Archive for March, 2008

March 27th, 2008

KHABAR YANG AKU AMINKAN

Posted in bebas by Rudy

 

Seronok bukan bila dapat mendengar kisah si A dari mulut si B, C, D dan seramai mana yang mungkin manusia di luar sana. Manusia di luar sana yang tidak akan berhenti bercakap, bercerita dan ber”apa-sahaja” demi menyingkap kelambu orang lain.

Kita pula yang mendengar khabar-khabar itu terus sahaja percaya tanpa usul periksa. Makanya, teruslah istiqamah dengan cerita-cerita itu. Terus sehingga puas. Dan aku pasti dan doakan apa yang diceritakan itu menjadi benar. Kemudian, aku aminkan sahaja apa yang terbit di perdu hatimu walaupun tak terluah dek kata-kata dari mulutmu.

Amin! Amin! Perkenanlah ia Tuhanku.

* Kalau tidak mahu menjadi kabul permintaan aku itu, tak perlulah lagi diulang-ulang dalam bicaramu di situ. Ia menganggu!

March 26th, 2008

BELALANG

Posted in bebas by Rudy

Anak belalang sudah kembali. Ia meratah daun-daun limau aku lagi. Petang semalam selepas pulang dari kantor aku lihat ada daun baru yang baru sahaja diragut enak. Cari punya cari terjumpalah si belalang-teman-bual-si-cilik ini sedang berehat kekenyangan mungkin.

“Papa jangan usik tawan iyo tau!”, Nasihat anak aku.

Hai anak belalang makan kenyang-kenyang ya~

* tawan - kawan

March 25th, 2008

LIMAU

Posted in bebas by Rudy

Alhamdulillah. Limau yang ditanam sudah mula nampak hasilnya. Sebenarnya banyak yang berputik. Tapi, cuma 2 biji sahaja yang menjadi. Jadilah. Teruja juga melihat ia membesar.

Sebenarnya pokok limau ini ada kekurangannya. Ada seekor anak belalang menghuni pokok ini. Sudah dihalau tapi ia datang kembali. Sicilik sering menyapa anak belalang itu setiap petang ketika menyiram pokok limau ini. Bukan apa, anak belalang ini menjadikan daun-daun pokok limau aku sebagai makanannya. Habis dikunyahnya tinggal urat-urat daun seperti dalam gambar. [Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub Alahaihissalam dengan ulat di kakinya]. Biarlah. Itu rezekinya bukan?