July 27th, 2008
Adatlah. Akupun pernah melalui umur awal dua puluhan, sepuluh tahun dulu. Remaja yang baru menginjak status dewasa. Emosi selalunya melonjak untuk mencuba itu dan ini. Adakalanya terkawal dan adakalanya tidak terkawal. Tetapi, memang benarlah. Sukar mengawal laku sebenarnya pada umur seperti itu.
Bersabar dan tunggulah sehingga sesuai waktunya. Biarkan waktu berlalu seiring dengan pengalaman yang dialuinya. Moga mematangkan.
Ironi sekali, bekas pelajar seliaan tiga tahun lepas menghubungi. Minta nasihat percintaan mereka berdua yang diambang kehancuran. Terkenal mereka berdua ini bagai belangkas semasa zaman universiti dahulu. Aku cakap mudah sahaja; hantar meminang segera. Nikah cepat-cepat. Macam manalah hubungan tidak berantakan. Seorang di utara seorang di timur. Dahulu berkepit sakan, sekarang berjauhan. Cinta zaman sekarang lebih baik di depan mata. Kalau berjauhan mulalah penyakit tidak percaya menjangkit perhubungan. Walaupun, tiada masalah apa-apa sebenarnya.
Argh! Jadi doktor cinta pula!
Â
July 26th, 2008

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
Surah An-Naml 63
* Alhamdulillah, selain anjakan gaji setiap Julai saban tahun, ada berita gembira lain yang menjengah. Lulus pula tahap 4, kedua-dua kertas dalam peperiksaan tahap kecekapan 2. Maka, dapatlah naik gred gaji pula. Anjakan dan kenaikan gred. Dua rezeki yang tidak disangka-sangka pada satu masa. Maha Suci Tuhan yang mengkhabarkan berita manis, meskipun masih kecewa diulit kemelut itu. Hanya Tuhan yang maha berhak atas segala qada dan qadar hambaNya.Â
July 25th, 2008
Â
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)â€
Surah An-Naml ayat 62