March 30th, 2008

TAKDIR DAN HIKMAH

Posted in bebas by Rudy

Benarlah. Walau nampak kekhilafan itu ada kepada hakim yang berat sebelah timbangan pengadilannya, tetapi akurlah kepada sebaik-baiknya perancang yang Ada di atas Sana. Apabila kun kata Allah, maka jadilah ia. Kekalahan kita ada hikmahnya. Mana tahu apabila kita jadi juara kita akan mendabik dada. Mana tahu sebelum bertanding niat kita hanya untuk membalas dendam kerana badi kekalahan sudah dua kali meriba kita kepada orang yang sama. Maka jadilah ia dosa-dosa yang tak terampun. Menang untuk kemegahan dan canangan sahaja.

Adinda-adinda sekaliannya, peristiwa Musa Alaihissalam ketika bersama Khidir Alahissalam jadikanlah pedoman. Ya, akui setiap yang direncanakan Tuhan itu ada sebab musababnya. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Khidir Alaihissalam dalam peristiwa itu hingga Musa Alaihissalam mengakui kekhilafan dirinya akibat menegur perbuatan Khidir Alaihissalam yang baginda tidak tahu sebab musababnya. Allahlah sebaik-baik perancang. Terimalah takdir ini dengan berlapang dada. Luas dan renung jauh untuk mencermin diri kita.

* Baru pulang dari Melaka; Pertandingan Pantun Piala Canselor Universiti Multimedia.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

16 comments

  1. Daddycute says:

    x pelah,inilah yg dinamakn rezeki….
    namun kite jgnlah jdkan benda ini sbgai alasan untuk tidak lagi berusaha di masa depan. ingatlah kejayaan kita bukan di dunia semata, ada lagi perjalanan yang masih pnjg di sana…

    March 31st, 2008 at 12:17 am

  2. aTiQah says:

    ni mesti kata-kata penenang lepas kalah masa pertandingan. saya pun selalu macam ni kalau tak dapat apa yang saya nak. Allah mungkin dah rancang nak beri rezeki kat tempat yang lain pada kita.

    March 31st, 2008 at 2:21 am

  3. Rudy says:

    daddy>>> yup, agree.

    atiqah>>> yup, kita kena bersangka baik kepada Allah.

    March 31st, 2008 at 8:29 am

  4. wan says:

    teringat masa pg btnding dulu2…kalah je mesti sumph seranah kuar…tp ade junior yg tegur…”kalau ada rezeki ada la”…smpai skg jd pegangan…setuju ngan rudy…x guna kalau kita menang utk bls dendam atau utk canangan saja…

    March 31st, 2008 at 8:53 am

  5. Rudy says:

    wan>>> ya wan, sepatutnya kawalan emosi itu perlu. Menjadikan diri kita ini lebih dihormati. Tidak guna sumpah seranah, tendang tong sampah..opss… tapi terima seadanya takdir yang telah ditentukan DIA.

    March 31st, 2008 at 9:27 am

  6. Daddycute says:

    kes tendang tong smpah mmg menjadi 1 isu dulu….
    namun ape yg berlaku,jdkan 1 pengajaran untuk kite berubah dan lebih berjaya…

    March 31st, 2008 at 10:21 am

  7. Rudy says:

    daddy>> amin!

    March 31st, 2008 at 10:51 am

  8. warispengiran says:

    takperlah En.Rudy, adat pertandingan, menang dan kalah. Begitu juga dengan kehidupan, satu ketika kita pernah berada di atas dan satu ketika kita akan berada di bawah.Pastinya agar kita sama2 merasa apa yang setiap orang pernah rasa. Allah itu MAHA ADIL kan? Pasti disebalk kekalahan ini banyak hikmahnya. Apapun semoga terus cemerlang di masa depan…AMIN!!!

    March 31st, 2008 at 11:54 am

  9. warispengiran says:

    En.Rudy, luper lak..apa keputusan penuh? Teringin jugak nak tau sebab zaman itu pernah kita lalui…:)

    March 31st, 2008 at 11:57 am

  10. Rudy says:

    waris>>> 1. UKM A 2. UPSI 3. UPM B 4. UPM C

    March 31st, 2008 at 3:06 pm

  11. Hamba yang Esa says:

    setuju dgn korg sume…satu je ayat yg saya nak kongsi…
    “belajarlah utk tewaskan emosi kita dahulu sblm kita berhajat utk menewaskan lawan kita…”
    Sekian…

    March 31st, 2008 at 10:09 pm

  12. Rudy says:

    Firwan>>> tahniah! saya suka dgn quote saudara. Moga2 dijadikan panduan utk saya dan kita semua.

    March 31st, 2008 at 11:01 pm

  13. americasbestrx.com says:

    Viagra Side Effects

    hey i just stopped by, great stuff

    June 21st, 2008 at 5:40 pm

  14. creditcardnegotiationinfo.com says:

    Debt…

    hey cool site….

    August 3rd, 2008 at 1:53 am

  15. Penis Enlargement says:

    Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com

    August 6th, 2008 at 10:00 pm

  16. xyvofilapw says:

    free nylon porn movie

    January 8th, 2009 at 5:20 pm