SUFI TERKINI
Alhamdulillah, Sufi sudah discaj dari IJN. Selamat menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, kutipan masih berjalan bagi membiayai bayaran pembedahan dan rawatan di IJN.Â
Berikut mesej daripada Ayah Sufi; Shahadan Saad;Â
Kali pertama dapat melayari internet setelah hampir dua bulan menemankan Sufi di HSB dan IJN. Sungguh terharu pada kalian yang prihatin. Moga Allah membalas kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya. Kredit kepada Rudy.
Alhamdulillah Sufi sudahpun hampir seminggu discaj (selepas pembedahan) dari IJN. sedang pulih di Rumah Mak saya di Yan, Kedah. Walaupun batuk-batuknya masih ada. Kahaknya pula dicuba buang dengan sirap pencair kahak. Mudah-mudahan Sufi akan pulih sepenuhnya dengan izin Allah yang berkehendakkannya. Â

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg Â


Rina says:
Alhamdulilah. moga kesihatan sufi bertambah baik.
June 4th, 2008 at 12:48 am
warispengiran says:
syukur alhamdulillah…teruslah berusaha dan berdoa semoga sufi kekal sihat hendaknya..Amin!!!
June 4th, 2008 at 7:33 am
Lukman Bin Wan Mat Daud says:
Alhamdulillah, sama-samalah kita mendoakan kesembuhan adik Sufi
Lukman
June 4th, 2008 at 12:08 pm
long ranger says:
syukur kepada allah swt kerana dengan limpah kurnianya satu nyawa lagi dapat merasai kehidupan di alam maya ini….alhamdulillah..syukur tuhan maha esa dan maha agung allahu akbar
June 4th, 2008 at 12:14 pm
kaktiny says:
Alhamdulillah..
lega hati dpt msg shahadan menyatakan Sufi beransur pulih..
dan rudy.. yess.. agreed.. credit to you.. semoga ramai lagi yang prihatin macam rudy.. ‘membantu dgn cara tersendiri’..
mcm lagu ‘feveret’ kaktiny nyanyian artis ‘feveret’ : Warisan – Sudirman :
“Aku..Bukanlah seorang perwira..
Gagah.. menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
- Walau dengan cara sendiri-
Demi cinta ini”..
and.. it’s U.. Rudy.. congrate..
June 4th, 2008 at 3:19 pm
amerzaman says:
alhamdulillah
syukur
tahniah..
kamu memang inspirasi..
June 4th, 2008 at 4:27 pm
Rudy says:
Kawan-kawan, aku bukan hero. Aku cuma mencari diri dalam kekerdilan diri diantara makhluk2 ciptaan Tuhan. Debu pun tak mungkin lagi…. Bantulah mereka yg memerlukan di sekeliling kita, bak kata kaktiny, dgn cara kita sendiri.
June 4th, 2008 at 7:15 pm