August 27th, 2008

SINONIM

Sudah hampir lapan tahun berblog. Ada sahabat memberitahu, banyak penulis blog masa kini meniru gaya menulis aku. Bagi aku itu normal. Bukannya aku paternkan pun. Kalau ia baik, apa salahnya. Pahalanya masuk kantung aku juga. Lagi-lagi kalau tulisan mereka ke arah yang nahi mungkar. Aku juga kadang-kadang meniru gaya menulis yang baik seperti sinaganaga. Mahu kenal gaya tulisan bluehikari?

1. Kalau menulis beberapa topik pendek dalam satu entri dan rencam, aku suka menggunakan perkataan Alif, Ba, Ta, Tha @ Satu, Dua, Tiga @ Ichi, Ni, San @ A, B, C, D untuk membezakan topik berkenaan dengan pemerengganan.

2. Acapkali menggunakan perkataan “ironi”, “ironinya” dan ”waima”.

3. Pelopor menulis ejaan SMS dengan “es-em-es”.

4. Mengeja RM dengan “Ar Em”.

5.  Kurang gemar menggunakan nombor dalam tulisan. Biasanya akan dieja penuh.

Baik, itu antaranya. Ada sahabat yang perasan lain-lain gaya tulisan aku? Sahabat yang paling banyak menyenaraikan gaya itu dan sahih, saya bagi hadiah misteri. Yay!

++++

“Mahu apa lagi wahai Bendahara? Kamu kalah mengemudi dengan majoriti lebih besar pula kali ini. Masih mahu duduk di kerusi empuk itu lagi?” 

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang datang memberikan sokongan dengan menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Diracun di APIUM. Terutamanya untuk rakan setugas, rakan blog dan pelajar-pelajar aku. Dengarnya ada wakil parti-parti politik dan badan Keselamatan negara turut datang menonton. Pementasan berbaki 3 hari. Tiket hari terakhir 29 Ogos telah penuh ditempah. Tetapi tiket pementasan untuk 27 dan 28 Ogos masih banyak lagi. Jangan pergi saat akhir.  

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

26 comments

  1. izarishak says:

    Salam. Teringin nak tengok tapi tak berkesempatan. Muga terus success. Mohon di sampaikan titipan salam untuk Idris, katakan dari teman 4th RC UM..

    August 27th, 2008 at 9:34 am

  2. nadahahs says:

    Lapan Tahun, tanpa rehat.. eih ada rehat sekejap jugakkan..

    Macammana kawan2 kita yang lebih lapan tahun menulis jernal ni, netbiru dan honeybiru.. apa khabar mereka?

    Sedar tak sedar rupanya aku dah tujuh tahun menulis jernal.. tp banyak kali gak terhenti nafas jernal ni.. keh keh keh..

    August 27th, 2008 at 9:40 am

  3. hazwan says:

    cerita ni sangat best dan penuh dengan pemikiran…
    tapikan, mula2 saya ingat ini cerita ala2 bangsawan, rupa2nya bukan…
    huhu

    August 27th, 2008 at 10:56 am

  4. warispengiran says:

    teringin tapi takkan bpeluang pun wat ms skrg…
    (p/s: leh wat dlm btuk cd x?eheh…)

    August 27th, 2008 at 11:12 am

  5. asuhara says:

    waa…sangat2 teringin nak tengok, apakan daya…..

    p/s: omiyagenya ngko disek yo, gek mumet ki!

    August 27th, 2008 at 12:13 pm

  6. ha says:

    dah book mlm esok.. walaupun mcm susah nak dpt cnfm mula² tu.. tapi alhamdulillah tadi baru dpt confirmation.
    First time ni nk tgk teater selepas zaman U dulu..

    August 27th, 2008 at 12:19 pm

  7. jowopinter says:

    Kau dah lebih dari otai Rudy. :D

    August 27th, 2008 at 12:28 pm

  8. ayobkelubi says:

    errrr, melankolik adalah “design” penulisan kau bang.

    yelah kot?.

    August 27th, 2008 at 12:31 pm

  9. miezi says:

    incik rudi..aku adalah terlupa nak amek tix smlm..apakah itu petanda bahawasanya aku mmg ditakdirkan tak dapat p tgk hangpa berlakon?hmm~~

    August 27th, 2008 at 1:00 pm

  10. ros says:

    Rudy,…gembiranya akak..baru sat sat ni tau bahawa Rudy berlakun..

    You know what, I am proud of you. Satu hari nanti, kalau jadi pelakun yang terkenal ,jangan lupa akak tau.

    Kalau orang tanya akak, kenal Rudy tak? Akak akan jawab ‘Dialah orang yang buatkan blog pertama untuk akak tau?’ Insya Allah, jasamu akan dikenang sampai mati! Insya Allah!

