May 24th, 2008

TERRA NULLIUS SUDAH BERTUAN

Posted in bebas by Rudy

Akhirnya Pedra Branca yang terra nullius sudah bertuan. Seperti yang dijangkakan; akhbar perdana semuanya memberikan tajuk yang memujuk rakyat Malaysia. Sebelum itu, beberapa hari kita sudah disogokkan dengan dokumentari di tivi yang seakan-akan memujuk rakyat Malaysia.

Aku sudah jangka dari awal Singapura akan menang. Dan walau apapun tajuk berita di media perdana pada hari ini, tiada satupun media yang mahu menulis perkataan MALAYSIA KALAH dalam merujuk keputusan ICJ kali ini. Tajuk media sudah kena spin hari ini secara besar-besaran. Terguris benar hati aku bila Menteri Luar Negeri menyebut “situasi menang-menang” dalam keputusan ICJ ini. Sedarkah beliau yang hakikat KEKALAHAN kita?

Harta sebesar setengah padang bola yang sangat startegik kedudukannya untuk keselamatan negara itu tergadai juga. Menangislah kita. Terra nullius sudah bertuan jua.

* Mungkinkah WPI satu lagi “hadiah” kepada Temasek juga?

+ Pedra Branca – Pulau Batu Puteh
+ terra nullius – Tidak bertuan

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg 

+ Bagi pihak ayah Sufi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbangkan derma kepada Sufi melalui akaun Maybank ayah Sufi. Tidak ketinggalan buat Kak Tiny yang sudi melawat Sufi di wad IJN. Jazakallah. Hanya Allah yang dapat membalas segala empati kalian.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

10 comments

  1. warispengiran says:

    Saya sgt jelas akan pulau itu tidak akan kita takluki apabila pembaca berita di kaca tivi menyatakan bahawa “rakyat Malaysia harus menerima apa jua keputusan daripada ICJ seredha yg mungkin…” 2 hari sebelum itu. Tapi apakah benar kita redha?Apapun, itu pastinya satu pengajaran, kan Rudy-san?

    May 24th, 2008 at 11:45 am

  2. Rudy says:

    waris>>>

    Kalau takut dilanda badai
    Patah balik mengelak padah
    Pedra Branca sudah tergadai
    Terra nullius bertuan sudah.

    Duduk termenung di tepi tasik
    Sambil berteman jejaka tampan
    Batu Puteh milik Temasik
    Hakikat KALAH itu jawapan.

    Tanam tembikai tumbuh melata
    Subur menghijau di tepi kali
    Tangis berdarah sekalipun buta
    Tanah tergadai takkan kembali.

    Alahai.

    May 24th, 2008 at 11:57 am

  3. long ranger says:

    itulah nilai kedaulatan malaysia yang dulunya dikenali sebagai tanah melayu…akhirnya tergadai sedikit demi sedikit…dan kita warisan bangsa akan berkata situasi adalah menang-menang….org melayu, bangsa melayu macam umno ni wa ima bini atau anak dirogol didepan mata pun boleh mengatakan perogol itu tidak bersalah..dan hakim yg menjatuhkan hukuman kepada perogol itu sepatutnya memberikan keadilan kepada perogol dengan melepaskan perogol berlalu pergi kerana perogol itu hanya merogol bukannya membunuh…jadi situasi adalah menang2x..begitulah penilaian pemimpin melayu terhadap tanah pusaka warisan bangsa…mereka ini tiada bermaruah,hanya mementingkan periuk nasi mereka sahaja..bangsatnya penjajah bangsat lagi pemimpin M…yang mengadai tanah air secara tersusun untuk diberikan kepada bangsa lain….jika sudah tercatit dalam sejarah maka sudah tergadai dan tiada maknanya lagi…aku masih heran kenapa bangsa kita terlalu layu ..lena ..dan alpa

    p/s kesedihan terasa sehingga mencengkam ketulang putih…pulau batu putih sudah dimiliki orang…entah lah esok apalagi yang akan digadai janji…ditukar sejarah bangsa sendiri..sungguh aku begitu beremosi…dengan situasi menang – menang tanpa jati diri….

    May 24th, 2008 at 1:01 pm

  4. waterlily says:

    Kita cuma memenangi ketulan dan bonggolan batu batan.

    Sebesar padang bola kata mereka menutup bicara. Jika benar nilainya sebesar padang bola kenapa direbut puluhan tahun.

    Sadis!

    May 24th, 2008 at 1:57 pm

  5. nash says:

    aku mmg tak setuju dgn ulasan DS RY…ada ke patut cakap win-win…padahal kita dpt batu karang…singapore dpt pulau…kan ke terang2 beza…tak tahulah kalau depa tak pernah belajar math…or fail bab mengira luas…dari smlm aku n wife emo sgt…mmm lepas ni wilayah iskandar pulak…jual semua…then lepas tu…org singapore claim tanah depa..jadilah mcm palestin…ish ish…

    May 24th, 2008 at 3:34 pm

  6. ryann says:

    kesan kesilapan lalu, pulau batu puteh terlepas yang memang nyata milik malaysia

    May 25th, 2008 at 12:22 am

  7. asuhara says:

    anak kecil main apiii…..

    p/s: zannen desyo neh

    May 25th, 2008 at 9:32 am

  8. anak melayu says:

    Berdasarkan senario politik semasa, kekalahan isu pulau batu putih pada singapura memang saya dah boleh duga. Sikap terlalu memandang remeh oleh sesetengah pemimpin negara memang mengecewakan. bagi seseorang yg tidak bersekolah tinggi pun pasti meragui bagaimana malaysia boleh gagal mempertahankna pulau batu puteh yg jaraknya hanya 7 km dari semenanjung malayisa… macamana palau batu puteh boleh diberikan kepada singapura yg jaraknya mellebihi 25km? jika ini yg dikatakan keputusan menang-menang, tidak mustahail satu hari nanti singapura akan mengaku dan merampas pula pulau pinang, pulau langkawi, pulau tioman n dll dari malaysia.

    Benarlah kini, matematik dan ilmu kira-kira pemimpin negara n rakyat malaysia kina dah jauh berbeza.

    “Aku cari, mana dia pewaris kepimpinan negara yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara.”

    p/s. kemana hilangnya malaysia yg lantang bersuara menegakkan keadilan dan mempertahankan islam.
    kemana hilangnya malaysia yg berpendirian teguh dan berani melawan kuasa besar?
    sedarlah.. banyak yg kita dah hilang, pulau batu puteh adalah yg paling nyata sekali.
    Dulu malaysia adalah harimau yg ganas.. tetapi kini malasyia adalah harimau yg makan whiskers.

    May 26th, 2008 at 11:41 am

  9. kaktiny says:

    Pulau Batu Putih – berputih matalah kita..

    Balasan kpd ‘kita’ yang leka..

    Yes Asuhara – U r right.
    “anak kecil main api”..

    tapi berapa ramai (terutamanya pemimpin2 kita) yang betul2 faham dan hayati makna lagu tersebut? dan mengatur langkah utk memastikan “Melayu kan gagah di Nusantara”??…

    May 26th, 2008 at 3:26 pm

  10. Penis Enlargement says:

    Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com

    August 6th, 2008 at 10:10 pm