GURU lll

Aku terlibat sama dalam mengendalikan Kursus PTK bagi guru-guru MRSM Seluruh Malaysia. Memang aku tidak pernah sangka untuk bertemu dengan bekas guru di kursus tersebut. Kerana aku hanya dimaklumkan bahawa peserta dalam kalangan pegawai MARA sahaja.

14 tahun selepas meninggalkan MRSM dan aku bertemu kembali dengan bekas guru-guru yang pening kepala memerah otak menghadapi kursus dan peperiksaan PTK untuk anjakan gaji gred 44 dan 48. Ramai diantaranya terkejut dengan kehadiran aku dalam program tersebut. Termasuk guru homeroom Zeta 93/94 aku; Puan Hajah Hasni Khamis, Puan Norzian Lokman, Puan Sayuwa Awang, Puan Adibah Zainuddin, Encik Johhari Salim, Encik Baharom Ayob, Encik Shamsuddin, Cik Rokiah Samion, Puan Zaitun Abdul Majid, Puan Habibah Aris, Puan Habsah Yousof, Puan Nik Nazila, Encik Ngarif Tukimin dan ramai lagi.

Dapatlah juga melepas rindu. Banyak info yang aku dapat selepas 14 tahun bergraduat dari sistem MRSM. Kesempatan yang ada aku perkenalkan Suri dan sicilik yang ikut aku bertugas luar daerah kepada mereka. Dahulu semasa aku menjadi murid mereka, mereka dalam lingkungan umur tiga puluhan ke empat puluhan. Selepas 14 tahun berlalu, umur mereka kini diambang lima puluhan dan ada diantaranya yang sudah hampir pencen. Satu perkara yang aku lihat, tidak terdapat garis tua di wajah mereka. Macam awet muda pula. 🙂

Aku pula, semakin tua. Tua dan berusia.

* Seminggu di Negeri Hang Tuah, puas sungguh dua beranak itu berjalan menjelajah negeri bersejarah itu. Sementara aku sibuk bekerja… uwaaaa!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  

NAK MAKAN

Tak payahlah kau bising-bising lagi. Tinggalkan dulu kemelut politik. Rakyat nak makan. Kawal segera harga barang yang semakin lama dipermain-mainkan borjuis pelampau ini. Sorok barang itu ini. Stok ada dikatakan tak ada. Petani semakin miskin walaupun harga beras kalau boleh mahu setinggi langit mungkin!

Rakyat nak makan.  Anak berderet-deret perlu disuap nasi. Tolong gunakan kuasa pada tempatnya. Tolong kawal harga barang. Bukan mengisi temolok dengan kedudukan dalam parti. Nanti di negeri Abadi, mahukah kamu wahai pemimpin, kami telunjuki?

Boleh kau baca hatiku?

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg 

* Kaktiny, suami, rakan-rakan dan penyumbang yang invisible, jazakallah! Moga Allah muliakan kalian di sana kelak. 

GURU ll

“Selalu, saban tahun ada fax daripada Rudy. Ingat juga ucap selamat hari guru kat cikgu-cikgu kat sini. Tapi tahun ini, sekeping pun tak ada.. Yalah dah jadi orang besar. Dulu cikgu ajar Rudy, tapi sekarang kamu ajar cikgu kat sini”, Cikgu NZL. Dalam pertemuan terbesar bersama bekas-bekas guru aku itu di sebuah resort di negeri Melaka.

Aku terdiam. Bagai cuka menyimbah muka. Peritnya terasa. Padanlah dengan muka aku. Kononnya mahu menggunakan teknologi. Es-em-es ucap selamat semudah menekan butang-butang di telefon bimbit sahaja. Tetapi aku silap. Silap kerana ada diantara guru yang pernah mengajar aku ini telah menukar nombor telefon dan ada dalam kalangan mereka yang tidak kupunyai nombor telefon bimbitnya. Alahai. Benar-benar jadi pengajaran!

InsyaAllah, jika ada kudrat dan izin Tuhan, aku mahu kembali dengan kaedah lama. Biarlah lambat dan leceh, tetapi yang penting, ucapan itu sampai ke tangan mereka. Terkilan pun ada. Tetapi, apalah ada pada kuasa manusia seperti aku yang dimomok hambatan tugas dan kekangan masa.

“Masa boleh dicipta, tetapi kita yang harus pandai mengendalikannya”, Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu NZL membidas alasan aku. Diam dan bungkam diri sahajalah aku.

Maafkan aku, cikgu!

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg