2JSSASDR: POSITIF DAN NEGATIF

Infiniti Epilog

Maha suci Tuhan yang maha karunia pemberi bakat untuk aku ladeni watak yang hadam sepanjang 5 hari pementasan ini. Segala-galanya berjalan lancar dan baik sehingga tirai pementasan berakhir jam 11.00 malam semalam. Terima Kasih kepada sahabat yang sudi menonton. Komen positif dan negatif kalian aku hadamkan dalam diri untuk pembaikan diri pada masa depan.

Tidak lupa buat Suri dan sicilik yang jarang bertemu sepanjang Ogos ini, terutamanya pada minggu pementasan. Aku pulang ketika Suri dan sicilik diulit mimpi. Jaga ketika Suri sudah ke kantor. Bernasib baik juga kerana sempat bersapa keletah sicilik sebelum aku hantar ke rumah penjaga. Juga terima kasih kepada PA yang senantiasa berada di sisi ketika aku menjalani latihan sepanjang sebulan ini. Pengorbanan kalian amat aku hargai.

Teman produksi-pelakon; Abang Zack Idris, Robany, Emad dan Meer. Kak Wan dan Diwan penghilang lapar dan dahaga kami. Abang Hamzah, orang penting Asasinema. Abang Zamani RTM yang menjaga perjalanan pementasan. Haji dan isteri sering menjenguk diri. Fina dan Huda jurubusana dan solek kami. Paling utama kepada Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Abang Faisal Tehrani yang memberikan ruang dan peluang untuk aku kembali ke pentas selepas 11 tahun sepi dalam dunia teater. Jazakallah. Tiada boleh aku balasi jasa kalian. Akhirat di sanalah pemberat mizan agar ke syurga kalian.

Maaf untuk segala-galanya, ringan mulut meluncur suara rasa hati. Benar sekali, watak ini seakan-akan menjadi badi walaupun sudah tamat pementasan. Terima kasih segalanya; budi pengalaman dan kemesraan. Benarlah, segala yang membengkak di hati ditamati dengan kasih sayang yang mengikat hubungan.

Aku rasa kosong yang amat selepas tamat semua ini. Kosong sekali.

Alif: Es-em-es

“Bravo! Memang watak yg menuntut utk jadi keji….Hahahaha… Watak jester dalam pementasan..” Saharil 300808. 

“Aku tak tau pun Rudy boleh berlakon ha ha. Bagus juga mamat tu ek. Aku suka ‘permainan’ Rudy masuk bawa papan tanda – otak jadi tak tahu nak fokus kat mana satu, ha ha nak tengok peranan utama atau Rudy”, Naga kepada Faisal Tehrani kemudian diforward kepada aku 300808.

“Tahniah, persembahan yang mantap”, Yus 290808.

“Tahniah”, AK 290808.

Lu champion dalam ini cerita la dude, ha ha”, Naga 290808.

“Part urutan tadi azab mjadik ok”, Faisal Tehrani 280808.

Well done bro. Superb acting. It’s not easy to play da role. Welldone again…”, Kamarul 280808.

“Tahniah, persembahan bagus”, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar esastera.com 280808

“Tahniah, kalau tak sbb watak Rudy yg dok keluar masuk dan mimik muka yg so cute tu, mau rasanya k.tiny tertido kot. Hehehe tapi mmg bnyk maksud tersirat yg terkesan di hati dan difahami”, Kak Tiny 280808

“….Anyway tahniah utk rudy. Again i’m proud of you”, Rosram 280808

Nope ur karektor adalah supra. Krew adalah simbol ‘tertindas dan jadi timun’ its important. u might have to save others to nite dlm bab 2″, Faisal Tehrani 270808

“betul, tp jgn konfiden. it also mean that org kenal u as rudy. Juga lihat u as rudy atas pentas…”, Faisal Tehrani 270808

smlm masa scene rudy, ada  suara kata ‘eh kesian rudy’…”, Faisal Tehrani 270808

“salam tahniah pementasan semalam. jaja kata best…”, Suzie K6 260808

“Kau, memang star!”, tokrimau 260808

“Aiyo, tak cukup feel ke? Aku tgkpun takut. orang ramai ngeri tau part tu”, Faisal Tehrani 260808

“Rudy, u perform very well. thank you”, Faisal Tehrani 260808

BA: Blog

“yang menarik aku datang tonton teater ini………, dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy hebat di pentas teater. terpegun dengan karakternya sehingga setiap kali muncul, pandanganku yang menekuni zack bermonolog teralih.” Ryaan 260808.

