May 31st, 2008

GURU lll

Posted in bebas by Rudy

Aku terlibat sama dalam mengendalikan Kursus PTK bagi guru-guru MRSM Seluruh Malaysia. Memang aku tidak pernah sangka untuk bertemu dengan bekas guru di kursus tersebut. Kerana aku hanya dimaklumkan bahawa peserta dalam kalangan pegawai MARA sahaja.

14 tahun selepas meninggalkan MRSM dan aku bertemu kembali dengan bekas guru-guru yang pening kepala memerah otak menghadapi kursus dan peperiksaan PTK untuk anjakan gaji gred 44 dan 48. Ramai diantaranya terkejut dengan kehadiran aku dalam program tersebut. Termasuk guru homeroom Zeta 93/94 aku; Puan Hajah Hasni Khamis, Puan Norzian Lokman, Puan Sayuwa Awang, Puan Adibah Zainuddin, Encik Johhari Salim, Encik Baharom Ayob, Encik Shamsuddin, Cik Rokiah Samion, Puan Zaitun Abdul Majid, Puan Habibah Aris, Puan Habsah Yousof, Puan Nik Nazila, Encik Ngarif Tukimin dan ramai lagi.

Dapatlah juga melepas rindu. Banyak info yang aku dapat selepas 14 tahun bergraduat dari sistem MRSM. Kesempatan yang ada aku perkenalkan Suri dan sicilik yang ikut aku bertugas luar daerah kepada mereka. Dahulu semasa aku menjadi murid mereka, mereka dalam lingkungan umur tiga puluhan ke empat puluhan. Selepas 14 tahun berlalu, umur mereka kini diambang lima puluhan dan ada diantaranya yang sudah hampir pencen. Satu perkara yang aku lihat, tidak terdapat garis tua di wajah mereka. Macam awet muda pula. :)

Aku pula, semakin tua. Tua dan berusia.

* Seminggu di Negeri Hang Tuah, puas sungguh dua beranak itu berjalan menjelajah negeri bersejarah itu. Sementara aku sibuk bekerja… uwaaaa!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

7 comments

  1. eita says:

    Pn Sayuwa Awang mengajar di mana ye skrg? Akak anak homeroom beliau dulu – 91/92. Rindunya kat maktab

    June 1st, 2008 at 10:53 am

  2. long ranger says:

    wah wah seronoknya dapat jumpa cikgu balik….sure bangga abis cikgu rudy melihat pencapaian anak muridnya…..

    June 1st, 2008 at 11:29 am

  3. ahmoi says:

    salam perkenalan…seronokkan dapat jumpa kembali guru-guru lama kita…hehe..teringat daku pada ayah ku yang juga seorang guru..hingga kini masih ada anak murid mengingatinya walaupun kini usianya menjangkau 70 tahun…

    June 2nd, 2008 at 12:35 pm

  4. kaktiny says:

    Best jadik pendidik ni kan.. ramai yang sayang dan yang kenang.. bertambah seronok bila tgk yang dididik tu menjadi manusia terbilang di arena gemilang..

    June 2nd, 2008 at 3:51 pm

  5. zool says:

    Baguslah tu… Guru perlu diingati…

    June 3rd, 2008 at 10:04 am

  6. yfojwfkfez says:

    free thumbnail galleries of huge uncut dicks

    January 8th, 2009 at 5:34 pm

  7. xuvedwjoxu says:

    porn film clips

    January 8th, 2009 at 5:35 pm