DARUL IMAN: REDANG

Sesekali bermain dengan ombak dan pantai memang melegakan saraf. Redang memang mengasyikkan. 3 hari 2 malam yang penuh pengalaman dan mendamaikan.

Leka segala-galanya dari hiruk pikuk kota dan kerja. Sesekali bermain dengan alam memang menyegarkan otak. Apatahlagi dengan kaki dilitupi pantai yang memutih bersih dan air laut yang biru jernih.

Redang Reef Beach Resort tempat aku mencari ketenangan. Meskipun tempahan dibuat saat-saat akhir, ia tidak menghampakan. Ada juga tidak puas hati dengan kualiti air dan hidangan makanan di resort. Tetapi, segera ia terpadam dek alam yang mengasyikkan.

Bot-bot dan sampan tersusun membawa ramai manusia yang dahagakan ketenangan. Kadang-kadang terfikir juga, bila terlalu ramai manusia di sini, segala ketenangan itu seakan hilang.

Pagi di Pantai Pasir Panjang segar menikmati sang mentari yang mahu menjelma. Berjoging seusai Subuh memang suasana yang takkan dapat dikecapi di Kota Lumpur.

Sempat juga bermain dengan ikan-ikan berwarna-warni yang jinak. Campakkan roti dan berkerumunlah ikan-ikan yang kelaparan. Jika bernasib baik, dapat jumpa sang penyu sedang mencari makan. Aku tertawan melihat aksi petugas resort yang membawa aku snorkeling, cuba menangkap sang nemo dari celah-celah karangan laut. Sekali agah, sang nemo sudah berada di dalam tangan di bawa ke permukaan laut dan ditunjukkan kepada kami. Oh! Cekapnya dia!

Bayu laut Redang sememangnya menyegarkan. Terbanglah kau segala kekusutan yang mencengkam jiwa.

Kalau berkesempatan, ingin sekali lagi menjengah Redang. Pergilah beberapa kalipun ia pasti tidak menjemukan. Jom!

Terima Kasih Tuhan atas kesempatan melayahkan perasaan syukur ini kepada kebesaranMu. Betapa kerdilnya aku disebalik semua kejadian yang terhampar di hadapan mata. Subhanallah! Lailahaillah Muhammad Rasul Allah!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg Â


thafiexq says:
tengah kumpul duit nk pergi sana! muahaha
May 23rd, 2008 at 7:06 am
warispengiran says:
Subhanallah….cantik dan tenang sangat3x…!!!bila plak bkesempatan nak pegi nie??hilanglah engkau wahai kesibukan!!!
May 23rd, 2008 at 7:39 am
nash says:
nak pergi….atama no nayamigoto…tondeke…hehe..perhentian kecil pernak pi..but redang belum lagi…insyaallah nak pi jugak nanti…
May 23rd, 2008 at 8:16 am
Rudy says:
tahfiexq>>> kumpul duit cepat banyak2
waris>>> kesibukan boleh diketepikan dulu. rancang cepat2.
nash>>> okinawa dou da be?
May 23rd, 2008 at 8:26 am
aliff says:
wah gi redang ye!
May 23rd, 2008 at 8:50 am
Rudy says:
aliff> aah. eheehhe
May 23rd, 2008 at 10:39 am
nash says:
okinawa…ikitaikedone…kokunai ryoukou….takaidayo…mare-shiani
kaettahouga iikamo…haha
May 23rd, 2008 at 10:41 am
long ranger says:
yah..yah..seronok gak tu.cantik mendamaikan hati yang sarat bergelumang dik resah..akan ku cari masa utk kesana..agar damai dihati dapat ku rasai..hidup segar penuh harapan dan tujuan untuk terus hidup mencapai matlamat ku…wah bermotivasi le pulak untuk kesan anyway thanx ludi for sharing the moment…
May 23rd, 2008 at 11:47 am
long ranger says:
perincikan kos dan alamat resot utk kesana…tq
May 23rd, 2008 at 11:49 am
AyAres151 says:
memang seronok kalau dapat istirehat mengadap laut.. tiupan angin sepoi2 membuatkan kita tenang.. walaupun laut bergelora…
May 23rd, 2008 at 12:24 pm
Rudy says:
nash>>> sou dane. jya…redang ni kimashou!
long ranger>>> ada saya link di atas.
ayares>>> nanti kawen bulan madu kat nerrrr? hahaahaha
May 23rd, 2008 at 1:06 pm
asuhara says:
pulau redang mmg best…perhentian pun best! kalau nak backpack p perhentian kecil…untung2 time snorkeling nampak shark!
May 23rd, 2008 at 1:44 pm
tini says:
subhanallah..kireii..
May 23rd, 2008 at 1:50 pm
Rudy says:
asuhara>>> pas ni nak jalan2 g perhentian pulakk
tini>>>> deshou?
May 23rd, 2008 at 2:10 pm
kamato says:
terpesona dgn foto2 itu
May 24th, 2008 at 2:18 am
Rudy says:
kamato>>> sy xpandai ambil gambar. kalau mereka yang pro lagik cantik.
May 24th, 2008 at 11:15 am
Penis Enlargement says:
Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com
August 6th, 2008 at 10:07 pm