April 1st, 2008

KERTAS SAKURA

Posted in kelana by Rudy

Sudah April rupanya. Cepat benar masa berlalu. April 2008 genap tujuh tahun aku kembali ke Kota Lumpur dari berkelana ilmu di Fukushima.

April bagi Jepun ialah permulaan bagi tahun baru bagi kebanyakan perkara; persekolahan, universiti, rekod kewangan dan sebagainya. April juga musim bunga. Sakura yang sangat sinonim dengan bumi Shinto itu sedang mankai (mekar) di kebanyakan tempat di sana. Teringat kembali zaman mengaji di Fukushima dahulu, pastinya Pesta Hanami (berkelah di bawah pohon sakura yang sedang berkembang) menjadi aktiviti wajib bagi seluruh warga Jepun. Menjadi ikutan kami juga. Terasa segar sekali dengan bayu dingin yang masih tersisa dari tinggalan musim dingin yang baru lalu.

Berkelana di Melaka tempohari aku terkesan dengan deretan pohon angsana (mungkin?) yang dilitupi pokok bunga kertas ini. Pokok bunga kertas ini dibiarkan hidup memanjati pohon angsana tersebut (parasit?).

Indah sekali kerana panas dan terik mentari yang menyelubungi Malaysia ketika ini menjadikan flora di seluruh Malaysia galak menghasilkan proses fotosintesis tanpa gangguan. Cahaya matahari diserap tanpa had. Hasilnya bunga berkembang mekar merona warnanya menjadi santapan mata. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan!

Manakala petangnya hujan mencurah turun memberikan sumber minuman kepada sang flora yang melengkapkan kitaran kehidupannya itu. 

Aku dengar harga barang mentah; minyak masak, tepung dan lain-lain akan naik mulai April ini di seluruh Jepun. Bagi kelompok pelajar Malaysia yang mengharapkan duit poket dari hasil cukai yang dibayar rakyat Malaysia, pastinya terbeban dengan perkara ini. Aku doakan mereka mula berjimat, berjimat dan berjimat. Jikang ga areba arubaito wo shite kudasai (Kalau ada masa, buatlah kerja sambilan). Untuk menampung hidup. Tetapi jangan sampai melupakan tujuan utama untuk mengaji di sana.

Ne Kencihi, ogenki desuka? Sugoku kimi no koto wo kanggaeteiru. Koishi kamo ne.

* Cuba teka di mana lokasi gambar ini diambil?

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

19 comments

  1. greenlake says:

    em,yang pasti bukan di melaka dekat dengan restoran yg mesti tinggal tulang tu kan…
    hehe

    April 1st, 2008 at 11:53 pm

  2. john melawi says:

    parasit ada juga bila tiba musim raya dekat plaza angsana.

    April 2nd, 2008 at 12:01 am

  3. fajar says:

    meskipun dah hampir setahun tinggalkan bumi melaka, aku tidak pernah melupakannya. lokasi gambar diambil ini sgtlah dikenali sekali. masakan boleh dilupa tempat shopping yg selalu dikunjungi. maklumlah, boleh dikategorikan dekat dgn rumah. JJ Ayer Keroh! Ahaks.

    Skrg, kat UK pun tgh musim sakura. but, it’s known as cherry blossom. so nice and beautiful!

    April 2nd, 2008 at 12:11 am

  4. Rudy says:

    greenlake>>> memanglah dik oit. hahaahaha.

    john>>> kat plaza angsana jb? parasit apa ya?

    fajar>>> ya betul! bestkan fajar cherry blossom berkembang. ko kutip bunga2 yg dah luruh dr tangkai tu…ko keringkan. kemudian ko bat kolaj dan frame kan. mmg cantik habis!

    April 2nd, 2008 at 7:46 am

  5. warispengiran says:

    Indahnya ciptaan Sang Pencipta…

    April 2nd, 2008 at 8:20 am

  6. Rudy says:

    waris>>> Subhanallah.

    April 2nd, 2008 at 9:32 am

  7. xander adam says:

    april april april..
    last year today.. argghhh

    April 2nd, 2008 at 10:23 am

  8. starwalker says:

    haha nice.. dkat mana pic ni di ambil?

    April 2nd, 2008 at 10:55 am

  9. asuhara sue says:

    kirayyy….sekali imbas mcm kat negara 4 musim kan.
    Teringat kat campus dulu ada deretan pokok yg bunganya serentak berkembang dan luruh! perasan kat oversea!

    bila lah asuhara dpt rasa haru kat sana mcm Rudy-san…

    p/s: cuma rasa aki last 2 yrs in Tokyo-Kyoto-Kansai

    April 2nd, 2008 at 11:43 am

  10. Rudy says:

    Xander>>> sabar sabar.

    starwalker>>> alamak, kat melaka jugak ni. cepat cari dan snap banyak2.

    asuhara>>> aki lagi best… koyou merata. suka sangat!

    April 2nd, 2008 at 12:38 pm

  11. ayobkelubi says:

    aku baru nk ckp kat JJ tapi fajar dah ckp dulu.10 markah utk fajar thennnnn….

    April 2nd, 2008 at 12:43 pm

  12. Rudy says:

    ayob>>> ahahaah ko lambatlah ayob.

    April 2nd, 2008 at 1:53 pm

  13. lina says:

    Itu dekat parking lot Jaya Jusco Melaka, am i right?

    April 2nd, 2008 at 5:04 pm

  14. Daddycute says:

    cantik parking kereta tue,mmg ssuai menjadi objek untuk gambar tue..tahniah kepada org yg parkingkan kereta tue…bgs lah rudy san

    April 2nd, 2008 at 8:33 pm

  15. aliff says:

    kiray.. pokok bunga kertas tu macam kat kampun sayalah tapi pokok bunga kertas tu memanjat pohon mangga yang tinggi. orang pun kompius ni pokok mangga ker atau poko bunga kertas yang berbuah mangga?

    arr.. dikolej kediaman saya entah apa nama pokok yang berderet-deret sekeliling kolej.bunganya melebat mekar yang warna pink and putih lebatnya lagi dari daun-daun yang dah tak nampak. suka tengok pada waktu malam and masa jongging. hehe

    April 2nd, 2008 at 10:07 pm

  16. Rudy says:

    lina>>> ya betullll. 10 markah tetttttt.

    daddy>>> hahaah masuk bakul.

    aliff>>> pendekkata, flora ciptaan Allah mmg tiada tandingan kecantikannya, bukan?

    April 3rd, 2008 at 8:02 am

  17. farah2anim says:

    subhanallah..
    indah ciotaanNya..^_^
    mm..ki ni narimaskedo…izen wa fukushima de benkyoushitano?
    fukushima dai?aruiwa fukushima kousen?
    uchiwa ima fukushima kousen de benkyoushiterukedo..^_^jazakallah..

    April 8th, 2008 at 10:37 pm

  18. syiMa says:

    Hait! Nihongo? Xla fasih.tau pun sbb pengaruh katun jepun..admire sgt nk sggh bumi jepun..realiti hnya dpt pakai slipa jepun..

    April 14th, 2008 at 12:17 am

  19. Penis Enlargement says:

    Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com

    August 6th, 2008 at 10:01 pm