August 1st, 2008

KELIRU

Posted in bebas by Rudy

 

Allah duga pagi ini dengan ragam sicilik [BACA: Aku tergesa-gesa mahu ke pejabat untuk mesyuarat pengurusan pagi]. Tidak mahu pula dia ke rumah pengasuh. Mahu itu ini. Terjerit-jerit menangis dan meronta-ronta dari mula masuk kereta hingga ke rumah pengasuh. Dipujuk-pujuk dengan baik tetap tidak mahu. Lantas, aku diam sambil memandu dengan lagu tangisannya. Tidak cukup tidur mungkin malam tadi menyebabkan dia jadi begitu.

Aku tidak mahu marah dan beri sedas dua pukulan manja di kakinya seperti selalu. Kerana, itu tegahan suri setiap kali aku tangani sicilik yang meragam. Kadang-kadang aku keliru. Takkan mahu dibiarkan begitu sahaja, nanti naik kepala. Aku bapa yang naif. Lagi daif tentang ilmu keibubapaan. Abah dan emak ajar aku dengan cubitan dan pukulan. Jadi, aku belajar dari situ. Tetapi, aku dimaklumkan anak zaman sekarang tidak boleh diajar sebegitu rupa lagi. Tidak sesuai dakwa mereka.

Sahabat-sahabat ibu dan bapa yang punya pengalaman, mohon beri pandangan dan berkongsi pengalaman.

* Menjadi tugas aku menghantar sicilik ke rumah pengasuh saban pagi kerana suri bertolak ke kantor jam 6.15 pagi. 

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

20 comments

  1. aeron says:

    mungkin belum bergelar bapa, namun cubalah untuk memeluk sicilik itu dengan kasih sayang tatkala dia sedang menangis.mungkin akan berhenti ragamnya ketika itu. jika dipukul takut semakin meragam.
    sekadar nasihat seorang yang sukakan kanak-kanak

    August 1st, 2008 at 9:11 am

  2. yoko says:

    Tak lama dulu saya ada ikuti rancangan Wanita Hari Ini, dijemput pakar motivasi, saya lupa namanya, tapi wanita itu agak femes juga.

    Katanya, cara didikan dan layanan anak-anak adalah lain dari seorang anak ke anak yang lain. Dan juga lain dari satu situasi ke situasi yang lain. Ada anak yang kita perlu beri manja yang lebih, ada yang perlu kita bagi ketegasan yang lebih. Belajar mengenali sifat anak, akan dapat membantu kita memberi layanan mana yang sesuai.

    Percaya atau tidak, katanya, anak lelakilah kita patut manja dan berlembut banyak, sedang anak perempuan kita boleh banyak bertegas. Nampak seperti kontra dengan sifat semulajadi adam dan hawa, bukan?

    August 1st, 2008 at 9:54 am

  3. madulebah says:

    Saya belum ada anak sendiri. Tapi saya ada ramai anak saudara. 31 orang. Jadi pelbagai karenah telah saya lihat. Berbeza di antara anak-anak yang dididik mengikut cara kita dulu-dulu, dengan cara manja-manja sekarang.

    Sebenarnya tak salah didik anak dengan cara rotan/pukul (mengikut cara yg sepatutnya). Cuma perkara mcm tu kena tanamkan dari kecil. Dan kita kena bagi penerangan atas sebab2 tindakan yang kita lakukan terhadapnya itu.

    Saya ada anak-anak saudara dari satu keluarga yang dididik dengan cukup disiplin. Sebarang kesalahan mesti minta maaf. Tak kira sama ada ayah atau ibu yg salah. Mesti minta maaf juga. Anak apatah lagi. Dan anak-anak akan dipukul jika melalak. Menangis boleh. Tapi mesti atas sebab-sebab yang munasabah. Kalau mengada-ada. Rotan juga hadiahnya.

    Sungguh. Hasilnya jauh berbeza.

    Sekadar pandangan saya yang belum punya pengalaman sendiri.

    August 1st, 2008 at 10:10 am

  4. sepol says:

    bro, ermmm aku suka pujuk dgn pujian yang sgt melangit hehehe… dan bergurau dgn dia… kdg2 aku korbankan hp aku utk jd mainan dia (yg ni jgn diikut ek) tapi kebiasaannya aku bawa dia didepan cermin solek, lalu aku katakan eiii yeeee xsumelnya anda, dan bergurau dgn dia didepan cermin…hehehe tp yelah bdk2 juge ade anginnya mcm kita… ujian dr Allah utk uji kesabaran dan kepintaran kita nak menanganinya…

    August 1st, 2008 at 10:10 am

  5. thafiexq says:

    i think he has a mood just to stay home. just like us as adult. we also has a time which u know 1 of those days were seems like no matter what u do cant seem feel better…..