“Karektor pemainnya hanya 2 yang meyakinkan (Maya Longoria-Zack Idris dan Coffee Boy-Rudy)……Watak yang dibawa Zack Idris bagus. Dia konsisten dalam carakter dari mula hingga habis. begitu juga Rudy. Tapi aku rasa tidak wajar watak Coffee boy itu dihidupkan sedemikian rupa. Kemunculannya tatkala monolog Maya Longoria menyentuh isu serius, menjadikan pengucapannya tidak diendahkan. Yang lebih diendahkan adalah pada memek muka dan perlakuan Rudy……….Apa bezanya watak Rudy dengan Alak dari kumpulan Carburetor Dung yang sengaja melondehkan seluar dan menampakkan seluar dalam dan punggung di hadapan khalayak perhimpunan haram KEADILAN tidak lama dahulu. Bezanya mungkin, Alak tindakannya berseorangan yang mana dia tidak melibatkan org lain. Maka semua menuduhnya Melayu tidak punya adat. Tetapi pementasan ini telah dirancang dengan awal oleh golongan cerdik pandai universiti. Yang penulisnya digambarkan memperjuangkan Islam. Walaupun Rudy tidak melondehkan seluar, namun aksinya pada aku lebih memualkan.” Marissa 280808.

“Namun, lakonan Rudy sangat memberangsangkan. Teman rasa, barisan kerusi temanlah yang paling banyak ketawa. Bayangkanlah (kalau kome boleh bayangkan le) tak sampai 3 minit pementasan bermula, suara kaktiny dan kak Yang sudah terkukik-kukik menahan gelak. Teman rasa nak selubung muka dengan baju sejuk teman. Malu. Ehehehehe.” Ady 290808. 

“Tahniah kepada Rudy yang membawakan watak coffee-boy Saiful degan begitu baik” Prof. Dr. Irwan Abu Bakar esastera.com 290808. 

“Kagum aku dengan depa berdua, punya bakat terpendam rupanya. Lepas ni, kiranya kalian dioffer jadi bintang filem, jangan lupakan aku sudahlah. Kalau nak lupa juga, apa boleh aku buat selain daripada berkecik hati. Ahaks!!! (Subteks habis)” Miezi 300808.

“Rudy? Rudy yang kejap keluar di kanan pentas kejap keluar di kiri pentas, dengan memek muka yang sengaja berlebih-lebih, membawa pelbagai papan tanda ‘naratif’ – cemerlang memeran watak yang diamanahkan kepadanya. Aku suka.” Naga 300808.

“Tapi bila diingat-ingat balik mesti rasa macam nak tergelak sebab kelakar sangat terutamanya apabila watak yang dipegang oleh Rudy Bluehikari sebagai coffee boy dimarahi oleh pelakon Robani Hassan atau Azam.” Wannurshuhada 300808.

“Barangkali yang paling cepat menjadi watak yang dikehendaki, dan memasuki seluruh etos dan patos watak ialah Rudy sehingga atmosfera lakon ditakluk oleh cara dia bekerja mencipta gerak dan ruang.” Dr. Abu Hassan Hasbullah 020908.

“Painfully dragging. YAWNN…I wish someone could do the favour and shot a bullet through our heads. There were a few great moments, I remembered laughing but NOT hysterically. Love Rudy Bluehikari. We both (me and husband) decided he was funny beyond any set benchmark.” Faizah Roslaini 280808. 

