CUKAI PENDAPATAN VS ZAKAT PENDAPATAN
“Fuh! Lega dah hantar borang cukai pendapatan tru e-Filing tadi”, Aku.
“Tapi aku lagi lega kalau dah selesai bayar zakat!”, Dia.
Aduh! Manikam kalbu!!! Ya, sedar tak sedar kita cuma terdedah dengan zakat fitrah sahaja. Sedangkan zakat yang wajib ada banyak lagi. Zakat harta, zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat-zakat lain yang sepatutnya dibayar. Paling kita culas, ialah zakat pendapatan. Pendapatan yang mencecah puluh ribu setahun wajib dizakat. Kalau ikut perkiraan aku, orang biasa-biasa macam kita yang gajinya mencecah seribu lebih hingga ke tiga ribu ringgit, zakat pendapatannya tidak lebih dua ratus ringgit.
Dulu aku tidak tahu, kemudian mujur jabatan tempat aku bekerja 3 tahun lepas ada Unit Zakat. Unit Zakat ini adalah kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor yang mana separuh diberi kepada LZS dan separuh lagi daripada bayaran zakat staf jabatan dimasukkan ke dalam tabung amanah zakat. Wang dalam tabung amanah zakat ini diagihkan kepada yang berhak terutamanya dalam kalangan 25 ribu orang pelajar yang terdiri daripada mereka yang miskin, susah, pelajar luar negara dan sebagainya. Sejak itu, aku isi borang dan setiap bulan gaji aku dipotong zakatnya tanpa gagal, Alhamdulillah.
Dahulu aku fikir nak bayar terus kepada LZS, tetapi memandangkan aku mahu tahu ke mana duit zakat itu dibelanjakan maka aku ambil keputusan bayar di unit zakat di jabatan. Bayaran yang aku buat melalui potongan gaji itu, separuh darinya terus masuk ke tabung amanah zakat di jabatan aku ini. Aku rasa lebih berlapang dada kerana aku tahu ke arah mana duit itu dibelanjakan. Sudah tentu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi kesulitan untuk meneruskan pengajian.
Jom, buat potongan gaji untuk zakat pendapatan!
* Baru selesai hantar e-Filing! Yay, cukai terlebih bayar RM77.00.

Tempah Blook ini sekarang melalui tinggalan di komen blog ini. RM20/naskhah. Hanya tinggal 9 naskhah sahaja lagi!




