March 24th, 2008
Â
Menteri Pesar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, meluangkan masa melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mill di Manjung, pada 18 Mac 2008. Turut bersamanya ialah Timbalan Menteri Besar Ngeh Koo Han.
Beliau meluangkan masa di rumah seorang daripada tiga mangsa yang terbunuh, Loh Lai Kit dari Sitiawan.
Mohamad Nizar yang boleh bertutur dalam Bahasa Tionghua turut memujuk anak mangsa Loh Min Yee, 10, yang meratapi kehilangan bapanya.


Foto ini mungkin tidak tersiar dalam media arus perdana. Bagaimanapun, ia jelas membayangkan keterbukaan kepemimpinan baru Perak, selain harapan untuk melihat suasana politik melangkaui batasan perkauman.
* Sumber: Artikel ini dari laman esastera.com oleh Kalamutiara
March 23rd, 2008
Melodi asal bluehikari ialah “afternoon” [sedang berkumandang ketika ini]. “Afternon” dikirim oleh seorang pembaca Jepun (Asalnya blog ini dwi bahasa) pada tahun 2001. Sejak tahun 2001 itu saya menjadikannya melodi asal di blog ini. Penulis “afternoon” sehingga kini saya tidak ketahui. Hiru, pembaca yang mengirim melodi ini tidak pula menyatakannya dengan jelas. Bagi kalian yang merindui melodi “afternoon”, boleh download di sisi kanan blog; Pages-Melodi.
Kemudian, pot dari Kitaro menjadi melodi latar blog ini kemudiannya. [Saya off-kan seketika]. Melodi yang menjadi ilham selepas mengikuti kursus ESQ 165 di Kota Lumpur pada tahun 2007.
* Permintaan kalian untuk “afternoon” saya tunaikan. Bagaikan segar ingatan ini kembali pada kuntuman sakura di perdu kalbu. Fukushima aku rindu sekali!Â
March 22nd, 2008
Sabtu yang indah. Hampir tidak meneruskan niat untuk mendapatkan rawatan di Gombak. Tetapi, selepas subuh pagi tadi, aku minta perkenan Tuhan. Hati terdetik. Pergi jua, akhirnya. Usaha sahaja. Selebihnya tawakkal kepada Dia. Dialah yang mendatang kebaikan dan keburukan kepada aku. Hamba yang kerdil. Cebis debu di sisiNya.
Sakit? Ya sangat sakit. Berguling kiri dan kanan. Keparat sang Azazil itu, moga Tuhan merejamnya. Biar berkecai derai menjadi debu ditiup angin.Â
Sedikit sahajalah. Belum lagi di Sana nanti. Sabar. Tabahkan hati, ya Rudy! Memujuk hati.