“Dari segi lakonan yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakonnya, saya kira semua watak dihidupkan hampir sempurna. Rudy Bluehikari, misalnya, membawa watak yang ‘menakutkan’ hingga saya bisik pada Ghafirah, “kalau orang yang jegil mata sebegini yang aku jumpa di luar, tentu aku tak buang masa untuk menjerit tapi terus pecut lari.” Juga, watak pembantu di lokasi sebagai orang yang dibuli (dan saya menambah, turut diganggu dari segi seksual) begitu-begitu berjaya. Anda begitu berjaya meraih simpati ketika Azam minta dibelikan rokok dan teh tarik, dan dalam masa yang sama berjaya bikin kami ‘menyampah’ pada Azam biarpun kami sebagai penonton masih tergelak-gelakkan ‘kenaifan’ anda.” Nasriah Abdul Salam 14.09.2008.

TA: Komen dalam blog

“Tahniah. Lakonan kau terutama memek muka sangat-sangat cemerlang!” Elmaaniq 260808.

“Rudy,….gembiranya akak..baru sat sat ni tau bahawa Rudy berlakun…You know what, I am proud of you. Satu hari nanti, kalau jadi pelakun yang terkenal ,jangan lupa akak tau. Kalau orang tanya akak, kenal Rudy tak? Akak akan jawab ‘Dialah orang yang buatkan blog pertama untuk akak tau?’ Insya Allah, jasamu akan dikenang sampai mati! Insya Allah!”, Ros 270808.

“Baru selesai tonton tadi. saya terus masuk kerja. memang superb lakonan rudy. stylo & lawak betul. kemunculan kerap yang mengendurkan. tahniah!!! Dr. abu hassan memang kekal dengan retorikanya.”, Ryaan 270808.

“Salam, comel sungguh coffee boy serasa nak baling kasut pada encik Sultan yang kacak sebab lempang2 saudara. saya nak gelak kuat2 malam semalam masalahnya org tak ramai bimbang kurang sopan gelak sambil tutup mulut menghormati majlis..tahniah semua..tahniah” Farahana 280808.

“Salam, Saudara sangat mencuri perhatian, tapi saya dan rakan yang datang menonton terpaksa menahan dari tertawa..takut merosakkan majlis semalam macam teater skema jadi gelak pekup mulut. cofee boy cohmey bangat..hahah rasa nak baling kasut pada Encik Sultan yang kacak yang melempang saudara.”, Farahana 280808.

“Saya juga seperti farhana dan lain², cuak nak ketawa dan respon kuat².. takut perhatian kepada pelakon teralih ke aras saya pula.” Ha 280808. 

“hebat”, Raduan 280808.

Incik rudy, minta sign otograp. eheh.. good job anyway.i was so preoccupied that terlupa nak snap2 gambar.” Miezi 280808.

“semalam nonton teater tu, memang tak sangka la watak coffee boy tu. tapi seronok.” Hata 280808.

“Bukanlah kerana kau kawan aku – aku terpaksa suka kau. Tapi, ikhlas, aku suka lakonan kau tu! Ok ok, lain kali aku dah tahu siapa boleh tolong aku untuk belikan teh bungkus, ha ha.” Naga 290808. 

“Entah mengapa saya nampak kerja pentasnya main-main kecuali utk watak Rudy Coffee boy (walaupun costume cam x sesuai) dan Maya Longoria. Tatacahaya dan rias pentas yang ringkas sekali. Rias pentas seakan tidak dirancang bahkan props seakan utama, tidak disentuh langsung. Adus, poster yang Rudy bawak tu, budak darjah 3 pon boleh buat. Tak bersungguh. Atau apakah ketidaksempurnaaan itu dirancang? Kalau ianya dirancang, maka ianya perancangan yang gagal.” Marissa dalam blog Ryaan 280808.

“kalau tak der ‘watak’ dan mimik rupa si rudy tuh.. mauneyr kaktiny tertido agaknya.. walaupun tahu apa mesej yang nak disampaikan, tapi cam kurang menyengat…. dan mmg watak dan mimik muka rudy tu yang buat ketawa kaktiny pecah seawal 3 minit selepas persembahan bermula.. hahahhaha…” Kak Tiny dalam blog Ryaan 280808.

“Rudy, terus terang gua kata, lakonan lu memang best! Natural! Lu ada berlakon cerita lain ke? Bagitau. Gua nak tengok!”, Azzam Supardi 020908.

THA: Lain-lain

“Suka dengan lakonan Rudy tempoh hari”, Nisah Hj Haron via Facebook.