    Just take it as a challenge due how to treat lil children.

    ur doing the right thing.. just sabo je la..

    August 1st, 2008 at 11:53 am

  6. Rudy says:

    aeron>>> dalam kereta mcmana nak peluk dia. kang stereng kemana, kita kemana. ke longkang jawabnya. jadi encik aeron, kahwin cepat2. ada anak sendiri dan rasai pengalaman yg saya lalui.

    yoko>>> arigatou ne. sansei de gozaimasu. mak saya pun ada ckp benda yang sama. mak pernah bagitahu saya, dia tak pernah experience lagi anak mcm sicilik saya. Tapi, katanya itulah cabaran dan banyak membaca dan meminta pndgn org lain yang mgkin ada sama pengalaman saya.

    sepol>>> mekasih ayahanda, atas nasihat.

    madulebah>>> saya sependapat dgn cik madu walaupun saya belum bermadu opsss. wpun cik madu belum berkahwin. tapi, cepast2lah cik madu berkahwin dan merasai sendiri bagaimana jd ibu. sesungguhnya jadi mak sedara saja x lagi thrill gitu. ekekekeke.

    thafiexq>>> agree. wapun encik thafiexq selalu jaga anak sedara tp tak sama bila ada anak sendiri. encik thafiexq cepat2lah kawen ek. hehehehe.

    August 1st, 2008 at 12:20 pm

  7. warispengiran says:

    belum lagi bgelar suami apatah lagi bgelar bapa..cuma blajar dgn melihat cara abg2 dan kakak2 mendidik anak2 sedara…pukullah bila dirasakan perlu (cuma jgn terlalu kerap), biarkan mereka dgn tangisan mereka dan kemudian pujuklah dan belai supaya mereka sedar mereka masih disayangi…
    Selain pukulan, gunakan cara lain yg lembut ttp nampak tegas yg menunjukkan kemarahan kita..mungkin dgn isyarat mata, tangan dan lain2…adakalanya cara ini walaupun nampak lembut tp mampu mberi kesan krn mereka ingat isyarat itu menunjukkan marah dan akibatnya kelak…
    Berdiam apabila mereka menangis itu juga satu cara yg berkesan, kerana mereka akan berhenti juga setelah puas spt mana kita yg dewasa…tp selepas itu belailah mereka dgn kasih syg…

    August 1st, 2008 at 12:23 pm

  8. Rudy says:

    waris>>> ya, mudah bagi kita melihat apa yang dipraktikkan oleh abg dan kakak kita. tetapi apabila kita merasainya sendiri barulah tahu bagaimana sukarnya nak handle situasi itu. Saya mmg begitu, jika sudah marah/pukul/hanya berdiam diri, saya akan pujuk,peluk dan belai. secara magisnya sicilik akan dtg menghulur tangan sambil mengucap maaf. jadi encik warispengiran, cepat2lah kahwen dan rasai pengalaman yang menakjubkan ini.

    August 1st, 2008 at 12:28 pm

  9. kaktiny says:

    bab ni kaktiny pun tak reti nak komen.. yang si dua ‘ketul’ sorang pompuan sorang lelaki tuh.. kengkadang bila datang angin monsun barat daya diorang BERTEMBUNG plak ngan angin topan timur laut kaktiny.. aduhai.. abah dia ler yang terjun lombong selam 18 kali..

    bercakap tak semudah nak buat.. so.. kaktiny tak mau cakap apa.. sbb nak berhadapan tu kengkadang ’siksa’..

    tapi yang dua ketul tu gak ler (termasuk abah dia ler..hihihi), yang dok terbayang kat ruang mata setiap detik, saat dan ketika.. hihihi

    (weh.. apa kaktiny meraban nih.. berjangkit gara2 dok mengarang speech boss ler nih..)

    psst rudy, ko ‘berpakat’ ngan boss kaktiny yer suh bagi kerja byk.. mgg BYK giler siot.. chesss…. hihiihih

    August 1st, 2008 at 1:50 pm

  10. Rudy says:

    kaktiny>>> betul tu kak tiny, bercakap shj mmg mudah tapik kita yg melaluinya fuh, sabar sampai istighfar.

    hahaha, mmg sy dah contact boss kak tiny bagik kerja banyak2 b4 outstation. bagi kaktiny termuntah dgn kerja n tak smpt buat assignment dlm opis. keh3x

    August 1st, 2008 at 2:17 pm

  11. ahtok says:

    Saya juga pernha alami sebegini. Sedang sibuk memandu. Si kecil menangis. Menangis merengek semahunya. Meronta-ronta. Satu, saya sabar. Sabar… Makin saya sabar, makin dia kuat. Saya kata ini ujian barangkali.

