LIMAU

Alhamdulillah. Limau yang ditanam sudah mula nampak hasilnya. Sebenarnya banyak yang berputik. Tapi, cuma 2 biji sahaja yang menjadi. Jadilah. Teruja juga melihat ia membesar.
Sebenarnya pokok limau ini ada kekurangannya. Ada seekor anak belalang menghuni pokok ini. Sudah dihalau tapi ia datang kembali. Sicilik sering menyapa anak belalang itu setiap petang ketika menyiram pokok limau ini. Bukan apa, anak belalang ini menjadikan daun-daun pokok limau aku sebagai makanannya. Habis dikunyahnya tinggal urat-urat daun seperti dalam gambar. [Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub Alahaihissalam dengan ulat di kakinya]. Biarlah. Itu rezekinya bukan?


xander adam says:
karang kalo biarkan… ermm rosak plak
March 25th, 2008 at 2:39 pm
warispengiran says:
belalang boleh tahan lagi..jgn sampai membiak anai2 plak..itu bahaya!!!
March 25th, 2008 at 3:30 pm
jowopinter says:
Biarkan belalang itu mas. Dia tak makan limau. Baru lengkap flora dan fauna.
March 25th, 2008 at 3:58 pm
xander adam says:
xpelik kalo tinggal buah je without daun.. cam popi lak
March 25th, 2008 at 4:18 pm
Daddycute says:
inilah yang dinamakn food chain dalam sains..hahah
tiba2 masuk cerita sains.
biarkan itu memastikan kehidupa ini lengkap dengan kitaran hidup itu
March 25th, 2008 at 5:02 pm
Rudy says:
xander >>> popi? hahaha jgn kang kena masuk jail.
waris>>> anai2 insyaallah tidaklah.
jp>>> ya ya. aku setuju dgn saranan nko.
daddy>>> yup ini baru dinamakan HIDUP.
March 25th, 2008 at 5:16 pm
asuhara sue says:
dia tertarik dengan bau limau tu agaknya kot.
amboi limau tu perah kat sambal belacan tu….oishii neh!
March 25th, 2008 at 6:35 pm
axim says:
kebelakangan ini saya sangat obses dengan air tea o LIMAU panas..memang mengancam oooo….
March 25th, 2008 at 11:09 pm
aliff says:
salam..
abg rudy, saya sedang melaksanakan projek web pembelajaran bahasa jepun untuk kanak-kanak. skop kami kepada kanak-kanak 6-10 tahun. tapi kandungannya asas semata-mata. seperti hiragana and katakana chart, xde kanji, greeting dan sebagainya. kami tak tahu kehendak user sebenarnya. boleh abg tolong terangkan sedikit. kan abg ada pengalaman. boleh balas pada papan nota atau email saya di aliffmustakim@gmail.com
from aliffmustakim
March 26th, 2008 at 9:24 am
kingbinjai says:
oh aku punya masih anak lagi.
March 26th, 2008 at 10:20 am
umebOsHi says:
alamak.kecur mulut ni bila nengok gambo limau tu. ehehe.. pokok limau kitorg, dah bertahun tanam tapi x pernah kuar buah.. tanah kurang subur kot sbb daun nye pun seciput. tapi..pokoknye masih mau hidup.
March 26th, 2008 at 10:59 am
Rudy says:
asuhara>>> agaknyalah. Perah buat sambal belacan? baik buat mandi eheheh lagi best.
Axim>>> limau ni merupakan asas utk mendietkan diri dan buang lemak2 di perut. ahahaha
aliff>>> insyaAllah nanti sy sembang hal tu.
kingbinjai>>> kau jaga elok pokok tu. bila dah buah mmg rasa seronokkk!
Umeboshi>>> cuba letak baja buah. Memang berbuah jawabnya.
March 26th, 2008 at 2:02 pm
Penis Enlargement says:
Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com
August 6th, 2008 at 9:59 pm
rezurafazy says:
man dies from having sex with horse
January 8th, 2009 at 5:18 pm