March 11th, 2008

PERAK

Posted in puisi by Rudy

Padat kalis padi di bendang
Mara perosak kayu disua
Adat ditulis menjadi undang
Bendahara Perak Melayu jua.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

15 comments

  1. chempaka says:

    Pantun menarik tp kurang faham.ada maksud tersirat mungkin.

    March 11th, 2008 at 7:27 pm

  2. khairnaj says:

    pantun yang tersirat. hurm… masih tiada MB.

    March 11th, 2008 at 8:26 pm

  3. fajar says:

    Perak Darul Ridzuan,
    negeri indah permai.

    Insya Allah, moga ada persefahaman yang baik di kalangan pucuk pimpinan baru.

    March 12th, 2008 at 1:40 am

  4. Azhar Ahmad says:

    Meskipun sendat padi di bendang,
    Perosak keparat jadi penghalang,
    Walaupun adat mahupun undang,
    Perlu dilihat parti memegang,
    Walaupun berat walaupun bengang,
    Sultan berdaulat amanah dijulang,
    Itulah syarat parti bertandang,
    Walaupun kelat lidah bergenang.

    March 12th, 2008 at 2:26 am

  5. aliff says:

    saya kaitkan,

    Mara perosak kayu disua
    kayu tuannya si kaya Palembang
    Bendahara Perak Melayu jua.
    biar kekalnya sampai mendatang

    March 12th, 2008 at 8:21 am

  6. Rudy says:

    chempaka, khairnaj, aliff, fajar, Ar, terima kasih. Kita berdoa. Kerana Undang-undang Tubuh negeri Perak (dan neegri2 selat lainnya) menyatakan bahawa hanya mereka yang melayu dan Islam sahaja boleh menjadi Bendahara di negeri berkenaan. Walaupun Sultan boleh mengenepikan undang2 ini berdasarkan budi bicara baginda.

    March 12th, 2008 at 8:24 am

  7. asuhara sue says:

    kubahnya Zahir emas warnanya,
    gemilang dilihat menyentap mata,
    moga yang dipilih bendahara berjiwa,
    tidak sekadar boneka bernyawa

    March 12th, 2008 at 9:31 am

  8. HE says:

    semoga kita akan dirahmati tuhan dengan kejadian-kejadian ini…

    March 12th, 2008 at 9:48 am

  9. tipahlawa says:

    Setuju dengan asuhara..

    “Tidak sekadar BONEKA BERNYAWA”

    Sbg penghuni bumi perak, masih berdebar-debar menanti..

    Harap bangsaku tidak melukut di negeri sendiri.. Cukuplah apa yg telah dilihat..

    Daulat Tuanku..!

    March 12th, 2008 at 10:19 am

  10. Rudy says:

    asuhara>> sy suka ayat tidak sekadar boneka bernyawa.

    HE>>> Allahlah segala maha yang berkuasa menentukan nasib hambanya.

    tipah>>> Kepada Tuhan kita meminta pertolongan.

    March 12th, 2008 at 10:47 am

  11. aminbakish says:

    Saya percaya dengan Raja Perak. Pasti baginda membuat keputusan yang tepat.

    Negeri Melayu negeri beradat negeri berdaulat.

    p/s: bolehkah saya dapatkan password untuk entri Ketuanan Melayu

    March 12th, 2008 at 6:01 pm

  12. wan says:

    kasihan melur kembangnya lambat,
    tiada seharum mawar ditaman, tidak setanding wangi selasih,
    hendak dipetik sayang dilarang,
    bangsa berpecah ini akibat,
    mujur kanun jadi pedoman,
    andai sultan rela disisih,
    kelak tanah digadai orang,

    kuharapkan agar kita kembali bersatu, bukan bersatu seperti kiambang, tapi bersatu seperti rumput, teguh bila ribut menggila,walau jati rebah ke bumi, tapi rumput tiada terpisah dgn bumi, tidak mati walaupun diinjak, tetap utuh walau dilanyak…

    March 13th, 2008 at 1:16 am

  13. Rudy says:

    Amin>>> sebagaimana yang dijangkakan, Baginda Tuanku Sultan memperkenankan melayu dan islam sebagai mb perak. alhamdulillah.

    wan>>> bersatu teguh bercerai roboh.jom.

    March 13th, 2008 at 9:16 am

  14. zoo says:

    melayu menang sorak (?)
    bumi dipijak milik siapa?
    milik orangkah ?

    perlu ker AMNU (28) + ASLAM (6) = PERAK (34) siapa tahu..

    March 14th, 2008 at 12:49 pm

  15. Asbestos Attorney says:

    Hiya…

    God love google, fascinating read. Cya later….

    March 19th, 2009 at 11:35 pm