HIJRAH ll

* terima kasih jambangan mawar tahniah ini.
Seiring dengan rezeki yang tidak disangka-sangka itu, aku mula berkemas. InsyaAllah 15 Ogos ini akan memulakan tugas di tempat baru, sekali lagi. Selama 6 tahun berkhidmat sebagai pegawai awam, sudah 6 kali aku berpindah jabatan. Satu rekod yang tak pernah dicapai oleh rakan satu batch. Malah, ada dalam kalangan mereka kekal bertugas di jabatan yang sama sejak dilantik.
Semalam, seorang demi seorang staf datang ke bilik selepas mendengar berita pertukaran aku. Satu-satu menyatakan rasa hati. Aku senyum. Buat biasa sahaja. Dalam hati ini, sendunya tiada siapa yang tahu. Selama 6 tahun ini bekerja, jabatan inilah yang paling membekas dalam hati. Perasaan cinta terhadap jabatan ini memang sangat mendalam. Kesedihan memang tidak bertepi. Siapa tidak suka bekerja dalam suasana harmoni. Hubungan dengan staf bawahan sangat akrab. Manakala hubungan dengan ahli pengurusan jabatan pula seperti sebuah keluarga. Ironi sekali, kehadiran aku diterima oleh mereka. MasyaAllah, bahagia sangat. Maha suci Tuhan Kaabah yang mengurniakan kebahagiaan selama bertugas di jabatan ini.
Ogos 2007 aku mula berkhidmat di jabatan ini dengan baki kantung belanja mengurus menunjukkan defisit yang besar. Tetapi, alhamdulillah berkat perancangan rapi dan kerjasama staf, semua hutang dapat dilunaskan dan insyaAllah aku akan tinggalkan jabatan ini dengan kantung belanja yang masih boleh bertahan hingga hujung tahun, InsyaAllah.
Syukran.
Ya, aku pasti akan rindu dengan jabatan ini.
Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bermain.



lina says:
Memang betul anggapan saya yang abg rudy ni seorang penjawat awam. Baru2 ni pun 2 orang pegawai di tempat saya baru bertukar ke wilayah tempat pentadbiran Malaysia. Memang begitulah kalau berjawatan mcm abg rudy kena sentiasa bersiap sedia utk diarahkan ke mana2. Selamat bekerja di tempat baru!
August 7th, 2008 at 12:07 pm
SHIMI says:
Semoga selamat segalanya. Perubahan itu baik untuk hidup walaupun kadang-kadang berbekas dihati
August 7th, 2008 at 1:23 pm
warispengiran says:
Selamat berpindah ke jabatan baru. Semoga segalanya berjalan lancar dan tempat baru bakal memberikan sinar yang lebih terang dan angin yang tetap tenang….
August 7th, 2008 at 1:51 pm
Tim says:
Jangan lupa kat kami nanti… huhuhu.. sedih arr…
August 7th, 2008 at 2:30 pm
kaktiny says:
benih yang baik.. lempar ke laut jadi pulau.. lempar ke darat jadi gunung..
kaktiny yakin, rudy boleh maju walau di mana jua.. sentiasa mendoakan kejayaan mu..
(leh belanja suri gi spa lepas ni.. doa isteri tu yang paling mujarab sebenarnya.. ibu rumah yang harus sentiasa dibelai dan dikasihi.. ingat tu tau..)
August 7th, 2008 at 3:14 pm
elle says:
tapi kalau dah lelama dekat satu jabatan pun boring gakkan, at least ur gain more experience than other…even your life full with it!
August 7th, 2008 at 3:16 pm
ahtok says:
Semoga berbahgia dan penuh semangat di Jabatan Perdana Menteri.
Err. Betul ke JPM? HEhe
August 7th, 2008 at 5:05 pm
Mak Su says:
Salam kenal, selamat berhijrah, semoga terus berjaya
August 7th, 2008 at 5:54 pm
aeron says:
hmm, tahniah kerana sudah berpindah ke jabatan baru yer. walau di mana jua, rezeki akan tetap sama jika terus berusaha dan berdoa
August 7th, 2008 at 6:15 pm
O2 says:
Alhamdullillah, gmbira sekali mdgr pkhabaran ini.Suatu cita yg pnh smpai di telinga ini, sedikit ms lalu.Akhirnya tmakbul jua doa itu.Apa2pn sekalung tahniah buat saudara
Meski sekian lm tdk mencoret disini,namun BH ttp ditatap stp hari.Sbg penyambung ukhwah yg tdk pnh putus.
August 7th, 2008 at 6:47 pm
sepol utusan says:
tahniah bro…
August 8th, 2008 at 12:37 pm
BLUEHIKARI » TANGGUH says:
[...] “… Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini bersetuju supaya arahan penempatan tempat bertugas tuan ke ……. ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak….” [...]
November 26th, 2008 at 1:30 pm
uhizefelmh says:
[url=http://uk.geocities.com/cheapwjkillerpai/svwre-kp/free-nude-latina-thumbnail-galleries.htm]free nude latina thumbnail galleries[/url]
January 8th, 2009 at 5:48 pm
xitixitavc says:
fisting porn movie
January 8th, 2009 at 5:48 pm