GURU ll
“Selalu, saban tahun ada fax daripada Rudy. Ingat juga ucap selamat hari guru kat cikgu-cikgu kat sini. Tapi tahun ini, sekeping pun tak ada.. Yalah dah jadi orang besar. Dulu cikgu ajar Rudy, tapi sekarang kamu ajar cikgu kat sini”, Cikgu NZL. Dalam pertemuan terbesar bersama bekas-bekas guru aku itu di sebuah resort di negeri Melaka.
Aku terdiam. Bagai cuka menyimbah muka. Peritnya terasa. Padanlah dengan muka aku. Kononnya mahu menggunakan teknologi. Es-em-es ucap selamat semudah menekan butang-butang di telefon bimbit sahaja. Tetapi aku silap. Silap kerana ada diantara guru yang pernah mengajar aku ini telah menukar nombor telefon dan ada dalam kalangan mereka yang tidak kupunyai nombor telefon bimbitnya. Alahai. Benar-benar jadi pengajaran!
InsyaAllah, jika ada kudrat dan izin Tuhan, aku mahu kembali dengan kaedah lama. Biarlah lambat dan leceh, tetapi yang penting, ucapan itu sampai ke tangan mereka. Terkilan pun ada. Tetapi, apalah ada pada kuasa manusia seperti aku yang dimomok hambatan tugas dan kekangan masa.
“Masa boleh dicipta, tetapi kita yang harus pandai mengendalikannya”, Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu NZL membidas alasan aku. Diam dan bungkam diri sahajalah aku.
Maafkan aku, cikgu!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  Â


warispengiran says:
gulp!!!
May 29th, 2008 at 11:54 am
nash says:
sekali sekala berpatah ke teknologi analog pun ada baiknya..
May 29th, 2008 at 1:28 pm
zanie says:
Hati tersentuh bila dengar ucapan “Terima Kasih Cikgu” pada tanggal 16 Mei…Kenapa? Hanya tuhan saja yang mengetahui perasaan seorang guru dalam mendidik murid menjadi manusia…
May 29th, 2008 at 11:17 pm
long ranger says:
ehm alahai guruku..manisnya untuk diucapkan selamat hari guru…dan manisnya untuk didengar selamat hari guru….ehm alahai yang tak manisnya apabila dah terlost contact nya guruku…apa2xhal pun ungkapan selamat hari guru memberi seribu makna dan kenangan yang terindah dalam hidupku..guru kaulah sumber inspirasiku diatas dedikasimu dan keranamulah yang mengajarkan ku erti sebuah kejayaan demi masa depan ….terima kasih guruku
May 30th, 2008 at 12:45 am
halida says:
guru bukan mcm papan skate..sebelum main gilap..dah main pijak.
Guru bukan mcm bola sepak…blum dpt kejar…dah dpt tendang.
Guru ibarat bola ragbi..belum dpt rebut…dah dpt lindungi.
Guru mcm jari yg terluka…walau sakit lukanya sembuh sendiri…tapi hilangnya tiada ganti.
May 30th, 2008 at 3:59 am
aliff says:
terkilan tahun ini tak dapat mengucapkan selamat hari guru buat guru tersayang kerana dia telah kembali kepada penciptaNya.
May 30th, 2008 at 8:56 am
rudy bluehikari says:
waris>>> jgn tertelan lidah udah, ekekeke.
nash>>> ni bukan analog dah…ni tanganlog eheheheehe…
zanie>>> betul tu kak. seronok dgr suri cerita smbtn hari guru thn ni.
long>>> cukup jika kita doakan kesihatan mereka.
halida>>> nasib guru skrg sudah banyak terbela jika nak bnding dulu. alhamdulillah.
aliff>>> alfatihah!
May 30th, 2008 at 10:08 am
HE says:
haah ya, kadang kala tidak terfikir dek akal yang perkara remeh seperti guru menukar no telefon itu akan berlaku, kita melakukan perkara dengan “janji buat”
May 30th, 2008 at 2:56 pm
ovmnafcpip says:
video porn lactating
January 8th, 2009 at 5:36 pm
pcpyrgxyhc says:
[url=http://uk.geocities.com/pillslaqkkillerp/gbydr-wq/free-gothic-porn-archive.htm]free gothic porn archive[/url]
January 8th, 2009 at 5:36 pm