Archive for February, 2008

February 20th, 2008

SERVER OH SERVER

Posted in bebas by Rudy

“We are Experiencing hardware failure due to power surge. First(system and data) and secondary hard disk (backup) are damaged.”

Dua hari. Bluehikari tidak dapat dilayari. Server hosting di Cyberjaya menghadapi masalah. Cuaca panas memberi kesan kepada mesin-mesin buatan manusia ini. Impaknya sangat maksima. Entri-entri aku selepas CNY habis hilang begitu sahaja. Akupun bodoh, tidak simpan langsung semua entri itu. Sedihnya.

TERKINI

Aku mahu ucap terima kasih kepada sahabat baik aku FAJAR. Kerana dengan usaha dan bantuannya, aku dapat menjejak semula entri-entri yang tidak dapat diselamatkan. Hanya komen sahabat sahaja yang tidak dapat diselamatkan.

February 18th, 2008

AFTERNOON VS POT

Posted in bebas by Rudy

Salam, i used to be a constant reader of ur blog when i was in high school.. after a few years till now..suddenly it cross my mind to surf ur blog again.. but i am really disappointed that the old song is now gone.. i love that song very much… where did u get it? do u mind sending it to me pls.. anyway i love the current background music as well..it is really good..

Ya, aku sendiri bagai lupa muzik bertajuk afternoon ini. Lagu asal blog ini sejak tahun 2000. Bagi yang pernah melayari blog ini sejak dahulu, pasti tahu cerita di sebalik lagu ini.

Kalian boleh muat turun lagu ini di sini.

February 15th, 2008

BOKU WA SAN SAI DESU!

Posted in bebas by Rudy

Papa masih ingat. Ketika papa dan mama menghadiri majlis makan malam rasmi pelajar tahun 2005. Mama dihidangkan dengan makanan Cina yang agak asing di lidahnya. Papa bergurau dengan mama;

“mahu esok ada orang bersalin makan makanan asing ni”.

Entah mengapa telah ditakdirkan Tuhan. Tengah malam itu mama dibasahi air ketuban. Papa jadi risau. Maklumlah anak pertama. Seriau! Pengalaman pun tiada. Telefon mak dan mama di kampung. juga sibuk menelefon kawan-kawan yang sudah berpengalaman. Ke hospital papa usung mama walaupun mama minta ditangguhkan dahulu. Tetapi, demi keselamatanmu, papa tak hiraukan desakan mama.

Mama bertarung nyawa untukmu sejak malam itu hinggalah keesokan harinya. Tika kumandang azan maghrib pada tanggal ini tiga tahun yang lalu, seiring dengan “haiya alalfalah” di tivi, terdengar suaramu memekik nyaring di dewan bersalin.  Walaupun mama terpaksa menjalani pembedahan untuk membenarkanmu melihat seisi dunia. Papa rasa sebak. Alhamdulillah, inilah zuriat penyambung warisanku dilahirkan cukup sifat.

ll

Papa masih ingat. Dua tahun yang lalu. Dua ribu enam tahunnya. Mama terpaksa berpisah selama setahun denganmu.  Maafkan papa kerana terpaksa menjarakkan dirimu dengan mama. Dan air mata papamu ini pernah tumpah anakku. Kerana terpaksa menghentikan susuanmu dengan mama. Demi akur dengan masa depan mama yang terpaksa mengejar cita-cita pengajiannya. Setahun itu nenda menjagamu. Kita terpisah bagai di tiga benua. Malah, langkah pertamamu pun papa dan mama tidak dapat lihat. Nestapa sekali. Tetapi, kami akur kehendak Ilahi.

lll

Sekelip mata usia tigamu menjengah. Inilah, kali pertama. Kami sambut meriah hari lahirmu.  Teruslah membesar anakku. Jadilah insan yang sentiasa menuruti kehendak Tuhan.  Dianugerahi Kesihatan yang baik. Papa dan mama mendoakan kedewasaanmu dengan cemerlang. Papa dan mama akan tetap mengasihimu, selalu. Tak pernah jemu.  

Kimi, Otanjyoubi omedetou.

“Boku wa san sai desu!”, Kamu. Jari sepatutnya tiga, ditunjuk empat! :p

* Otanjyoubi omedetou – selamat hari jadi
* Boku wa san sai desu – Saya berumur 3 tahun