    Kemdian.
    Saya berhentikan kereta. Saya cakap pada dia. Jangan menangis ye sayang… Dia makin menjadi. Lama-lama saya jadi tak sabar.

    Diaaaammmmm! Saya kata. Boleh tak tolong diaaaammmm! Ya Tuhannnn!

    Kemudian. Dia diam mendengar itu. hanya sedu-sedan kedengaran. Barangkali dia takut.

    Sampai sekarang, dia tak menangis depan saya. Lepas itu, saya pula yang menangis. Sedih. Entah kenapa. Itu saja pengalaman saya.

    Pembawakan budak lain-lain. Sungguh!

    August 1st, 2008 at 3:40 pm

  12. Rudy says:

    ahtok>>>> setuju. samalah dgn apa yg tuan alami. pembawakan budak2 lain setiap satunya. td masuk opis, saya terus menangis semahu2nya.

    August 1st, 2008 at 5:12 pm

  13. SHIMI says:

    Salam. Lihat anak itu seperti melihat keperluan diri kita sendiri. Mereka itu juga ada perasaan seperti kita cuma tidak mampu diluahkan. Lihat bagaimana anak itu mudah mesra dengan si isteri. Apakah rahsianya Jiwa yang penuh kasing sayang dan luahan kata-kata ikhlas dari dalam hati. Anak itu pasti mengerti kerana dia hanya mahu kita menunjukkan kasih yang benar padanya. Bukan melalui mimik muka yang cuba senyum memujuk tetapi hati dalam berapi. Cubalah ambil masa memeluk anakmu itu setiap masa lapang dengan bercerita dengan kata-kata. Pelukan adalah segalanya. Dan anak itu pasti akan lebih memahamikeperluan ayahnya di lain masa.

    August 1st, 2008 at 9:50 pm

  14. SHIMI says:

    Satu lagi tambahan. 2 perkara yang kanak-kanak takut. 1 - tempat yang kelihatan tingi dan gayat. 2 - Suara yang tinggi. Maka perkara ke2 bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diamalkan. Ia berkesan pada ketika itu sahaja tetapi memberi kesan yang lama pada jiwa anak itu sendiri. Dia takkan boleh menjadi seorang yang berperibadi tinggi dan selalu rasa rendah dan jauh diri. Renungkanlah

    August 1st, 2008 at 9:53 pm

  15. Rudy says:

    Shimi>>> terima kasih. ilmu ini amat berguna sekali. sudah ada anak berapa ya?

    August 2nd, 2008 at 9:33 am

  16. SHIMI says:

    3

    August 2nd, 2008 at 10:17 am

  17. mar says:

    inikah si cilik yg selalu disebut-sebut itu? comey!

    August 2nd, 2008 at 7:15 pm

  18. ayobkelubi says:

    itulah salah satu kelemahan aku bang,kalau si kecik aku tu melalak nak benda yang diingini mmg aku kalah, mmg ikutkan jek compare dgn umminya yg tegas sbb tu si kecik aku nie,kalau nak apa2 mesti carik aku sbb tahu konpom dapat.hahahaha

    tapi takleh diikutkan sgt pe’el nya tu,bagi aku segala kehendak boleh diikuti sampai umur naik 3 tahun sj.lepas tu kena tegas dah,macam bapak aku buat dkt aku dulu lah.aku nak try pratikkan benda ni kat si kecik pulak..

    August 3rd, 2008 at 10:00 am

  19. Rudy says:

    Mar>>> itulah sicilik pengarang jantung.

    ayob>>> sama2lah kita usaha jaya. moga allah bantu kita.

    August 4th, 2008 at 8:23 am

  20. sepol says:

    sesungguhnya tangis diwaktu mlm itu lgla UJIANNNN! ngiahahaha (lately sicumel suke terjage dan nangis diwaktu mlm seb beik suri makin power ilmu mandremnye anak lentok lapan LAP kembali)

    August 4th, 2008 at 10:46 am