March 9th, 2008

WAJAH BARU

Posted in bebas by Rudy

Setakat jam 3 pagi ini. Aku dapat Menteri Besar yang baharu!

Aku suka ucapan Datuk Seri Shahidan MB Perlis mengulas kemenangan safnya di Perlis. Kemudian, beliau memberi pandangannya terhadap senario keputusan pilihanraya di Malaysia. Antara lain beliau berkata, semoga keputusan pilihanrayakali ini memberi pelajaran kepada kita semua. Sedap menonton dia berucap, tiba-tiba RTM potong dan siar benda lain. Pedas. Panas. Panas. Apa yang dia katakan ada signifikannya kepada kepimpinan Pak Lah.

Aku nampak sekarang ini, Datuk Seri Shahidan memang benar-benar mengetahui keadaan semasa politik di Perlis. Tahu apa masalah di Perlis. Jadi, telahan pemimpin pusat yang menyatakan Perlis bermasalah memang memakan diri. Impaknya sangat besar pula di 4 negeri! Benarlah katanya lagi; walaupun orang luar nampak Perlis bermasalah, tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku hanya mereka yang berada di Perlis sahaja yang tahu. Dia mengutamakan bantuan kepada orang miskin dan OKU (seperti yang dikatakannya dalam sidang media tersebut) antara sebab mengapa Perlis antara kerajaan yang prihatin terhadap golongan marhaen ini, menjadi pilihan rakyat sekali lagi.

Sinikal sekali keputusan pilihanraya pada kali ini. Kepada yang menang diucapkan tahniah. Kepada yang kalah moga ia usaha lagi pada masa hadapan. Semua kerajaan negeri pimpinan BN nampaknya mendapat pembangkang yang boleh tahan jumlahnya. Oleh itu, oposisi ini diharap dapat menyeimbangkan keputusan-keputusan yang akan dibuat dalam DUN kelak. Itu yang kita mahu. Tidak kira siapa yang akan menjadi kerajaan negeri BA atau BN. Peranan oposisi mesti dibuat dengan baik. Supaya rakyat marhaen tidak teraniaya.

Juga aku harap keamanan Malaysia akan terus berkekalan. Jauhkan sebarang kekacauan walaupun berlaku pertukaran kerajaan di peringkat negeri. Kita mahu Malaysia terus mengekalkan keamanan ini walau apapun yang terjadi.

Saya senada dengan ini sahabat saya.

* Datuk Seri Shahidan, telahan politik anda memang tepat!

 

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

16 comments

  1. wan says:

    bagi golongan muda yang baru mendapat title dewasa seperti aku..aku gemar membuat pemerhatian…politik mungkin terlalu kompleks tetapi mgkin aku dapat simpulkan…rakyat sudah bosan dengan masalah yang sering timbul n bosan dengan sikap lemah lembut pak lah…mungkin kita perlukan seorang pemimpin yang lebih agresif dan proaktif

    wan>>>> yup, agree. tapi bagi kami yg dah bergelumang dgn politik lama, sudah sampai masanya kebosanan cara pentadbiran sebegitu diperbetulkan. :)  

    March 9th, 2008 at 2:08 pm

  2. aliff mustakim says:

    Menteriku yang paling cool walau kalah teruk pada DAP dan PKR. Terima Kasih Tan Sri Cool

    Aliff>> Legasi itu telah berakhir. Takda rejeki.

    March 9th, 2008 at 3:29 pm

  3. asuhara sue says:

    harap-harap wajah-wajah baru, tidak terlalu lahap dgn kuasa yang baru dipegang.

    sore o tanoshimi ni matte imasu!

    gambatte kudasaiiii

    Asuhara sama>>> kita doakan.

    March 10th, 2008 at 9:49 am

  4. jowopinter says:

    MP di tempat saya anak Karpal Singh. ADUN yang lama cuma menang 45 undi.

    Ya, ya, kita dapat MB baru.

    jowo>>> ehehehe tu kawasan tmpt sy bekerja. 45 undi tuh mmg sedikit sgtttt!

    March 10th, 2008 at 10:23 am

  5. acai says:

    huhu,mmg hebat rasenya pengajaran kepada org2 ditpt kita ni..tpt kita masih lagi mengekalkan semuanya..tapi ditpt lain semua dah berubah..bila dengar lagu warisan, teringat ttg org2 melayu sekarang..

    anak kecil main api…

    acai>>> yup. dah baca entri berpassword abg?

    March 10th, 2008 at 3:29 pm

  6. basri says:

    Rudy,

    emailkanlah aku pasword untuk ketuanan tu

    pleaseeeeee

    :)

    Basri>>> ok dah. ke emel gmail.

    March 10th, 2008 at 4:34 pm

  7. tipahlawa says:

    Tak dinafikan, sejak 2004 agenda melayu dah ilang dari mulut kepimpinan utama negara.. Di platform persidangan org melayu sendiri pun, isu melayu tidak blh diketengahkan.. ‘sensitif’katanya… Walaupun perit, tapi YA, diakui.. PRU-12 membawa suara rakyat dan juga isu kekuatan kaum..

    tipah>>> moga semuanya segera ok.

    March 11th, 2008 at 8:44 am

  8. acai says:

    slm abg rudy, ni mail sy faisalhjrahim@yahoo.co.uk :)

    March 11th, 2008 at 9:00 am

  9. deyna rashid says:

    salam’alaik..

    i was bloghopping from Dr.Max’s blog and I saw ESQ icon at the top of this page. Seronok jumpa alumni di alam maya ni. Hehe..

    Salam 165!

    Deyna>>> Salam ESQ 165! terima kasih sudi berkunjung.

    March 11th, 2008 at 3:45 pm

  10. bintangsepi says:

    Salam Bro Rudy,

    Boleh saya minta password untuk ke entri terkini yang berkunci tu? Email seperti dalam komen ni. Thanks..

    bintang sepi>>> Ok. agak sensitif tulisan itu.

    March 11th, 2008 at 4:49 pm

  11. asuhara sue says:

    sumimasen,
    kang, nyong pun kepingin arek boco entrimu seng baru kui. Opo keneng opo orak?

    March 11th, 2008 at 5:21 pm

  12. Azhar Ahmad says:

    Betul tu…. Sama juga apa yang berlaku di Pahang dan Johor. Pahang tempat saya, Johor tempast saya belajar….

    March 12th, 2008 at 1:50 am

  13. Rudy says:

    asuhara sue >>> nanti sy emel.

    azhar>>> sama2lah kita belajar dan belajar.

    March 12th, 2008 at 8:28 am

  14. tipahlawa says:

    Rudy..
    Tipah pun nak share pandangan ttg ketuanan melayu.. Kalau tidak keberatan..

    Walaupun sensitif.. Tapi, mahu tahu.. sbb itu BANGSA ku….

    Tipah>>> InsyaAllah

    March 12th, 2008 at 10:22 am

  15. Matt says:

    I would like to come here again. It sounds god to me, and there’s a lot of interesting information here

    April 7th, 2008 at 1:08 am

  16. anil sharma says:

    I have been visiting sources like that lately. That’s the most important point of everything. That’s why I can professionally say that this information is objective and sounds true to me

    April 9th, 2008 at 5:54 pm