April 26th, 2008
Aku adalah kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah kau senja
Kerna gelap kau ada
Kerna gelap kau intan
Aku hanyalah kunang-kunang
Kau hanyalah cahaya
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi
Wahai Pendita Gusti Agung,
Gerangan apa Pendita Gusti datang menemui piutmu ini?
Â
*Puisi Kunang-kunang dari filem LOVE.
April 25th, 2008
Kalau terjadi apa-apa dalam sesuatu perhubungan, inisiatif siapakah yang akan membetulkan keadaan? Adakah kalian yang akan memulakan atau menunggu sehingga pihak di sebelah sana memulakan inisiatif?
Pengalaman aku, selalunya aku sahaja yang akan memulakan inisiatif tersebut. Selalunya begitu. Kali ini. Kali ini mungkin tidak. Penat juga kalau kita sahaja yang memulakan. Biar sahajalah. Biarlah pisang berbuah sepuluh kali, sekalipun.
Ironinya, ini pertanyaan bekas anak didik aku yang menghadapi masalah dengan bakal suaminya. Saya telah menyatakan pandangan. kalian boleh berikan pandangan?
Salam Jumaat.
April 24th, 2008
Sakit. Tatkala ia datang, memang memeritkan Tetapi apalah daya kita untuk menolak kehadirannya. Cuma, sebagai hamba kita hadapi dengan segala daya yang ada. Berusaha tak pernah kenal jemu untuk mencari penawarnya. Segala-galanya kita, datang dan balik mesti ke pangkuanNYA semula.
Karada ga yowaku naru. Atama ga itakute, shouganai. Matteru sika dekinai. Nantoka shinasai yo!