    August 27th, 2008 at 7:24 pm

  11. fajar says:

    identiti: the brand itself - bluehikari

    lagu background yang mendayu-dayu

    entri penuh tersurat dan juga tersirat.

    anuar zain! (hahaha)

    banyak la rudy. tapi, rasanya kalau diagak baca sesuatu entri tu, boleh teka yang mana satu tulisan kau.

    dulu, ala melankolik + jiwang jugak la. skrg, kritis.

    August 27th, 2008 at 11:59 pm

  12. fajar says:

    oh ya, lagi satu kadang-kadang suka refer pada individu tertentu dgn nama x, y, f (dan segala huruf yang ada), demi merahsiakan identiti. ahaks!

    August 28th, 2008 at 12:01 am

  13. ryann says:

    baru selesai tonton tadi. saya terus masuk kerja. memang superb lakonan rudy. stylo & lawak betul. kemunculan kerap yang mengendurkan. tahniah!!! dr. abu hassan memang kekal dengan retorikanya.

    August 28th, 2008 at 12:34 am

  14. john melawi says:

    betul.

    yang baik pastilah lagi elok di ikut-ikutkan.

    August 28th, 2008 at 2:27 am

  15. hazri says:

    Dia, dia dan dia untuk orang yag istimewa, hahaha…

    August 28th, 2008 at 6:13 am

  16. kopisuam says:

    Anuar Zain identiti yang akak tak akan lupa sampai bila2…kita aje tahu di sebalik nama itu heehh heehh

    August 28th, 2008 at 8:47 am

  17. Rudy says:

    izari ishak>>> dah sampaikan salam. dia jemput sdr dtg menonton malam ni.

    kopisuam>> eheheh.ingat lagi tuh.

    hazri>>> hahaha ya betul.

    ryaan>>> terima kasih banyak sudi dtg support.

    john melawi>>> ikut yg baik yg buruk tinggalkan.

    fajar>>> banyaknyaaaa kau senaraikan…. mcmana nak send hadiah ni?

    kakros>>> ala watak sampingan je akak. pakpacak gitu.takkan jadi femeslah. cuma nak rasa kembali jd aktor teater mcm dolu2..ihiks

    miezi>> jom malam ni.

    ayobkelubi>>> aku dah lama tak nulis melankolik ni. yg itu fajar masih rajanya. skrg aku banyak kritis sket. ekeke

    JP>>> tak otailah bro. masih merangkak lagi menulis blog ni.

    shahadans>>> non stop. stop setahun 2004 tupun aku nulis di moplantai.com. nettbiru? ada link dia kat blog ni. mcm2 dia cerita wpun xkerap mcm dulu.

    ha>>> disebabka cuaca unpredictable, mohon datang awal. semalam disaster sgt

    asuhara>>> ok no problem.

    hazwan>>> tertipu? maaf berkali2 ini gaya FT. Harapmnya telah enjoy menonton.

    waris>>> jauh nak buat mcmana.

    August 28th, 2008 at 9:37 am

  18. lone ranger says:

    bro..ada gaya yang tersendiri,gaya penulisan yang menenangkan hati sesiapa yang membaca …teruskan

    August 28th, 2008 at 9:43 am

  19. Rudy says:

    long>>terima kasih

    August 28th, 2008 at 10:15 am

  20. axim says:

    saudara rudy,aritu hang ada tinggal komen kat my blog guna aliff ba ta tsa tuh yang axim dapat idea nak wat entri sebegitu…hehe…sowee naa ciplak idea satt…jangan saman gue..:D

    ANYWAY TERUSKAN BERKARYA SELAMA MANA MAMPU…anda memang blogger otai…wa salute sama lu…

    peace!!

    August 28th, 2008 at 10:26 am

  21. Rudy says:

    axim>>> tak kisah. rudy nak pahala jer dik axim oit. tiru yg baik. yg tak baik tu axim buang dalam longkang…eh silap..dalam tong sampah.

    August 29th, 2008 at 8:20 am

  22. fajar says:

    pos je ke uk

    Ha ada lg. Wife akan direfer sbg suri. Hiro as si cilik

    August 29th, 2008 at 4:28 pm

  23. Rudy says:

    fajar>>> wah bertambah lagi…

    August 30th, 2008 at 8:53 pm

  24. qjmpafalgv says:

    psychosexual counselling

    January 8th, 2009 at 5:52 pm

  25. mlifmbolgd says:

    [url=http://uk.geocities.com/cheapwjkillerpai/svwre-kp/homemade-sex-picture.htm]homemade sex picture[/url]

    January 8th, 2009 at 5:52 pm

  26. ojsrevcjad says:

    hardcore teacher student porn

    January 8th, 2009 at 5:53 pm