May 28th, 2008
Seiring dengan komunikasi terkini, 16 Mei 2008 yang lalu, kirimkan sahaja secara elektronik via es-em-es, ucapan selamat hari guru kepada guru-guru yang tegar mengajar aku dahulu.Â
Beberapa hari selepas hari guru itu, aku terima es-em-es balasan daripada salah seorang guru yang aku sanjung. Tulisnya;
“A teacher’s achievements is not how many A’s or B’s she/he produces but how many lives she/he manages to change and how many hearts she/he touches. I hope I had touches yours and thank you for still remembering my existence.”
Aku terkesima dengan es-em-es itu. Pelbagai rasa tiba-tiba wujud di dalam dada. Terharu pun ada. Bangga punya guru seperti itu. Puan Nor Ashikin Zakaria @ Mat Juhan yang ketika ini bertugas di MRSM Pengkalan Chepa memang antara guru yang sangat prihatin dengan kewujudan anak muridnya. Terima Kasih cikgu. Sudi pula balas es-em-es anak bekas anak murid ini, meskipun sudah 14 tahun aku meninggalkan MRSM Muar.
* Salam kelana dari Bumi Hang Tuah.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpgÂ
May 26th, 2008

* kredit foto Tobby (kelengkapan operasi berkhatan doktor)
Cuti sekolah sudah bermula. Bila mengenang cuti sekolah ini, teringat kembali kenangan berkhatan. Adat orang jawa kalau berkhatan ini majlis macam orang nak kahwin layaknya. Siap pasang khemah. Jemput jiran tetangga datang makan. Salam berkaut duit jugalah! Ngele kata orang Kelantan. Aku bersunat tiga orang sekaligus dengan adik dan sepupu. Umur aku berkhatan lewat juga, kalau tidak silap darjah enam. 3 orang bersunat sekaligus, akulah power rangers sebab tak menangis langsung!
Aku berkhatan di klinik swasta. Doktor itu kawan kepada emak. Zaman itu tok mudim masih ada lagi. Tapi aku tak mahu berkhatan dengan tok mudim disebabkan oleh fobia yang diceritakan oleh kawan-kawan. Seram seh!
Pengalaman kalian bagaimana?

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpgÂ
May 25th, 2008
Menu hari ini gulai nenas dengan ikan masin, tumis petola air, udang masak sambal dan cencaru sumbat. Selera Terengganu aku kira kerana ia semua air tangan Rina; isteri adik aku. Tiada kek. Tiada makanan segera hari ini seperti kebiasaannya. Cukup dengan nasi panas dan lauk-lauk itu untuk meraikan hari ulangtahun mak yang kelima puluh. Mak nampak berselera kerana kunyit hidup yang menjadi sari masakan gulai, disamping gulai yang tidak terlalu pekat.
Selamat hari lahir mak. Moga mak dikurniakan kesihatan dan panjang umur berbahagia selalu bersama anak, menantu dan cucu. Hadiah untuk mak? Ya, percutian ke negeri Cik Siti Wan Kembang minggu depan, insyaAllah.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpgÂ