BELASUNGKAWA: SN S. OTHMAN KELANTAN

* foto kredit Ibnu Ariff
Kali terakhir bertemu beliau di pementasan teater pelajar. Beliau berseloroh dengan aku, tatkala aku menolak meminum air teh tarik yang sememangnya sudah hampir 3 tahun aku tidak mencicipnya. Sejurus itu, beliau mencicip teh itu. Terus katanya, manis! Amat manis! Memang baik sungguh kamu tidak minum. Kami tertawa dan kata aku lagi; untuk kesihatan lebih baik kita jangan minum sama-sama. Lalu beliau meletakkan cangkir teh tarik itu ke meja dan aku sua air mineral dan disedutnya. Ini yang terbaik, katanya.
Itulah kali terakhir. sebelum aku dikhabarkan sahabat; yang beliau telah kembali kerahmatullah di Hospital Serdang malam tadi. Negara kehilangan seorang sasterawan negara yang banyak menyumbang fikiran melalui ketajaman tintanya.
Rakaman ucapan takziah kepada keluarga Sasterawan Negara Prof. SN S.Othman Kelantan yang kembali kerahmatullah malam tadi di Hospital Serdang. Jenazah akan disempurnakan hari ini. Setakat jam 7.50 pagi ini, aku dimaklumkan jenazah akan dibawa ke surau Bangi Perdana untuk dimandikan dan dikafankan.
Alfatihah! Moga rohnya dirahmati Allah SWT.


lone ranger says:
salam takziah buat keluarga s.othman kelantan moga rohnya ditempatkan didalam golongan yang beriman…kita kehilangan seorang yang amat berjasa didalam bidang penulisan..sedih hati ini mendengarkan berita ini..namun Allah lebih menyayanginya…saya adalah antara jutaan peminatnya mengharapkan kebahagiannya disana….
amin
July 31st, 2008 at 8:30 am
warispengiran says:
Alfatihah…Semoga rohnya ditempatkan disisi org2 beriman..Amin!!!
July 31st, 2008 at 8:56 am
nash says:
alfatihah…semoga ilmunya diberkati….
July 31st, 2008 at 9:09 am
sepol says:
alfatihah…
July 31st, 2008 at 10:17 am
sophia idec says:
Al-Fatihah..
semoga roh nye di tempat kan di kalangan org yg beriman…Amin
July 31st, 2008 at 10:41 am
tasikmerah says:
alfatihah
July 31st, 2008 at 11:58 am
Crayon says:
Teringat buku tulisan beliau.Orang Kota Baru. Aku menanti lama. Mencari-cari di segenap kedai. Ye. Salah satu sebab aku membelinya kerana aku bergenetik kedaerahan sama dengan tajuk buku itu.. Akak penjaga kaunter senyum sinis semasa aku membayar.. Buku yang sarat dengan mesej tersirat. Dan tak lupa juga cerita Jogho. Satu-satunya VCD original yang aku beli adaptasi novel beliau ‘Juara’. Juga penuh dengan mesej. Al-Fatihah untuk beliau.
July 31st, 2008 at 12:20 pm
cairol_pbmp upm says:
t.kasih atas segala tunjuk ajar arwah kepada kami bakal pendidik..belum sempat kami membalas jasa mu, kau pergi tanpa untaian kata..namun dengan seribu kenangan bersama mu, sudah cukup untuk kami menngingati mu..kau bukan sahja nakhoda kami, tapi kaulah ayahanda kami untuk kami bangun perjuangkan nasib bahasa ibunda kami…
sedetik bersama, abadi selamanya..
semoga allah mencucuri rahmat buat arwah..amin..
Al-Fatihah
July 31st, 2008 at 9:23 pm
marzni says:
salam takziah kehilangan yg cukup besar buat ujana sastera. sebagai seorg yg pernah berguru dengannya kukira air mata dan kata2 takziah belum mampu untuk membalas segala jasamu
Al-Fatihah.
August 1st, 2008 at 2:48 am
john melawi says:
Al Fatihah..
Allah disisiNya.
August 1st, 2008 at 3:49 am
Rudy says:
sahabat sekalian> terima kasih atas bingkisan dan doa untuk gemulah arwah. jazakallah.
August 1st, 2008 at 8:01 am
madulebah says:
Oh, patut la buku beliau dari susunan di rak sedikit terkeluar.
Ada petanda rupanya.
Al-Fatihah
August 1st, 2008 at 10:15 am
lypwduxare says:
[url=http://uk.geocities.com/buymqlosingweigh/ufgjj-be/sex-toy-part.htm]sex toy part[/url]
January 8th, 2009 at 5:45 pm
wfwhmfobez says:
sex love and rock n roll
January 8th, 2009 at 5:46 pm
Norazimah Shaari says:
Al-Fatihah. To my dearest friend Syed Uzair Syed Othman:really sorry didn’t know your dad kembali ke rahmatullah. InsyaAllah will keep him in my prayers. Was in Malaysia Sep-Nov2008 but didn’t make extra effort to find you. The last time we met you were still with MAS Madrid. I was at Uni of Brighton. MasyaAllah that was 15 years ago.
Thank you to Bluehikari for the possibilities to express our feelings here. The music is so evocative and emotional. I couldn’t stop myself from crying…
February 9th, 2009 at 7:15 am