Archive for June, 2008

June 15th, 2008

Protected: LIDAH, CAKAP DAN WAJAH

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


June 13th, 2008

TEMPAYAN

Posted in bebas by Rudy


* wikipedia

Mulut tempayan memang tetap tidak boleh ditutup. Tutuplah macam mana sekalipun, ia pasti ternganga menjaja cerita. Alahai.

Tapi, kalau letak tempayan dalam rumah kata orang tua-tua boleh bawa kekayaan. Sebab orang dulu-dulu letak [BACA:sorok] emas dan kekayaan lain dalam tempayan. Ish, betul? karut? :)

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  

June 13th, 2008

NOMBOR DAN BAHAGIA

Posted in bebas by Rudy

Dalam satu ceramah yang diadakan di jabatan tentang etika kerja; penceramah yang sangat pakar dalam bidang matematik ini mengaitkan matematik dengan etika kerja. Statistik demi statistik diberikan dan kebanyakannya menepati ciri hidup manusia seharian. Katanya, semua yang berlaku dalam alam semesta ini dimulakan dengan manifestasi nombor-nombor. Lihat sahaja komputer, ia dicipta berasaskan nombor!

Aku tertarik dengan kata-katanya mengenai kebahagiaan. Sambil berseloroh, beliau berkata bagaimana kita mengukur kebahagiaan seseorang. Jawabnya, cuba setkan jam ketika hendak tidur. Jika kita boleh tidur sejurus selepas meletakkan kepala di bantal, maka bahagialah dia! Orang yang tak bahagia, ialah orang yang susah untuk tidur kerana kepalanya menerawang mencari penyelesaian masalah dalam hidupnya.

Bila difikir-fikirkan, ada benarnya juga ya. 

Tetapi, jangan salah guna ya. Kerana itu ada manusia percaya nombor-nombor boleh membahagiakan mereka. Ironi sekali, mereka segera berkunjung ke kedai nombor ramalan untuk cuba mendapatkan kebahagiaan dengan memenangi jutaan ringgit yang ditawarkan. Alahai.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg Â