BAGAI-BAGAI

Alif

Kaki dia ditendang. Hanya kerana nombor telefon. Tak mengapalah kalau sudah tidak percaya lagi. Kita tidak boleh membaca niat dan hati dalam diri seseorang. Ada mungkin mereka ikhlas, tetapi dari sudut pandangannya ia sebaliknya.

Cemburu tandanya sayangkah? Atau benci?

Ba

Maka beruntunglah bagi mereka yang datang dan balik berambil. Tidak perlu berfikir tentang petrol dan tol. Akupun suka juga dengan apa yang aku lakukan ini. Hingga mengenepikan tawaran lain yang satu dalam sejuta. Tetapi demi kecintaan dengan dunia yang satu ini, aku ketepikan semua tawaran itu.

Demand, capnya kepada aku selepas ini!

TA

Malam ini malam terakhir. Malam yang mungkin tidak seperti malam-malam lain. Emosi dan mood bercabang-cabang. Selirat. Dan mungkin aku tidak hadam watak yang satu itu. Berhentilah berharap.

Spoiler, itu cap yang akan dimohor di wajah aku!

THA

Kalau kau yakin dengan diri, kau takkan berpaling lagi. Tidak akan sekali-kali membandingkan diri tidak sempurna dengan orang lain. Sedangkan kau diciptakan sempurna untuk dirinya. Kalau kepercayaan semakin menghilang, maka siapa lagi yang kau mahu percayai?

Diam lebih baik dari mencipta pergaduhan!

JIM

Alif. Ba. Ta. Tha. Di atas. Ialah fiksyen.

RIBUT-RIBUT

“yang menarik aku datang tonton teater ini, ………. dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy hebat di pentas teater. terpegun dengan karakternya sehingga setiap kali muncul, pandanganku yang menekuni zack bermonolog teralih.” Ryaan.

Pementasan semalam memang mencatat rekod. Rekod kerana jumlah penonton yang sedikit kerana ramai yang terperangkap dalam banjir kilat di Kota Lumpur [BACA:Kalian yang tak dapat datang semalam, boleh guna tiket untuk menonton hari ini] dan juga kerana kesukaran untuk sampai ke tempat pementasan. Seperti memandu ke Kuantan layaknya. Padahal hanya mahu ke Universiti Malaya. Keluar rumah jam 4.30 petang. Tetapi hanya sampai 3 minit sebelum jam 7 malam. Bayangkan betapa azabnya memandu dalam keadaan hujan lebat hingga tak nampak jalan, air yang sudah naik ke paras betis dan kesesakan lalu lintas.

Aku sampai di pintu UM jam 6.30 petang. Tetapi disebabkan air naik sampai melimpah ke pintu pagar UM, kesesakan lalulintas berlaku. Hanya beberapa meter sahaja melepasi pintu pagar, tiba-tiba Keselamatan UM menutup pintu pagar. Aduh! Tepuk dahi aku dibuatnya. Dahlah tak makan lagi. Warm up tak lagi. Tak masuk dalam character lagi. Make up tak lagi. Aku pusing semula turun ke Lebuhraya Persekutuan sebelum susur keluar di Bangunan KWSP. Dari situ aku masuk UM melalui pintu belakang.

Malam semalam ada sedikit kenakalan yang aku buat ketika meladeni watak Raja Merlang itu. Seronok sangat. Tetapi mungkin kerana penonton penat mengharung kesesakan lalulintas, maka suara respon mereka agak sunyi berbanding hari pertama dan kedua. [BACA:Kalau kalian nak ketawa sila ketawa kuat-kuat. Respon dibenarkan kerana Teater ini adalah gaya Boal].

Malam ini malam keempat. Dewan dijangka penuh ditambah dengan penonton semalam yang tidak dapat hadir!

“Huh! Baru berlakon satu drama, dah berangan. Dia ingat, dia handsome sangat, macam Hero Mistik si Farid Kamil tuh!”, Aku.

Farid Kamil yang duduk di barisan hadapan sekali auditorium APIUM terpempan. Aku rasa nak gelak dengan perubahan saat akhir dialog bersubteks itu. Kerja Faisal Tehrani memang gila-gila.