memandu ke Kuantan layaknya. Padahal hanya mahu ke Universiti Malaya. Keluar rumah jam 4.30 petang. Tetapi hanya sampai 3 minit sebelum jam 7 malam. Bayangkan betapa azabnya memandu dalam keadaan hujan lebat hingga tak nampak jalan, air yang sudah naik ke paras betis dan kesesakan lalu lintas.
Aku sampai di pintu UM jam 6.30 petang. Tetapi disebabkan air naik sampai melimpah ke pintu pagar UM, kesesakan lalulintas berlaku. Hanya beberapa meter sahaja melepasi pintu pagar, tiba-tiba Keselamatan UM menutup pintu pagar. Aduh! Tepuk dahi aku dibuatnya. Dahlah tak makan lagi. Warm up tak lagi. Tak masuk dalam character lagi. Make up tak lagi. Aku pusing semula turun ke Lebuhraya Persekutuan sebelum susur keluar di Bangunan KWSP. Dari situ aku masuk UM melalui pintu belakang.
Malam semalam ada sedikit kenakalan yang aku buat ketika meladeni watak Raja Merlang itu. Seronok sangat. Tetapi mungkin kerana penonton penat mengharung kesesakan lalulintas, maka suara respon mereka agak sunyi berbanding hari pertama dan kedua. [BACA:Kalau kalian nak ketawa sila ketawa kuat-kuat. Respon dibenarkan kerana Teater ini adalah gaya Boal].
Malam ini malam keempat. Dewan dijangka penuh ditambah dengan penonton semalam yang tidak dapat hadir!
“Huh! Baru berlakon satu drama, dah berangan. Dia ingat, dia handsome sangat, macam Hero Mistik si Farid Kamil tuh!”, Aku.
Farid Kamil yang duduk di barisan hadapan sekali auditorium APIUM terpempan. Aku rasa nak gelak dengan perubahan saat akhir dialog bersubteks itu. Kerja Faisal Tehrani memang gila-gila.


nadahahs says:
hahaha.. tentu farid kamil perasan dia hensome.. kes kes kes…
August 28th, 2008 at 10:27 am
jowopinter says:
Aku rasa kau jauh lebih handsomne dari Farid Kamil tu kot. He he he!
August 28th, 2008 at 11:24 am
warispengiran says:
mesti farid kamil plak bermonolog..”ada jugak yg sedar aku ni hensem?”muahahaahaha…
August 28th, 2008 at 11:25 am
Rudy says:
shahadans>> baca sbg subtext bukan text.
jowopinter>>> yolah tu…
waris>>> baca sbg subtext bukan text dik. hahahaa.
August 28th, 2008 at 12:14 pm
Amiene Rev says:
Ha ha ha… kembang kempis hidung Farid Kamil.
August 28th, 2008 at 12:30 pm
Rudy says:
Amiene Rev>>> Kembang kempis kena perli FT. eheheeh
August 28th, 2008 at 4:10 pm
farahana says:
Salam,
comel sungguh coffee boy
serasa nak baling kasut pada encik Sultan yang kacak sebab lempang2 saudara..
saya nak gelak kuat2 malam semalam
masalahnya org tak ramai
bimbang kurang sopan
gelak sambil tutup mulut
menghormati majlis..tahniah semua..tahniah
August 28th, 2008 at 6:12 pm
farahana says:
Salam,
Saudara sangat mencuri perhatian, tapi saya dan rakan yang datang menonton terpaksa menahan dari tertawa..takut merosakkan majlis semalam macam teater skema
jadi gelak pekup mulut..
cofee boy cohmey bangat..hahah rasa nak baling kasut pada Encik Sultan yang kacak yang melempang saudara..
August 28th, 2008 at 6:14 pm
raduan says:
hebat
August 28th, 2008 at 10:55 pm
miezi says:
incik rudy,
mintak sign otograp.eheh..
good job anyway.i was so preoccupied that terlupa nak snap2 gamba.
August 29th, 2008 at 1:34 am
kaktiny says:
[BACA:Kalau kalian nak ketawa sila ketawa kuat-kuat. Respon dibenarkan kerana Teater ini adalah gaya Boal].
Pesanan Untuk Kak Ungku.. BACA AYAT TU WEH!!!.. (yang dok main sigung2 siku ngan tendang2 kaki sapa suruh???..)
August 29th, 2008 at 8:28 am
Rudy says:
sdr Farahana>>> itulah watak sitimun yang digelek durian. mangsa penindasan. alhamdulillah dpt selami watak itu. kenapa tak baling kasut betul2? mmg dibolehkan… sbb teater ini gaya boal dan berinteraksi dengan penonton.
kaktiny>>> saya masuk pentas jerk..belum buat apa2 korang dah gelak. terus jadi nervous..tp tahan dalam dada ni..kalau tak pecah ketawa kat situ jugakkkk…. terima kaish dtg. maaf sbb teater ni agak drag ngan dialog berlapis2 dan panjang dan menuntut hadaman akal.
August 29th, 2008 at 8:37 am
ha says:
Betul Rudy, dialognya berulang-ulang sehingga saya sudah boleh mengulangnya bila saudara² semua bacakan skripnya buat kali kedua. Hahaha.. tak sia² buat research sedikit sebelum menonton semalam, cuma satu dua dialog sahaja yang masih saya terfikir² sampai skrang, apa maksudnya ya?
Saya juga seperti farhana dan lain², cuak nak ketawa dan respon kuat².. takut perhatian kepada pelakon teralih ke aras saya pula. Aduh..!! Lagipun, UM bukan tempat saya.. tentu saya rasa ngeri sedikit walaupun ramai jugak tersilap ingat saya student lagi. Ahahaha..
Teringin nak berjumpa anda² semua, tapi malangnya masa mencemburui saya semalam. Kalau saya datang hari ini.. masih ada tiket lagi kah?
August 29th, 2008 at 8:58 am
Rudy says:
Ha>>> datanglah. Ada tiket lagi rasanya. Boleh bertanya kepad akami selepas pementasan atau terus kpd sdr FT atau Dr abu hassan. mana yg tak jelas.
August 29th, 2008 at 9:04 am
ryann says:
tahniah rudy dan rakan seproduksi. semoga berjaya.
August 29th, 2008 at 3:02 pm
hata says:
semalam nonton teater tu, memang tak sangka la watak coffee boy tu. tapi seronok.
August 29th, 2008 at 5:02 pm
rudy says:
ryann>> terima kasih. mgkin kita boleh bekerjasama pada lain waktu dan ketika.
hata>>> terima kasih. jazakallah.
August 30th, 2008 at 12:50 am
Kepustakaan 15 - Fora Jahmujahadah « 2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN says:
[...] A long-time blogger, no less. The actor who acted, no less… http://www.bluehikari.com/nikki/?p=455 [...]
September 16th, 2008 at 11:21 pm
gpovufupol says:
pornografia foto gratis
January 8th, 2009 at 5:53 pm