June 22nd, 2008
Â
4.30 petang aku memulakan perjalanan menyusur Hutan Simpan Gesing, Raub Pahang.Â
Hujan lebat dan sesekali dentuman petir menjadikan perjalanan itu menjadi sangat sukar. Licin dan akar pokok berselirat menghalang perjalanan yang hanya dipandu kompas dan peta. Carilah grid kedudukan dan bearing arah untuk menuju check point yang diarahkan.
Petang yang damai merangkak senja dan malam.
Selama ini apabila purnama menjengahkan wajahnya, akulah manusia paling perit menderita kesakitannya. Tetapi, semalam tatkala purnama mengambang, aku kentalkan diri menguis rasa sakit itu kepada nikmat kegelapan malam di hutan itu. Hanya bunyi unggas hutan, nyamuk dan pacat yang bermaharajalela menghisap darah percuma dan sinar rembulan menyuluh denai yang aku lalui.
Ketika jam hampir menginjak 12 tengah malam, aku berhenti melepas lelah di atas tunggul kayu. Sambil mata menikmati purnama mengambang yang bersinar indah di celah-celah pohonan balak yang menjulang tinggi. Apatahlagi dengan sahutan unggas hutan yang bersatu menjadi irama indah. Indah, subhanallah indahnya.
Sesekali bersatu tubuh dengan alam, memang mengasyikkan. Orgasm!
June 18th, 2008

* Kredit foto Siti1973
Lidi sebatang memang mudah dipatahkan. Tetapi lidi segenggam yang sudah menjadi sapu, bukan senang untuk dimusnahkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Minggu ini minggu berkelana menguatkan semangat kerja berpasukan. Jom!
* Tapi, masih ada lagi manusia yang mahu hidup berpuak-puak!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg
June 16th, 2008
Hari Ahad ketika kebanyakan orang berebut-rebut di Pos Malaysia menuntut rebat petrol. Tetapi, kebanyakan gengjurnal hari Ahad ialah hari bertemu pelanggan sahabat jurnal se Malaysia. Di Banting beramai-ramai. Memenuhi jemputan raja sehari Cikdaun dan Nuar Nesloais. Wajah-wajah yang sudah sekian lama tidak bersua, bertimpa-timpa dengan kenangan. 2001-2002. Masing-masing masih bujang. Keluar jumpa sakan macam lupa nak balik. Tapi bila masing-masing sudah berkeluarga, pertemuan menjadi jarang-jarang. Malah, ada yang langsung tidak bersua bertahun-tahun. Hanya blog menjadi penyambung silaturrahim.
Bila berjumpa macam-macam jadi cerita. Tapi, macam biasa bab fizikal masing-masing jadi topik utama!
“Gila ah! perut kau. Maintain dari bujang dulu”, Zhoulz. Sambil tangannya cuba memegang perut aku.
“Gila ah! Kau Zhoulz, kembangnya kau sekarang. Kahwin tak lagi nih!”, Aku. Gelak-gelak riak mengelak tangannya menyentuh perut.
* Selamat pengantin baru kepada Syura dan Anuar. Akhirnya, jodohmu diperkenankan jua. Perjalanan hidup yang berselirat dengan ranjau dan cubaan, sebenarnya mematangkan. Lupakan yang sudah berlalu dan mulakan hidup baru. Cikdaun yang aku kenal dahulu, tidak pernah berubah! Tetap, meriah!
* Terima Kasih sms dan ucapan selamat hari bapa.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg