May 5th, 2008

KOMERSIAL

Posted in bebas by Rudy

Komersial terbaru di media paling menggemparkan ialah iklan MAS dengan promosi ar em kosong untuk terbang ke destinasi domestik dengan servis lima bintang! Dahsyat! Pagi ini laman web MAS memang tidak boleh diakses langsung kerana kesesakan trafik. Kita lihat apa Air Asia akan buat selepas ini. Aku rasa MAS akan menang kerana servis mereka memang tidak boleh disangkal! Satu cabaran buat Air Asia.

Komersial terbaru dari Nippon Paint juga agak mengujakan. Lantunan warna warni dari tong cat yang bertaburan akibat kemalangan lori yang membawanya, menjadikan mata sicilik tidak berkedip sehingga iklan ini tamat. Tetapi, yang tidak sedapnya dan rasa kelat bak kata Saharil; iklan ini bagai diciplak ideanya dari sini (produk Sony Bravia).

Walau bagaimanapun, syabas! Satu momentum yang boleh menjana kantung penuh sekepuk.

Syarikat BERNAS tidak mahu buat iklan untuk meredakan kemarahan warga pemakan nasi yang dibebani kenaikan harga beras? Buatlah satu. Boleh sahajakan?

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

4 comments

  1. Ar says:

    Teruja sangat semasa My MD buat promosi thru Buletin Utama.

    Ingatkan pasal apa..rupanya pasal promosi rm0 untuk penerbangan domestik.

    Untuk mendapatkan Tambang Murah Setiap Hari ini, pelanggan hanya perlu
    mengambil 3 langkah seperti berikut:

    Langkah Pertama: Pergi ke laman web malaysiaairlines.com kerana tambang
    khas ini hanya boleh diperolehi melalui intenet sahaja.

    Langkah kedua: Beli tiket penerbangan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum
    tarikh penerbangan.

    Dan langkah ketiga: Pelanggan-pelanggan perlu mengambil perhatian bahawa
    tiket-tiket yang telah dibeli, wang tidak akan dikembalikan jika mereka
    membatalkan penerbangan dan tarikh penerbangan tidak boleh dipinda.

    May 5th, 2008 at 2:05 pm

  2. saharil says:

    iklan nippon paint tu buat saya rasa kelat sikit, sebab persamaan yang bukan sedikit dengan beberapa iklan sony bravia (search bravia di youtube).

    May 5th, 2008 at 2:29 pm

  3. warispengiran says:

    tgh plan biler nak pegi….ermmm…

    May 5th, 2008 at 2:48 pm

  4. ladydeale says:

    setuju gak..slesa naik mas..cuma b4 this tambangnye mahal..uhuhuhuk..
    hari ni aa dh kuar surat kabor akan buat tambang kurang dr rm 0..ermm menarik..

    May 6th, 2008 at 5:24 pm